Additional Resource

Easter adalah Hari untuk Menjangkau kepada Yang Kurang Bernasib Baik

(Untuk Kegunaan Bukan Islam Sahaja)

Easter adalah salah satu peristiwa yang paling diraikan dalam agama Kristian, selain Krismas. Dikatakan, “Tidak ada Krismas tanpa Easter.” Seseorang juga boleh katakan, “Tidak ada Easter tanpa Krismas.” Sesungguhnya, kedua-dua frasa ini saling melengkapi sebagai peristiwa suci penting yang dirayakan di kalangan orang Kristian.

Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Easter disambut di kalangan ahlinya di seluruh dunia. Semasa Orang Suci Zaman Akhir menghadiri gereja pada hari Ahad untuk meraikan Easter secara rohani, penyembahan kolektif dan individu mereka di gereja juga menyatakan kesyukuran mereka untuk hidup dan ajaran Yesus Kristus.

Kepada ahli, salah satu ajaran Yesus Kristus yang terbesar adalah untuk melayani dan menjangkau orang lain, terutama mereka yang kurang bernasib baik. Inilah cara untuk meluaskan kasih Tuhan kepada keluarga manusia. Oleh itu, musim Easter akan menjadi masa yang penting dan sesuai untuk melakukan kebaikan dan pelayanan dalam komuniti setempat mereka.

Ini dicontohkan oleh Orang Suci Zaman Akhir yang melawat Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya Sunshine untuk Ahad Easter, iaitu pada 29 Mac 2024. Rumah itu terletak di kawasan Cheras di negeri Selangor Malaysia. Mereka membawa dermaan barangan runcit dan makanan, malah berpeluang berkongsi pesanan Easter kepada penghuni di situ.

 Jenny Min, pengurus Rumah Kebajikan itu gembira menyambut kunjungan dari Gereja. Dia berkata kepada mereka, “Kami bersyukur atas dermaan dan makanan anda. Ia mencukupi untuk keperluan kami. Penghuni kami menikmati lagu yang anda nyanyikan, dan menghargai pesanan Easter itu. Pada lawatan anda yang seterusnya, sila aturkan lebih banyak aktiviti. Mereka suka muzik, lagu dan tarian.”

Rachel Mak, Orang Suci Zaman Akhir yang menganjurkan lawatan dan aktiviti itu, berkongsi fikirannya, berkata, “Rumah itu menantikan kunjungan kami yang seterusnya. Mereka sangat gembira kerana kami menyanyi dan berkongsi pesanan Easter dengan mereka. Saya dapat melihat riak wajah gembira mereka. Mereka juga ingin melawat Gereja untuk menghadiri kebaktian Ahad. Saya percaya kami telah menceriakan hari mereka!”

Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya Sunshine mempunyai 16 orang penghuni, kebanyakannya remaja dan dewasa yang mempunyai kekurangan upaya fizikal, cabaran kesihatan, dan kelemahan kritikal. Sebilangan sukarelawan tempatan menyumbangkan masa mereka untuk membantu menjaga penghuninya. Ahli komuniti kerap menderma makanan, barangan runcit, dan bekalan rumah kepada Rumah Kebajikan itu. Sunshine Home juga membuat dan menjual ladu Cina yang segar dan lazat sebagai sebahagian usaha mereka untuk mendapatkan dermaan daripada komuniti.

Angie Chong, ahli Gereja cabang Cheras, merenungkan bahawa, “Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berkongsi pesanan Easter tentang harapan, kasih dan pelayanan kepada umat manusia serta berita gembira injil Yesus Kristus bawakan kepada individu, keluarga, komuniti dan negara.”

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.