(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)
Rumah Tuhan – sebuah bait suci – akan didirikan di Phnom Penh, Kemboja, dan Orang Suci tempatan sangat teruja.
Keterujaan ini semakin memuncak semasa lawatan ke Kemboja oleh Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul bersama isterinya, Mary.
- Elder-Cook_DSC08654-Enhanced-NR.jpg
- Elder-Cook_DSC08741-Enhanced-NR.jpg
- Elder-Cook_DSC08561-Enhanced-NR.jpg
- Elder-Cook_DSC08413.jpg
- Elder-Cook_DSC08434.jpg
- Elder-Cook_DSC08438.jpg
- Elder-Cook_DSC03892.jpg
- Elder-Cook_DSC08365-Enhanced-NR.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Dalam ucapannya kepada Orang Suci di persidangan pelbagai pancang, Elder Cook telah menganugerahkan berkat kepada mereka,“Dalam masa istimewa ini, ketika sebuah bait suci akan didirikan di Kemboja, semoga berkat syurga dicurahkan ke atas anda, dan semoga anda diberkati dalam cara yang tidak dapat anda bayangkan, khususnya dalam keluarga anda.”
Gereja di Kemboja meraikan ulang tahunnya yang ke-30 tahun lalu dan kini mempunyai kira-kira 17,000 ahli. Selama bertahun-tahun, Orang Suci ini terpaksa menggunakan simpanan sepanjang hidup mereka untuk mengunjungi bait suci Gereja, sering kali hanya sekali dalam hidup mereka. Ketika Presiden Russell M. Nelson mengumumkan bait suci mereka pada tahun 2018, Ahli Kawasan Tujuh Puluh Elder Bunhouch Eng menyatakan bahawa menyembah di bait suci bagi mereka “bukan lagi sekadar mimpi.”
Mengimbas kembali sejarah Kemboja, rejim Khmer Rouge, yang memerintah dari tahun 1975 hingga 1979, menyebabkan kematian dua juta orang serta kemusnahan banyak catatan. Hal ini menjadikan kerja sejarah keluarga sesuatu yang mencabar tetapi pada masa yang sama menekankan kepentingan pekerjaan bait suci.
Bagi membantu ahli bersiap sedia untuk membuat perjanjian bait suci, Elder Benjamin M.Z. Tai, presiden dari Presidensi Kawasan Asia, menggalakkan mereka menghadiri kelas persediaan bait suci, menjadi layak untuk memperoleh kad rekomen bait suci, dan mencari nenek moyang mereka yang sedang menantikan tatacara penyelamatan mereka dilaksanakan.
Semasa persidangan, Elder Cook sangat tersentuh dengan koir besar yang terdiri daripada golongan belia bujang. “Mereka kelihatan hebat,” katanya dengan senyuman. “Saya merasakan bahawa walaupun [Kemboja] mempunyai sejarah (Gereja) yang tidak lama seperti di beberapa kawasan lain, masa depannya sangat cerah. Saya mempunyai perasaan bahawa perkara luar biasa akan berlaku, dan saya tidak sabar untuk melihat bait suci ini siap dibina.”
Selepas lawatan ke Kemboja, Elder dan Sister Cook juga melayani ahli dan misionari di Taiwan dan Malaysia. Di mana sahaja mereka pergi, mereka disambut dengan penuh sukacita dan kasih. Di Taiwan, koir juga disertai oleh peserta yang bukan ahli Gereja.
- Elder-CookThumbnail.JPG
- Elder-Cook_DSC2242.JPG
- Elder-Cook_DSC2887.JPG
- Elder-Cook_DSC2713.JPG
- Elder-Cook_DSC2983.JPG
- Elder-Cook_DSC2997.JPG
- Elder-Cook_DSC1490.JPG
- Elder-Cook_DSC3140.JPG
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Walaupun agama Buddha adalah agama yang dominan di Kemboja dan Taiwan, Malaysia mempunyai penduduk majoriti Muslim yang bersemangat. Kadar pertumbuhan Gereja di tempat-tempat ini berbeza, dan setiap persekitaran adalah unik, mempunyai cabarannya sendiri bagi Orang Suci Zaman Akhir yang merupakan golongan minoriti.
Sister Cook menyatakan, “Kami suka bertemu dengan ahli di pelbagai negara di seluruh dunia. Tidak kira di mana kita tinggal, ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir bersatu dalam fikiran dan hati. Kita mendapat penghiburan besar dengan mengetahui bahawa Tuhan sentiasa mengingati kita...Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, Tuhan mengenali kita secara peribadi.”
Bagi menggalakkan Orang Suci agar kekal tabah dan tak tergoyah dalam iman mereka, Elder Cook berkongsi pelajaran yang dipelajarinya daripada Elder Harold B. Lee, ketika dia dan Sister Cook membesarkan keluarga mereka di San Francisco pada tahun 1960-an, dalam tempoh pergolakan sosial yang ketara. Elder Lee mengajar bahawa jika ahli mengikuti tiga asas mudah ini, mereka dan keluarga mereka boleh dilindungi:
- Bina Sion di dalam hati dan rumah anda.
- Jadilah contoh dan tiang cahaya dalam komuniti anda.
- Fokus pada asas dan perjanjian yang diajarkan di bait suci.
Yu-Fang Chou dari Pancang Taichung Barat berkata bahawa dia sangat tertarik dengan tiga peringatan ini. Beberapa ketika dahulu, dia dan suaminya sedang mempertimbangkan untuk berpindah bagi menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk pertumbuhan anak-anak mereka. “Namun,” katanya, “saya menemui kedamaian dan keyakinan dalam nasihat Elder Cook, yang menyatakan bahawa selagi kita melakukan tiga perkara ini, kita dapat membesarkan anak-anak kita dalam injil Yesus Kristus!”
- Elder-Cook-22-Feb-71.jpg
- Elder-Cook-22-Feb-214.jpg
- Elder-Cook-23-Feb-194.jpg
- Elder-Cook-22-Feb-221.jpg
- Elder-Cook-23-Feb-186.jpg
- Elder-Cook-22-Feb-230.jpg
- Elder-Cook-23-Feb-44.jpg
- Elder-Cook-22-Feb-237.jpg
- Elder-Cook-23-Feb-438.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Duncan Horne dari Cabang Kuala Lumpur berkata, “Kami sangat menikmati pembelajaran tentang tiga perkara yang boleh kami lakukan…terutamanya di tempat kami berada, jauh dari ramai Orang Suci yang lain.” Dia dan isterinya, Fidelia, serta anak-anak mereka tinggal jauh dari ahli Gereja yang lain. Dia menyatakan bahawa walaupun mereka sentiasa berusaha untuk mengajarkan asas-asas ini di rumah mereka, ia menjadi lebih penting apabila diajarkan oleh seorang rasul Tuhan.
Rasul itu juga mengambil setiap peluang untuk memberikan kesaksian kepada hadirin bahawa nabi mereka, Presiden Russell M. Nelson, adalah nabi Tuhan di bumi dan dia memimpin Gereja di bawah bimbingan Juruselamat.
“Presiden Nelson sangat unik kerana dia begitu tegas dalam keputusannya,” kata Elder Cook. Dia menyatakan bahawa kebanyakan orang yang tegas tidak begitu rendah hati. “Tetapi dia sangat rendah hati dan baik seperti yang dapat kamu bayangkan. Dia berbuat baik kepada semua orang, dan mendengar setiap orang.” “Dia boleh bersikap tegas kerana dia menerima arahan daripada Tuhan dan melalui majlis dalam Gereja. “Dalam dunia yang penuh kekacauan dan pertikaian, kita mempunyai seorang nabi yang baik hati dan tegas, yang dekat dengan Tuhan, memberikan kita bimbingan yang kita perlukan pada zaman ini.”
Ketika menamatkan lawatannya bersama Presidensi Kawasan Asia, Elder Cook berkata bahawa dia terkesan dengan para ahli dan para misionari di setiap lokasi, “Saya melihat dalam diri orang yang saya temui dengan komitmen kepada injil Yesus Kristus, dan itulah yang paling menggembirakan saya.”