(This Content is for Non-Muslim Use Only)
This Easter season, members of The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints are encouraged to bring friends, family and neighbors to a one-hour Palm Sunday worship service in their local chapels on March 29, 2026. The following week (April 4–5), all are invited to watch general conference to celebrate Easter and the Resurrection of Jesus Christ.
Musim Easter ini, ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir digalakkan untuk membawa kawan-kawan, keluarga dan jiran tetangga ke satu jam pertemuan penyembahan Ahad Palma dalam gereja tempatan mereka pada 29 Mac 2026. Minggu berikutnya (4–5 April), semua dijemput untuk menonton persidangan umum untuk menyambut Easter dan Kebangkitan Yesus Kristus
The invitations come at the end of a video in which each member of the First Presidency shares a brief testimony of Jesus Christ and His love for us. Their individual testimonies are below.
Jemputan tersebut disampaikan pada penghujung sebuah video di mana setiap ahli Presidensi Utama berkongsi kesaksian ringkas tentang Yesus Kristus dan kasih-Nya kepada kita. Kesaksian individu mereka adalah di bawah.
President D. Todd Christofferson Presiden D. Todd Christofferson
“Our Heavenly Father loves us perfectly. Because of this love, He ‘gave his only begotten Son that … [we might] have everlasting life.’ As we focus during this Easter season on the life, ministry, and Resurrection of Jesus Christ, let us remember that He is our perfect Advocate and Redeemer. Because of His atoning sacrifice, we may experience immortality and eternal life hereafter as well as His love, peace, and joy now.”
“Bapa Syurgawi kita mengasihi kita dengan sempurna. Kerana kasih ini, Dia ‘memberikan Putera tunggal-Nya supaya … [kita dapat] hidup sejati dan kekal.’ Semasa kita berfokus pada musim Easter ini kepada kehidupan, pelayanan, dan Kebangkitan Yesus Kristus, marilah kita ingat bahawa Dia ialah Pembela dan Penebus kita yang sempurna. Kerana korban tebusan-Nya, kita dapat mengalami kebaqaan dan kehidupan abadi pada masa yang akan datang serta kasih, kedamaian, dan kebahagiaan-Nya pada masa kini.”
President Henry B. Eyring Presiden Henry B. Eyring
“Jesus Christ broke the bands of death. As a result, every one of Heavenly Father’s children will rise again in a perfected, resurrected body that will never die. This sure promise can turn the sorrow of losing a loved one into hope, filling our hearts with happy anticipation of reunion. Because of His sacrifice, we will all be resurrected and can be purified in Him.”
“Yesus Kristus memutuskan ikatan maut bagi setiap jiwa yang hidup. Akibatnya, setiap anak Bapa Syurgawi akan bangkit semula dengan tubuh kebangkitan yang sempurna, yang tidak akan pernah mati. Janji yang pasti ini dapat mengubah kesedihan kehilangan orang tersayang menjadi harapan, memenuhi hati kita dengan kegembiraan menjangkakan pertemuan semula. Kerana pengorbanan-Nya, kita akan dibangkitkan dan dapat dimurnikan di dalam-Nya.”
President Dallin H. Oaks Presiden Dallin H. Oaks
“This Easter season, we testify that Jesus Christ is risen. He lives. He is the Way. Jesus Christ’s atoning sacrifice and Resurrection are the ultimate evidence of God’s love. He called us His friends and declared: ‘Greater love hath no man than this, that a man lay down his life for his friends.’ His Atonement is a universal gift made possible by His love and the love of the Father.”
“Pada musim Easter ini, kami bersaksi bahawa Yesus Kristus telah bangkit. Dia hidup. Dialah Jalan itu. Korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus ialah bukti tertinggi kasih Tuhan. Dia memanggil kita sahabat-Nya dan menyatakan: ‘Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.’ Korban tebusan-Nya ialah hadiah universal yang dimungkinkan oleh kasih-Nya dan kasih Bapa.”