Pada 17 November 2025, Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul bertemu dengan Tuan Yang Terutama Hakim Mohamed Abdelsalam, Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin di Abu Dhabi, untuk meneroka cara-cara untuk menggalakkan kedamaian, kewujudan bersama dan persaudaraan sesama insan.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Merenungkan pertemuan itu, Elder Bednar menegaskan kepentingan hubungan yang semakin berkembang ini. “Kami sangat menghargai peluang untuk melibatkan diri dengan Majlis Hukama Muslimin,” katanya. “Usaha mereka untuk menggalakkan kedamaian dan kewujudan bersama adalah sangat serupa dengan harapan kami – untuk membawa lebih banyak persefahaman dan kerjasama dalam dunia terbahagi ini.”
Wakil-wakil Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang lain dalam pertemuan itu termasuk Elder Anthony D. Perkins, Elder Adilson de Paula Parrella dan Elder Roland J. Bäck, yang membentuk Presidensi Kawasan Timur Tengah/Afrika Utara Gereja dan menyelia usaha Gereja di seluruh rantau tersebut.
Semasa pertemuan itu, para pemimpin merenungkan keperluan yang lebih besar untuk menggalakkan kedamaian dan persefahaman merentasi tradisi keagamaan. Elder Bednar dan Hakim Abdelsalam menyatakan bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menjadi negara tuan rumah yang hebat untuk kepelbagaian budaya dan agama, dengan wakil-wakil budaya ini yang tinggal, bekerja dan mengamalkan kepercayaan mereka di UAE.
Pertemuan itu juga meneroka inisiatif-inisiatif bersama, termasuk menggalakkan nilai-nilai keluarga, usaha kemanusiaan dan penggunaan AI yang beretika.
“Pertemuan ini di Abu Dhabi adalah satu lagi langkah ke arah persefahaman yang lebih baik,” kata Elder Perkins. “Sebagai sebuah Gereja, kita mencari cara yang bermakna untuk bekerjasama dengan kawan-kawan Islam kita—secara institusi dan peribadi. Tidak harus ada ruang untuk ucapan benci atau prasangka terhadap saudara dan saudari Islam kita dalam komuniti kita.”
Elder Parrella menekankan bahawa Gereja telah bekerjasama dengan Hakim Abdelsalam dan wakil-wakil Lain Majlis Hukama Muslimin di pelbagai persidangan dan acara antarabangsa. Dia berkata: “Apabila kita berganding bahu, kita dapat mencipta penyelesaian yang akan melayani dan memberkati semua orang."
Pertemuan antara pemimpin Gereja dan Majlis Hukama Muslimin meneruskan kerjasama antara kedua-dua organisasi itu, yang termasuk kunjungan baru-baru ini oleh Tuan Yang Terutama Hakim Abdelsalam ke ibu pejabat Gereja di Salt Lake City.
Semasa melawat Utah pada September 2025, Hakim Abdelsalam bertemu dengan Presiden Dallin H. Oaks, Elder Bednar dan Elder Gerrit W. Gong, dan melawat Brigham Young University untuk belajar lebih tentang usaha Gereja dalam pendidikan dan dalam menggalakkan maruah manusia. Dia juga belajar tentang program kemanusiaan global Gereja dan usaha lain untuk memberkati orang ramai di seluruh dunia.
- President-Oaks-and-Judge-Abdelsalam
- Judge-Mohamed-Abdelsalam-meets-President-Dallin-H.-Oaks
- Judge-Abdelsalam-and-Elder-Gong
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Majlis Hukama Muslimin adalah sebuah organisasi antarabangsa yang diasaskan di Abu Dhabi. Misi majlis adalah untuk memupuk kedamaian dalam masyarakat Islam dan bukan Islam dan untuk memajukan asas-asas dialog antara agama, toleransi dan kewujudan bersama.
Pada tahun 2021, Gereja mengeluarkan satu risalah bertajuk “Muslims and Latter-day Saints: Beliefs, Values, and Lifestyles [Orang Islam dan Orang Suci Zaman Akhir: Kepercayaan, Nilai dan Gaya Hidup].” Ia menekankan persamaan dan perbezaan antara dua agama dan menekankan nilai-nilai teras yang dikongsi, seperti kasih kepada Tuhan dan sesama.