Translation

‘Berbahagia dalam Kristus’: Sambutan Bait Suci Salt Lake Mengalu-alukan Dunia

Tempahan dibuka bagi jemputan para pemimpin Gereja kepada orang di seluruh dunia untuk menyertai secara bersemuka dan dalam talian pada tahun 2027

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Downloadable B-roll & SOTs

Pada hari Selasa, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjemput orang di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam Sambutan Bait Suci Salt Lake 2027, sambil mengumumkan tema acara tersebut, “Berbahagia dalam Kristus,” dan membuka tempahan untuk lawatan ke Bait Suci Salt Lake yang telah diubah suai.

Para pemimpin Gereja, wakil komuniti dan tetamu berkumpul di Bangunan Pintu Masuk Barat Bait Suci yang baharu di Temple Square pada Selasa pagi untuk acara media yang berfokus pada sambutan itu, liputannya di seluruh dunia dan pelbagai peluang untuk mengambil bahagian secara bersemuka dan dalam talian.

“Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah sebuah gereja global dengan mesej sejagat tentang Yesus Kristus, yang menjadi sumber kebahagiaan bagi kita,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul, yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Bait Suci Salt Lake. “Kami sangat bersyukur kerana berada di komuniti di mana kami dialu-alukan. Kami menjemput anda untuk datang, lihat dan mengasihi Yesus Kristus dan orang yang datang ke sini.”

Tema, “Berbahagia dalam Kristus,” mencerminkan tujuan bait suci dan sambutan itu. Para pemimpin Gereja berkata sambutan enam bulan (5 April–1 Oktober 2027) akan berpusat pada Yesus Kristus dan menjemput para pengunjung untuk belajar lebih tentang ajaran-ajaran-Nya, injil-Nya dan peranan-Nya dalam rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya.

Presiden Uchtdorf berkata bahawa jemputan untuk berbahagia dalam Kristus melangkaui Temple Square. Merujuk kepada penderitaan di Nepal dan di tempat lain di seluruh dunia, dia berkata para pengikut Yesus Kristus berusaha untuk melayani, berdoa dan memberkati orang lain tanpa mengira kewarganegaraan, kepercayaan atau keadaan.

Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Satu replika patung “Christus” Bertel Thorvaldsen dipamerkan dalam Bangunan Pintu Masuk Barat Bait Suci Salt Lake.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

“Inilah sebab mengapa kita berbahagia dalam Kristus,” dia berkata. “Ia tidak bergantung pada kepercayaan kita, warna kulit kita, bahasa yang kita tuturkan atau latar belakang sosioekonomi kita. Dalam Yesus Kristus, kita bersatu pada waktu yang indah ini untuk berbahagia dalam Dia.”

Frasa yang sama, “Berbahagia dalam Kristus,” juga telah dipilih sebagai tema remaja Gereja 2027, mencipta peluang tambahan bagi orang muda di seluruh dunia untuk memberi tumpuan kepada Juruselamat sepanjang tahun.

Emily Belle Freeman, Presiden Umum Remaja Puteri, berkata bahawa “Berbahagia dalam Kristus” datang dari Filipi 4:4. Dia berkata tema yang dikongsi akan membantu menghubungkan remaja kepada Sambutan Bait Suci Salt Lake dan berkat-berkat penyembahan bait suci di mana-mana pun di dunia.

“‘Saya sangat menyukai pemikiran bahawa para remaja di seluruh dunia berbahagia tentang segala yang kita ketahui mengenai rumah Tuhan dan berkat yang datang daripada pengetahuan tersebut,” kata Presiden Freeman. “Ini akan menjadi tahun bagi hallelujah. Ini akan menjadi tahun hosana. Ini akan menjadi tahun kebahagiaan bagi kita. Saya suka bahawa remaja akan menjadi sebahagian daripada tahun kebahagiaan yang besar itu.”

Sambutan bait suci datang semasa tempoh bersejarah bangunan bait suci untuk Gereja di seluruh dunia. Beberapa minggu kebelakangan ini, Presiden Dallin H. Oaks membaktikan Bait Suci Belo Horizonte Brazil, sementara pengunjung di Kemboja melawat Bait Suci Phnom Penh Kemboja semasa rumah terbuka. Sambutan Bait Suci Salt Lake adalah sebahagian daripada usaha sedunia untuk membantu orang ramai lebih memahami tujuan bait suci dan peranan mereka dalam menarik individu dan keluarga kepada Yesus Kristus. Lihat senarai lengkap bait suci.

Tidak seperti bangunan pertemuan Gereja, yang digunakan untuk penyembahan hari Ahad, bait suci adalah tempat penyembahan yang paling kudus untuk Orang Suci Zaman Akhir, di mana ahli-ahli Gereja membuat janji dengan Tuhan dan mengambil bahagian dalam tatacara-tatacara yang mendekatkan mereka kepada Yesus Kristus dan keluarga mereka.

Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Bait Suci Salt Lake lain yang hadir untuk pengumuman hari Selasa adalah Elders Quentin L. Cook dan Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Rasul dan Presiden Umum Lembaga Pertolongan Camille N. Johnson.

Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Gabenor Utah Spencer Cox berjabat tangan dengan Presiden Umum Lembaga Pertolongan Camille N. Johnson selepas acara media untuk Sambutan Bait Suci Salt Lake.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Mereka menekankan bahawa Sambutan Bait Suci Salt Lake adalah acara global bagi semua orang, tanpa mengira tradisi kepercayaan atau latar belakang. Sama ada tetamu ialah sahabat lama Gereja, pertama kali mengunjungi Temple Square, atau menyertai secara maya dari seluruh dunia, semua dijemput untuk merasai pengalaman bait suci dan pesanannya tentang iman, harapan serta rasa kekitaan.

“Kami berharap anda akan datang dan ketahui lebih tentang kami,” kata Presiden Johnson. “Kami harap anda faham dengan cara yang lebih lengkap mengapa kami membina rumah Tuhan di seluruh dunia, niat kami, bahawa orang akan mempunyai pemahaman yang lebih besar tentang apa yang mendorong kami — kasih kami kepada Tuhan dan kasih kami terhadap jiran-jiran kami. Dan pentingnya, saya berharap orang akan merasakan sesuatu. Mereka akan merasakan kedamaian dan kasih dan bantuan yang Yesus Kristus tawarkan.”

Salt-Lake-Temple-Celebration-
Salt-Lake-Temple-Celebration-
Panel kaca berwarna dipamerkan di Bangunan Pintu Masuk Barat Bait Suci Salt Lake. 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Acara pengumuman itu menawarkan penglihatan pertama kaca seni baharu yang menggambarkan jemputan Kitab Mormon Juruselamat untuk “lihatlah anak-anak kecilmu” (3 Nefi 17:23). Dalam situasi ini, Presiden Umum Sekolah Primer Rosemary K. Chibota berucap tentang peranan kanak-kanak dan remaja dalam sambutan itu. Pemimpin program global Gereja bagi kanak-kanak menggalakkan remaja untuk belajar tentang bait suci, bertanya soalan, menjemput orang lain untuk mengambil bahagian dan mendekati Yesus Kristus.

“Ini adalah lebih daripada mengunjungi sebuah bangunan — sebuah bangunan yang luar biasa,” kata Presiden Chibota. “Ia adalah tentang mendekati Yesus Kristus. Ia adalah tentang rasai kasih Tuhan kepada kita dan mengingati bahawa kita semua adalah anak-anak Bapa Syurgawi yang dikasihi.”

Selepas ucapannya, koir kanak-kanak mempersembahkan lagu rohani terkenal “Ku Ingin Ke Bait Suci.”

Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Salt-Lake-Temple-Celebration-Theme-Announcement
Koir kanak-kanak membuat persembahan di acara media di Bangunan Pintu Masuk Barat Bait Suci di Temple Square untuk Sambutan Bait Suci Salt Lake Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Gabenor Utah Spencer Cox juga hadir untuk pengumuman dan menyambut peluang untuk menganjurkan pengunjung dari seluruh dunia, yang menekankan kepentingan Bait Suci Salt Lake kepada sejarah dan identiti Utah. Dia juga menceritakan sumbangan ahli-ahli Gereja di mana iman, pelayanan dan penglibatan komuniti mereka terus membentuk negeri tersebut.

“Kami sangat bersyukur untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan usaha mereka dalam memelihara bangunan ini,” kata Gabenor Cox. “[Ia adalah] salah satu tarikan pelancongan utama di negeri Utah, salah satu tarikan pelancongan utama di mana-mana sahaja di Amerika Syarikat.”

Katanya negeri itu menjangkakan berjuta-juta orang untuk mengunjungi bait suci pada tahun 2027. Dia juga berkata pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari sejarah dan warisan Utah sambil mengambil bahagian dalam perayaan itu.

“Terima kasih kerana memberi dunia peluang ini,” kata gabenor. “Kami menantikan untuk berkongsinya dengan anda.”

Selain rumah terbuka bait suci, Sambutan Bait Suci Salt Lake akan menampilkan pameran, filem, muzik langsung, seni visual, peluang sejarah keluarga dan aktiviti lain di seluruh Temple Square. Para pengunjung akan dapat meneroka cerita tentang pengubahsuaian bait suci, belajar tentang tujuan kudus bait suci dan mengambil bahagian dalam pengalaman yang direka untuk individu dan keluarga dari semua peringkat umur.

Tempahan untuk lawatan rumah terbuka Bait Suci Salt Lake tersedia pada 1 September melalui TempleSquare.org dan aplikasi Temple Square. Walaupun tempahan percuma diperlukan untuk memasuki bait suci, banyak aktiviti sambutan lain di Temple Square akan dibuka kepada orang ramai tanpa tempahan. Peluang tempahan tambahan akan tersedia dalam keluaran masa depan.

Untuk menampung seberapa banyak pengunjung yang mungkin, anda boleh menempah sehingga 6 tiket. Mereka yang mencari tiket untuk kumpulan yang lebih besar, termasuk perjumpaan keluarga, kumpulan Gereja atau organisasi komuniti, boleh menghantar permintaan tempahan.

Penyertaan Digital

Elder Gary E. Stevenson, yang juga melayani dalam Jawatankuasa Eksekutif Bait Suci Salt Lake, berkata sambutan itu meluas jauh dari Temple Square.

“Sambutan Bait Suci Salt Lake bukan hanya untuk mereka yang tinggal berdekatan,” kata Rasul. “Ini adalah satu sambutan sedunia. Ia adalah sesuatu yang akan disambut di setiap sudut dunia. Ia mempunyai makna dan tujuan yang besar.”

Sambutan ini akan merangkumi satu set sumber digital baharu untuk membantu orang mengambil bahagian dalam pengalaman ini. Melalui TempleSquare.org dan aplikasi Temple Square (tersedia untuk pengguna Apple dan Android), orang di seluruh dunia akan dapat mengakses pengalaman maya, sumber sambutan dan kemas kini yang berkaitan dengan acara itu.

Satu lawatan maya Bait Suci Salt Lake sedang dibangunkan untuk membolehkan orang-orang di seluruh dunia meneroka bangunan itu dan belajar lebih lanjut tentang sejarah, seni bina dan tujuannya. Johnny Rodriguez, ketua pegawai inovasi di Fresh Consulting dan ketua usaha pengalaman maya, berkata projek itu direka untuk memastikan bait suci boleh diakses oleh orang ramai tanpa mengira di mana mereka tinggal.

Salt-Lake-Temple-Virtual-Tour-Demo
Salt-Lake-Temple-Virtual-Tour-Demo
Johnny Rodriguez, ketua pegawai inovasi di Fresh Consulting, menunjukkan teknologi imbasan 3D yang akan digunakan untuk menggambarkan Bait Suci Salt Lake secara digital dan membuat lawatan maya pada Selasa, 18 Ogos 2026, di Pusat Pelawat Temple Square di Salt Lake City, Utah.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

“Ia sangat luar biasa untuk memainkan peranan kecil dalam membawa ini kepada orang yang mungkin tidak akan mengalaminya secara geografi,” katanya.

Melalui lawatan maya yang belum pernah diadakan sebelum ini, para pengunjung dapat meneroka Bait Suci Salt Lake mengikut rentak mereka sendiri serta mempelajari ciri-ciri seni bina, sejarah dan keagamaannya. Rodriguez berkata pengalaman itu direka untuk memberi pengguna rasa penerokaan peribadi.

“Kami telah cuba menjadikannya sesuatu yang membenarkan pengunjung untuk mengawal dan melihat bait suci dari perspektif mereka [dan] meletakkan mereka di pusat pengalaman,” katanya

Rodriguez berkata dia berharap pilihan maya itu akan membantu para pengunjung lebih memahami Yesus Kristus dan tujuan bait suci.

“Saya berharap para pengunjung yang mengalami lawatan maya itu akan berasa seperti, 'Wow, banyak perkara di tempat bait suci mengarahkan kita kepada Kristus,’” dia berkata.

Sama ada mengambil bahagian di Temple Square atau melalui pengalaman maya di seluruh dunia, pengunjung dijemput untuk menyertai Sambutan Bait Suci Salt Lake dan berbahagia dalam Yesus Kristus.

Salt-Lake-Temple-Celebration-Media-Moment
Salt-Lake-Temple-Celebration-Media-Moment
Bait Suci Salt Lake Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir pagi Selasa, 1 September 2026.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD