bali-22.jpg
Translation

Elder Stevenson Memberitahu Para Pemimpin Agama di Bali bahawa ‘Semuanya Sama Kepada Tuhan’

Elder Stevenson berucap di forum agama R20

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Elder Gary E. Stevenson memberitahu para pemimpin agama global yang berhimpun di Bali, Indonesia, pada hari Khamis, 3 November 2022, bahawa pengalaman Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menunjukkan bahawa iman boleh membantu menyelesaikan masalah dunia apabila “mereka berpegang teguh pada asas teras mereka sementara turut dibimbing oleh cahaya dan pengetahuan ilahi tambahan.”

Downloadable B-Roll and SOTs

Beliau menyampaikan ucapannya semasa hari terakhir Forum Agama G20 yang pertama (dikenali secara ringkas sebagai R20). Lebih daripada 400 tetamu jemputan menyertai persidangan dua hari ini yang direka untuk membina kedamaian dengan saling menghormati. Para pemimpin agama ini datang dari banyak negara dan mempunyai jutaan pengikut.

Elder Stevenson ditemani oleh Elder Jack N. Gerard dan David P. Homer (Presiden Kawasan Asia Gereja) dari Tujuh Puluh di persidangan itu.

Elder Stevenson menjawab permintaan daripada penganjur persidangan untuk berucap secara khusus mengenai wahyu 1978 tentang imamat.

“Orang Suci Zaman Akhir bergantung pada ajaran asas tentang wahyu yang berterusan,” kata beliau. Dia menjelaskan kepada para hadirin bagaimana wahyu diungkapkan dalam Pemulihan Gereja Yesus Kristus yang sedang berlangsung. 

Elder Stevenson berkata Gereja Yesus Kristus telah “diangkat dan diperkuatkan dengan penyertaan penuh semua anak Tuhan. Kami telah mengukuhkan keutamaan kami ke arah melayani orang lain dan meraikan perpaduan dalam kepelbagaian.”

Elder Stevenson kemudiannya memetik Presiden Dallin H. Oaks dari Presidensi Utama, yang berucap pada 2018 tentang kepentingan perubahan ini dan menekankan salah satu berkat penting wahyu itu. 

“Salah satu kesan paling penting dari wahyu tentang imamat ialah panggilan ilahinya untuk meninggalkan sikap prasangka terhadap mana-mana kumpulan anak-anak Tuhan,” kata Presiden Oaks

bali-8.jpgDOWNLOAD

“Perkongsian nilai dengan orang yang beriman telah mendorong kami untuk membina jambatan persefahaman antara agama, memupuk hubungan keharmonian kaum [dan] menggalakkan keadilan untuk semua di seluruh masyarakat,” kata Elder Stevenson.

Beberapa pelayanan yang Gereja Yesus Kristus telah laksanakan pada tahun ini termasuk sumbangan kewangan yang besar kepada World Food Programme [Program Makanan Sedunia] dan UNICEF, kerjasama berterusan dengan National Association for the Advancement of Colored People (NAACP) dan bantuan berterusan untuk pelarian Ukraine.

bali-1.jpgDOWNLOAD

Di Indonesia, tempat di mana Elder Stevenson berucap, Gereja mempunyai beberapa projek kemanusiaan sedang berlangsung. Ini termasuk usaha membawa air bersih ke lapan buah kampung, melengkapkan 10 kemudahan penjagaan kesihatan dengan peralatan dan latihan resusitasi neonatal, dan menambah baik sekolah dan klinik perubatan untuk golongan kurang berkemampuan di Yayasan Cahaya Hati.

Dan Gereja Yesus Kristus secara aktif membina dan memupuk perkongsian dan persefahaman antara agama. Contohnya, pada awal tahun ini, Gereja menerbitkan risalah yang memperkenalkan umat Islam (pengikut Islam) dan Orang Suci Zaman Akhir kepada satu sama lain.

“Apabila rakyat belajar untuk hidup bersama dengan rasa hormat dan perpaduan walaupun terdapat perbezaan agama, kita mempunyai batu asas kepada kedamaian sejati,” kata Elder Stevenson. “Injil Yesus Kristus menyeru kita untuk mengasihi orang dari semua agama, budaya, bangsa dan negara demi kebaikan bersama — semua sama bagi Tuhan.”

Baca ucapan penuh Elder Stevenson: “Semua Sama Bagi Tuhan: Membuka Hati Kepada Mereka Yang Berbeza.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.