Translation

Belia Boleh Mempunyai Harapan, Kegembiraan di Masa Depan Melalui Kristus, Kata Elder Godoy di Pertemuan Rohani Sedunia

Elder Carlos A. Godoy dan Sister Mônica Godoy berkongsi bagaimana belia boleh mengharungi kesunyian, dating, institut, pelayanan, misi dan perkahwinan

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

This story appears here courtesy of TheChurchNews.com. It is not for use by other media.

Oleh Joel Randall, Berita Gereja

Setelah merenung, Elder Carlos A. Godoy melihat bahawa bimbingan dan tangan perlindungan Bapa Syurgawi yang penuh kasih hadir sepanjang hidup dia. Dia melihat kembali pada penyertaan Gereja dan telah jatuh cinta dengan isterinya, Mônica, sebagai arahan daripada Tuhan yang tahu siapa dia dan peduli tentangnya.

“Dulu saya tidak dapat melihatnya,” kata Elder Godoy dari Presidensi Tujuh Puluh di Pertemuan Rohani Belia Sedunia pada 5 Mei. “Tetapi saya dapat melihatnya sekarang.”

Elder dan Sister Godoy berkongsi pengalaman mereka sebagai belia — termasuk bagaimana mereka bertemu dan mula berkeluarga — dan menjelaskan asas-asas yang muda-mudi sekarang boleh terapkan untuk melihat dengan lebih jelas dan ikut arah Tuhan ketika membuat keputusan kritikal.

Pasangan itu disertai oleh Elder Clark G. Gilbert, seorang Penguasa Umum Tujuh Puluh dan Pesuruhjaya Sistem Pendidikan Gereja, dan isterinya, Christine. Bersama-sama, mereka menawarkan nasihat kepada belia tentang topik kesunyian, dating, institut, pelayanan, misi dan perkahwinan.

Kesunyian

Sebagai seorang penganut baru yang menghadiri pertemuan Hari Minggu, Elder Godoy duduk bersendirian di belakang gereja dan selepas itu dia balik ke rumah selepas merasa keseorangan dan kecewa.

“Sukar apabila kita rasa terasing atau tidak bernilai,” kata Sister Godoy. “Bagi yang hadapi ini, jangan biarkan perasaan ini menguasai diri anda. Anda tidak bersendirian.”

Itu kerana Juruselamat kenal mereka dan kasihi mereka dan sentiasa ada. “Jangan berputus asa untuk tergolong. Dia akan hantar malaikat untuk bantu anda.”

Elder Godoy menambah “kita harus menjadi malaikat itu.” Dia mendorong para belia untuk melihat lebih daripada lingkungan kawan biasa mereka untuk mencari sesiapa yang berasa sunyi dan dilupakan. “Berilah mereka peluang. Mereka perlu senyuman anda, jabat tangan dan persahabatan anda.”

Godoy-young-adult
Godoy-young-adult
Belia berbicara sebelum Elder Carlos A.Godoy dari Presidensi Tujuh Puluh dan isterinya, Mônica, berbicara dalam siaran Pertemuan Rohani Belia Sedunia daripada Tarbenacle Salt Lake di Salt Lake City pada 5 Mei 2024. Copyright 2024 Deseret News Publishing Company.

Dating

Apabila Elder Godoy bertemu dengan bakal isterinya buat kali pertama, itu adalah cinta pandang pertamanya. Namun bagi Sister Godoy, jatuh cinta adalah proses yang bermula daripada persahabatan.

“Sesetengah orang, ia tanggapan jelas dan kuat,” kata Sister Godoy. “Bagi yang lain, ia perlukan banyak masa, usaha dan kesabaran. Ia semakin jelas apabila anda terus berusaha dalam hubungan itu. Jangan cepat berputus asa jika mulanya anda tidak ada tanggapan kuat. Perkahwinan hebat bermula dengan cara yang kecil, sedikit demi sedikit, temu janji demi temu janji.”

Elder Godoy menambahkan bahawa “proses mencari ‘pasangan tepat’ seperti proses menerima wahyu.” Memetik kata Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul daripada April 2011, Elder Godoy berkata wahyu kadang kala dalam sekelip mata terang sebagaimana iluminasi apabila lampu dinyalakan, manakala masa lain ia datang secara beransur-ansur seperti cahaya daripada matahari terbit.

“Sama juga tentang menerima pengesahan rohani tentang teman abadi kita,” kata Sister Godoy. “Ia akan datang sedikit demi sedikit semasa kita bertemu orang dan luang masa bersama.”

Godoy-Young-Adult
Godoy-Young-Adult
Elder Carlos A. Godoy dari Presidensi Tujuh Puluh berucap dengan para belia berikutan siaran Pertemuan Rohani Belia Sedunia daripada Tabernacle Salt Lake di Salt Lake City pada 5 Mei 2024. Copyright 2024 Deseret News Publishing Company.

Institut

Hadiri kelas Seminari adalah keputusan kritikal untuk Elder Godoy yang muda, dia menceritakan, ia memberi kesan dalam perjalanan rohaninya.

“Kerana ajaran injil harian, saya dapat kuatkan kesaksian saya dan menentang godaan,” dia berkata. “Saya tahu saya adalah anak Tuhan dan Dia ada rancangan untuk saya dalam hidup ini.”

Hasil yang sama, kata Sister Godoy, boleh ditemukan dengan menghadiri kelas institut. “Saya harap anda manfaatkan sumber hebat ini. Di sana, anda akan temui kebenaran injil dan juga kawan sejati.”

Pelayanan

Sebagai belia, Elder Godoy telah ditugaskan sebagai teman pengajar keluarga kepada presiden remaja putera — juga merupakan bapa kepada Sister Godoy. Remaja putera itu tidak tahu banyak tentang injil, tetapi temannya percaya kepada Elder Godoy dan memberi dia peluang untuk mengajar.

Dia berkata, “Melayani membuat saya rasa dihargai. Ia menyediakan saya untuk membantu orang lain, dan kuatkan kesaksian saya.”

Sebagai belia hari ini yang “bersemangat terlibat dalam perkara baik” (Ajaran dan Perjanjian 58:27), dia meneruskan, mereka juga boleh menguatkan kesaksian mereka.

Satu cara para belia boleh melayani, tambah Sister Godoy, ialah menghadiri bait suci. “Kerap menghadiri rumah Tuhan membawa berkat.” Memetik Ajaran dan Perjanjian 64:2, dia meneruskan “Dalam bait suci, kita terima pelajaran untuk ‘mengatasi dunia.”

Elder Godoy bekata, “Saya harap anda aktif dalam peluang pelayanan. Contohnya, pelayanan, sejarah keluarga, pelayanan bait suci, atau tugasan lain Gereja di mana anda melupakan diri anda dan bantu orang lain. Ia akan berkati anda, kuatkan anda dan melindungi anda.

Misi

Enam bulan selepas Elder Godoy pergi melayani misi sepenuh masa, Sister Godoy juga pergi melayani. “Kami lihat misi kami sebagai cara terbaik untuk gembirakan Juruselamat dan mempersiapkan diri untuk perkahwinan,” dia berkata.

“Kembali dari dua tahun itu, saya lebih bersedia untuk kehidupan,” kata Elder Godoy, menambah bahawa misi mereka membawa banyak kebolehan baharu dan berkat. “Kerana misi kami, kesaksian kami tentang Juruselamat dikuatkan, pengetahuan tentang injil meningkat, dan kemahiran komunikasi dan kepimpinan membantu dalam kerjaya kami.”

Namun, “kita tidak boleh menilai mereka yang berbeza pengalaman misi atau tiada pengalaman misi,” kata Elder Godoy. Melayani misi “bukan tatacara injil, jadi tiada siapa yang akan akan dihukum dalam kemajuan hidup mereka atau kehilangan berkat keabadian kerana itu.”

Perkahwinan

Ramai belia berasa mereka perlu menghabiskan persekolahan mereka dan mempunyai kerjaya yang stabil sebelum berkahwin. Namun, itu tidak semestinya begitu, kata Elder Godoy. “Anda perlukan hal-hal asas, sesama, dan Tuhan di pihak anda—yang lain boleh dicapai bersama, yang akan kuatkan perkahwinan anda.”

Mewujudkan perkahwinan yang berjaya adalah satu proses, kata Sister Godoy. “Hidup perkahwinan adalah pengalaman pembelajaran semasa kita maju. Cinta telah wujud sejak awal, tetapi pergaulan setiap hari dibina langkah demi langkah.”

Godoy-young-adult
Godoy-young-adult
Elder Carlos A. Godoy dari Presidensi Tujuh Puluh dan isterinya, Mônica, berucap dalam siaran Pertemuan Rohani Belia Sedunia daripada Tarbenacle Salt Lake di Salt Lake City pada 5 Mei 2024.Copyright 2024 Deseret News Publishing Company.

Mungkin ada cabaran seperti sakit kepala, penyakit, dan kekurangan wang, dia berkata. “Tetapi tahu tak? Inilah kehidupan.”

Satu hal yang pasti, kata Elder Godoy: “Jika kita bawa injil Yesus Kristus ke dalam hidup perkahwinan, ia menjadi mudah dan bahagia.”

Kepada sesiapa yang tidak berpeluang berkahwin dalam hidup ini, dia berkongsi sebuah klip video nasihat yang Presiden Gordon B. Hinckley berikan pada tahun 2003: “Jangan habiskan hidup anda bersedih. Dunia masih perlukan bakat anda. Ia perlukan sumbangan anda. Gereja perlukan iman anda. Tangan anda yang kuat dan membantu, diperlukan. Hidup bukanlah kegagalan sehingga kita putus asa.”

Harapan di Masa Depan

Elder dan Sister Godoy mengakhiri ucapan mereka dengan kesaksian dan satu penyataan berani bahawa para belia boleh mempunyai harapan di masa depan melalui Juruselamat Yesus Kristus.

“Kehidupan ini ialah masa untuk bersedia untuk bertemu Tuhan,” kata Sister Godoy. “Saya tahu Dia memimpin kita dan menyediakan jalan.”

Elder dan Sister Gilbert memberi kesaksian ringkas di pertemuan rohani, menambah kesaksian mereka bahawa mencari bantuan Tuhan membawa mukjizat ke dalam hidup seseorang.

Godoy-young-adult
Godoy-young-adult
Elder Clark G. Gilbert, Penguasa Umum Tujuh Puluh dan isterinya, Christine, berucap dalam siaran Pertemuan Rohani Belia Sedunia daripada Tabernacle Salt Lake di Salt Lake City pada 5 Mei 2024.2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

“Saya menambah kesaksian bahawa apabila kita melibatkan Tuhan, kata Sister Gilbert, “Dia akan arahkan hasrat kita dan besarkan usaha kita.”

Tambah Elder Gilbert: “Satu-satunya cara menjadi siapa anda dan mencari kegembiraan adalah melibatkan Tuhan.”

Untuk menutup, Elder Godoy bersaksi, “Saya tahu Penebus saya hidup, dan melalui rahmat dan berkat Korban Tebusan-Nya, kita ada harapan dan kegembiraan dalam kehidupan ini dan keluarga abadi di kehidupan seterusnya.”

Bagaimana untuk Menonton Pertemuan Rohani Ini

Acara ini telah dikongsi di broadcasts.ChurchofJesusChrist.org, sistem satelit Gereja, BYUtv, Gospel Stream dan saluran Youtube Gereja. Pertemuan Rohani ini boleh diakses pada Gospel Library.

Penonton di Amerika Utara dan Selatan menonton siaran langsung dalam 21 bahasa berikut: Bahasa Isyarat Amerika, Kemboja, Chuukese, Bahasa Inggeris, Perancis, Guarani, Hmong, Jepun, Kekchi, Korea, Mongolia, Navajo, Parsi, Portugis, Samoa, Sepanyol, Tagalog, Thai, Tonga, Ukraine dan Vietnam.

Kapsyen tertutup tersedia dalam siaran Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugis.

Pada hari Ahad, 12 Mei, pada tengah malam MDT, pertemuan rohani juga boleh ditonton atas permintaan dalam 40 bahasa lagi: Albania, Amharik, Armenia, Bislama, Bulgaria, Cina Ringkas, Cina-Tradisional, Cebuano, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Estonia, Fiji, Finland, Jerman, Yunani, Hungary, Iceland, Bahasa Indonesia, Itali, Kinyarwanda, Kiribati, Lingala, Latvia, Lithuania, Malagasy, Bahasa Malaysia, Marshallese, Norway, Poland, Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia, Slovak, Slovenia, Tshiluba, Sweden dan Urdu.

Maklumat kapsyen tertutup tambahan dan masa siaran satelit boleh didapati pada jadual siaran.

Copyright 2024 Deseret News Publishing Company.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.