(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Semasa Presiden Russell M. Nelson menghampiri hari jadinya yang ke-100 (9 September 2024), dia menekankan satu tempat dalam tulisan suci di mana Yesus Kristus menggunakan angka 100 untuk mengajar pelajaran tentang pelayanan dan kasih.
Dalam perumpamaan domba yang hilang (Matius 18 dan Lukas 15), Yesus mengajarkan bahawa kita perlu menjangkau kepada orang lain yang memerlukan sama seperti seorang gembala menjaga dombanya—meski hanya seekor hilang daripada kawanan 100 ekor itu. Merujuk kepada contoh ini, Presiden Nelson mencadangkan satu cara orang ramai boleh membantu memperingati hari jadinya yang ke-100 adalah dengan menjangkau kepada 'yang satu' yang memerlukan.
Dalam mesej yang disiarkan di saluran media sosial 100 hari sebelum hari jadinya iaitu 9 September, Presiden Nelson menyatakan,
“Satu persembahan rohani yang akan menceriakan hidup saya adalah untuk setiap kita menjangkau kepada ‘yang satu’ dalam hidup kita yang mungkin berasa kehilangan atau keseorangan. Dalam beberapa bulan akan datang saya menjemput anda dengan penuh doa mempertimbangkan: siapa yang anda tahu yang mungkin berkecil hati? Dengan siapa anda mungkin perlu berdamai atau meminta pengampunan? Adakah satu nama muncul dalam fikiran anda kebelakangan ini, walaupun anda tidak tahu sebabnya? Semasa anda bawa soalan-soalan ini kepada Tuhan, Dia akan mengilhami anda untuk tahu bagaimana anda boleh menjangkau dan mengangkat seseorang yang memerlukan bantuan.”
Dengan mengikuti teladan Yesus Kristus, Presiden Nelson meneruskan, kita boleh “menyebarkan kasih Yesus Kristus ke seluruh dunia.”
Lihat siaran nabi di Facebook, Instagram dan X (dulunya Twitter).
Russell M. Nelson
1 Jun
Saya bakal menghampiri hari jadi saya yang ke-100. Salah satu tempat di mana Juruselamat menggunakan angka 100 dalam tulisan suci ialah perumpamaan tentang domba yang hilang. Meski 99 daripada kawanan dombanya selamat di sisinya, gembala itu pergi mencari 1 yang hilang.
Pada usia 99 tahun, saya tidak memerlukan hadiah fizikal. Tetapi satu persembahan rohani yang akan menceriakan hidup saya adalah untuk setiap kita menjangkau kepada 'yang satu' dalam hidup kita yang mungkin berasa kehilangan atau keseorangan.
Dalam beberapa bulan akan datang saya menjemput anda untuk penuh doa mempertimbangkan: Siapa yang anda tahu yang mungkin berkecil hati? Dengan siapa anda mungkin perlu berdamai atau meminta pengampunan? Adakah satu nama muncul dalam fikiran anda kebelakangan ini, walaupun anda tidak tahu sebabnya? Semasa anda bawa soalan-soalan ini kepada Tuhan, Dia akan mengilhami anda untuk tahu bagaimana anda boleh menjangkau dan mengangkat seseorang yang memerlukan bantuan.
Juruselamat telah tunjukkan teladan yang indah – bahawa dengan melayani hanya satu dalam jangkauan kita, kita boleh menyebarkan kasih Yesus Kristus ke seluruh dunia. #99tambah1