DOWNLOADElder Gérald Caussé ialah ahli terbaru Kuorum Dua Belas Rasul Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dia dipanggil pada Khamis, 6 November 2025, dan ditahbis pada hari yang sama oleh Presiden Dallin H. Oaks dan ahli-ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul.
“Saya selalu ada kesaksian tentang Yesus Kristus,” kata Elder Caussé pada hari Khamis. “Dia selalu berada di pusat kehidupan saya. Saya tahu Yesus Kristus hidup. Dan saya tahu Dia ialah Juruselamat dan Penebus kita. Ia adalah hal yang menakjubkan untuk menjadi seorang saksi Kristus. Itu merupakan tanggungjawab atau pengawasan terbaik yang boleh kita miliki dalam kehidupan kita.”
- b9db19e8a095c2836bd4fa2ce57b06f4a135c047.jpeg
- WF11022957-20250417_ITA_Rein-SkullerudDSC_9252.jpg
- 2024_07_22_GeraldCausse_OlympicFireside_JimmerFredettePeterVidmar_03.jpg
- 78b6a5e6a0c911edb881eeeeac1eada934563e00.jpeg
- 2024_07_22_GeraldCausse_OlympicFireside_JimmerFredettePeterVidmar_16.jpg
- Global-Distribution-Services-Center
- Utah-YSA-Conference-2025-4
- Utah-YSA-Conference-2025-2
- Global-Distribution-Services-Center-
- 03108b92a66d954a879bb22ae004af43f97ac9a7.jpeg
- 20220813_170330_Nilsson_LES_0465_.jpg
- 20250325_11931_SHeaps_SH90805.JPG
- Past-Presiding-Bishops
- Bishop-Gerald-Causse,-met-with-French-Polynesian-president-Edouard-Fritch-on-Thursday-23-February-in-Papeete
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Rasul-rasul ialah para saksi istimewa bagi nama Kristus di seluruh dunia. Mereka terlibat dalam tanggungjawab pentadbiran yang penting, menyelia operasi dan perkembangan Gereja global. Kuorum Dua Belas Rasul merupakan badan kepimpinan kedua tertinggi dalam pentadbiran Gereja. Mereka melayani di bawah arahan Presidensi Utama, yang merangkumi Presiden Gereja dan dua penasihat.
Elder Caussé, 62, anak jati dari Bordeaux, France. Pada waktu pemanggilan ini, dia berada dalam tahun ke-11 pelayanannya sebagai Uskup Utama Gereja. Dia merupakan Uskup Utama ketiga yang dilahirkan di luar Amerika Syarikat dan yang pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Uskup Utama mengurus hal-hal seperti bantuan kemanusiaan, program kebajikan, persepuluhan dan sumbangan puasa, kemudahan fizikal, dan pengurusan rekod keahlian, dan lain-lain. Mereka juga sering melakukan perjalanan untuk melayani para ahli Gereja di seluruh dunia.
Elder Caussé pernah melayani sebagai penasihat dalam Uskup Utama (2012–2015) dan ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh (2008–2012).
Dilahirkan di Bordeaux, France, pada 20 May 1963, anak kepada Jean Caussé dan Marie-Blanche Bonnet Caussé, Elder Caussé pindah ke Paris ketika dia berusia 19 tahun. Di sana, dia menjalani satu tahun perkhidmatan ketenteraan. Dia mula menjalin hubungan dengan Valérie Babin, yang dikenalinya sejak mereka masih kanak-kanak, ketika mereka berada di bahagian yang sama di Paris. Mereka berdua merupakan generasi kedua Orang Suci Zaman Akhir. Ibu bapa Elder Caussé dibaptiskan ketika dia berusia 6 bulan, ibu bapa Valérie menyertai Gereja ketika dia berusia 3 tahun.
Mereka berkahwin pada 5 August 1986, di Bait Suci Bern Switzerland, dan mempunyai lima orang anak.

7IV04444-2.jpg
Elder Gérald Caussé dan isterinya, Valérie, berucap tentang panggil baharunya sebagai Kuorum Dua Belas Rasul dari Bangunan Memorial Joseph Smith di Temple Square, Salt Lake City pada Khamis, 6 November 2025.© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Tugasan Elder Caussé sebagai Penguasa Umum membawa dia dan Valérie serta tiga orang anaknya ke Jerman, kemudian ke Amerika Syarikat. Caussés memuji anak-anaknya kerana menempuh perpindahan yang sukar itu
“Ia bukan hal yang mudah dilakukan,” kata Elder Caussé . “Kami mengagumi mereka kerana begitu tabah. Mereka tidak pernah merungut. Mereka pindah bersama kami dan mengubah hidup. Dan mereka yang tinggal di Perancis, kami kagum kerana mereka tiada berdekatan ibu bapa mereka selama 17 tahun.”
“Mereka menggalakan kami,” tambah Sister Caussé. “Salah seorang daripada mereka memberitahu kami yang dia menangis setiap malam, tetapi dia tidak memberitahu kami apa-apa selain memberi galakan. Kami kagum dengan mereka.”
Sebahagian daripada pelayanan Elder Caussé sebagai Penguasa Umum adalah kepada generasi muda. Pada Ogos 2025, sebagai contoh, dia mengingatkan para belia bahawa pekerjaan mengumpulkan Israel adalah hal yang paling penting pada masa ini — dan sebagai orang Suci Zaman Akhir, mereka dipanggil untuk menjadi sebahagian daripadanya.
“Gereja memerlukan anda — bukan kerana siapa anda, tetapi kerana siapa anda sebenarnya,” Elder Caussé said. “Setiap daripada anda membawa kurnia unik dan pengalaman hidup yang penting untuk memenuhi tujuan Tuhan.”
Rasul baharu juga menyampaikan ucapan penting tentang kepentingan menjaga ciptaan Tuhan. Ketika persidangan Brazil pada 2023, sebagai contoh, dia berucap kepada 100 profesional muda Orang Suci Zaman Akhir tentang pendekatan Gereja terhadap kemampanan alam sekitar.
“Tuhan telah mengamanahkan kita dengan pengawasan ciptaan-Nya, termasuk menjaga anak-anak-Nya — saudara dan saudari kita,” kata Elder Caussé. “Melaksanakan pengawasan ini adalah satu cara untuk berkongsi kasih yang dikurniakan oleh Pencipta kita kepada kita. Setiap pengikut Kristus harus merasai betapa pentingnya untuk memberkati keluarga mereka serta komuniti tempat mereka tinggal.”
Yang paling penting adalah penekanan dia terhadap harapan yang ditemukan dalam Yesus Kristus, satu topik yang disentuhnya dalam ucapan dia di persidangan umum yang terbaru.
“Pesanan harapan dan penghiburan ini adalah untuk kita semua, anak-anak Tuhan,” kata Elder Caussé pada April 2025. “Tiada seorang pun daripada kita yang dapat lari daripada cabaran dan keterbatasan kefanaan. Sesungguhnya, kita semua dilahirkan dengan ketidakmampuan semula jadi untuk menyelamatkan diri kita sendiri. Malah kita ada Juruselamat yang pengasih, dan ‘kita tahu bahawa melalui rahmat-[Nya] kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu’ (2 Nefi 25:23).”