Presiden Dallin Harris Oaks telah diumumkan sebagai presiden dan nabi ke-18 untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir pada Selasa, 14 Oktober 2025. Pengumuman itu dibuat semasa siaran langsung dari Salt Lake City, Utah. Presiden Oaks telah disokong dan ditetapkan pada awal hari itu.
Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, nabi dipilih melalui proses yang diilhamkan secara ilahi. Apabila nabi meninggal dunia, Presidensi Utama dibubarkan, dan Kuorum Dua Belas Rasul, yang dipimpin oleh Rasul yang paling lama melayani, mengambil alih kepimpinan, menetapkan nabi baharu melalui wahyu dan kuasa imamat
First-Presidency
Elder Gary E. Stevenson of the Quorum of the Twelve Apostles of The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints conducts a broadcast announcing the new First Presidency in the Conference Center in Salt Lake City, Utah, on Tuesday, on October 14, 2025. 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Presiden Oaks, berusia 93 tahun, menggantikan Presiden Russell M. Nelson, yang meninggal dunia pada 27 September, 2025
Pemimpin baharu bagi sebuah agama global yang mempunyai lebih daripada 17 juta ahli telah memanggil Presiden Henry B. Eyring, 92, dan Presiden D. Todd Christofferson, 80, untuk melayani bersamanya sebagai Penasihat Pertama dan Kedua dalam Presidensi Utama, badan pentadbiran tertinggi Gereja. Jeffrey R. Holland, 84 tahun, akan melayani sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.
First-Presidency
Church President Dallin H. Oaks of The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints announces the new First Presidency in the Conference Center in Salt Lake City, Utah, on Tuesday, October 14, 2025. 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Presiden Dallin H. Oaks
Presiden Dallin H. Oaks telah melayani sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul sejak Mei 1984. Beliau pernah menjadi presiden Universiti Brigham Young dari tahun 1971 hingga 1980, dan merupakan hakim Mahkamah Agung Utah dari tahun 1980 sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 1984 untuk menerima panggilan sebagai rasul.
Baca lebih lanjut tentang Presiden Oaks.
Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama
Presiden Henry B. Eyring telah melayani sebagai penasihat kepada Presiden Russell M. Nelson dari tahun 2018 hingga 2025, kepada Presiden Thomas S. Monson dari tahun 2008 hingga 2018, dan kepada Presiden Gordon B. Hinckley dari tahun 2007 hingga 2008. Beliau telah disokong sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul pada 1 April 1995. Sebelum melayani sepenuh masa dalam Gereja, Presiden Eyring merupakan presiden Ricks College di Rexburg, Idaho, dari tahun 1971 hingga 1977. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Sekolah Siswazah Perniagaan di Universiti Stanford dari tahun 1962 hingga 1971. Baca lebih lanjut tentang Presiden Eyring.
first-presidency-2025.JPG
The new First Presidency in the Conference Center in Salt Lake City on Tuesday, October 14, 2025: President Dallin H. Oaks (middle), President Henry B. Eyring (left), and President D. Todd Christofferson (right).© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Presiden D. Todd Christofferson, Penasihat Kedua
Presiden D. Todd Christofferson telah dipanggil ke dalam Kuorum Dua Belas Rasul pada 5 April 2008, dan sebelum itu melayani dalam Presidensi Tujuh Puluh. Sebelum melayani sepenuh masa dalam Gereja, beliau merupakan penasihat undang-undang bersekutu di NationsBank Corporation (kini Bank of America) di Charlotte, North Carolina. Sebelumnya, beliau adalah naib presiden kanan dan penasihat umum untuk Commerce Union Bank of Tennessee di Nashville, di mana beliau juga aktif dalam hal ehwal komuniti dan organisasi antara agama. Dari tahun 1975 hingga 1980, Elder Christofferson mengamalkan undang-undang di Washington, D.C. Baca lebih lanjut tentang Presiden Christofferson.
Presiden Jeffrey R. Holland, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul
Presiden Jeffrey R. Holland telah melayani sebagai Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dari 15 November 2023 hingga 27 September 2025. Beliau telah disokong sebagai Rasul pada 23 Jun 1994. Sebelum dipanggil sebagai Penguasa Umum pada tahun 1989, Presiden Holland melayani sebagai presiden kesembilan untuk Universiti Brigham Young dan telah aktif dalam bidang pendidikan profesional sepanjang hidupnya. Baca lebih lanjut tentang Presiden Holland.