Translation

Air adalah Kehidupan

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia mengambil bahagian dalam usaha kolaboratif untuk menyalurkan air bersih ke sembilan kampung terpencil di Malaysia Timur.

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Dalam usaha sangat penting, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dengan kerjasama Rotary Club Kota Kinabalu Pearl, membolehkan sembilan kampung luar bandar di seluruh Malaysia Timur secara serentak menerima air bersih terus ke rumah mereka.

“Kelab kami menghargai kerjasama dengan Gereja dan sumbangan berharga mereka yang membolehkan kami menjangkau begitu banyak kampung di luar bandar Malaysia yang sangat memerlukan air bersih untuk kehidupan seharian,” kata Rosie Chong, bekas presiden Kelab itu. “Bersama-sama kami membantu memberi impak kepada banyak kehidupan demi kebaikan.”

Gereja, bersama-sama dengan Jawatankuasa WASH (Air, Sanitasi dan Kebersihan) Rotary telah membangunkan rancangan untuk melaksanakan tugas ini. Dalam tempoh tujuh bulan, dari Januari hingga Julai 2024, mereka menubuhkan jawatankuasa kerja, memperoleh bahan dan menyiapkan pembinaan sistem penghantaran air graviti ini.

Kampung yang dilayani ialah: Pahu Pinawatai, Kinaratuan, Muruk, Tudangan, Lipoi, Tangkol, Nasapu, Kibulu, dan Layung. Kampung-kampung itu terletak di daerah Ranau, Marudu dan Pitas di utara Sabah, Malaysia Timur.

2024.01-07-1-Water-Project-Map.jpg
2024.01-07-1-Water-Project-Map.jpg
Sabah adalah salah satu daripada dua negeri Malaysia di pulau besar Borneo di mana kebanyakan penduduknya adalah keluarga kampung yang berpendapatan rendah.2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Setiap kampung dikenal pasti dengan teliti sebagai yang paling memerlukan sumber air bersih. Penuaian hujan dan bantuan kerajaan tidak dapat menampung permintaan air yang semakin meningkat di lokasi-lokasi ini. Beberapa sumber air bersih berada lebih enam kilometer dari sesebuah kampung di lereng gunung. Jenis usaha ini memerlukan komitmen penuh penduduk kampung dengan bantuan Gereja dan WASH untuk diselesaikan. Mereka dibekalkan bukan sahaja bahan, tetapi juga latihan yang diperlukan, untuk menerokai sumber air gunung yang tinggi dan menyalurkannya ke kampung mereka untuk penyimpanan dan pengagihan.

Setiap projek kampung individu dibahagikan kepada lima fasa utama yang telah disemak dan dipantau oleh Elder Brad dan Sister Marsha Douglas, sukarelawan kemanusiaan dari Gereja; Rosie Chong dari Kelab; dan Suzanna Liew, pengerusi jawatankuasa WASH.

Fasa projek dikenal pasti sebagai: 1) perancangan awal, 2) perolehan dan pemeriksaan bahan, 3) pembinaan oleh penduduk kampung, 4) tinjauan kemajuan, dan 5) ujian akhir kualiti air, diakhiri dengan sambutan penyerahan.

Kekurangan air bersih membawa risiko kebersihan yang tidak baik, penyakit, dan juga kemiskinan kepada orang dewasa dan kanak-kanak. “Air bersih adalah teras kesejahteraan dan kebersihan untuk semua orang, termasuk keluarga kampung yang sederhana ini yang bekerja keras hanya untuk menjalani hidup,” kata Elder Douglas. “Ia satu berkat kepada semua keluarga ini di mana kami boleh bekerjasama untuk menyediakan bahan yang diperlukan dan pengetahuan untuk membina sistem yang boleh menyokong mereka dan menggalakkan keberdikarian. Untuk melihat air bersih tiba di setiap sembilan kampung ini membawa maksud sebenar kepada ungkapan ‘air adalah kehidupan’.”

Sepanjang tempoh tujuh bulan, di bawah arahan ketua kampung mereka, sembilan kampung bekerja secara serentak dan bebas untuk membina sistem pengagihan air bersih mereka sendiri di kawasan pergunungan Sabah, di mana air adalah kehidupan.

Ramai lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari setiap kampung kecil memberikan usaha terbaik mereka untuk membantu membina, dan kini mengekalkan sistem air berharga baharu ini. Yang mendorong Sister Douglas untuk memetik apa yang Nabi Kitab Mormon, Alma ajarkan kepada puteranya Helaman, “melalui hal-hal kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan”. (Alma 37:6)

Gereja pertama kali memulakan kehadirannya di Malaysia pada tahun 1974 dan telah terlibat secara aktif dalam pelbagai usaha kemanusiaan sejak itu. Ini termasuk projek yang membantu dengan tindak balas kecemasan, pendidikan, kesihatan, penjagaan penglihatan, air bersih dan sanitasi. Ahli-ahli Gereja adalah pengikut Yesus Kristus. Mereka memperjuangkan nilai kekeluargaan dan suka melayani sesama manusia.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.