Translation

Foto Rasmi Baharu Menampilkan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah mengeluarkan foto baharu Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, bersama satu foto kuorum. Gambar-gambar tersebut, yang diambil dalam Bangunan Pentadbiran Gereja pada 4 Mac 2026, termasuk Elder Clark G. Gilbert, yang dipanggil sebagai Rasul pada hari Rabu, 11 Februari 2026, selepas pemergian Presiden Jeffrey R. Holland.

“Rasul” adalah gelaran yang Yesus berikan kepada Dua Belas yang Dia pilih untuk menjadi pengikut terdekat-Nya. Seorang rasul adalah saksi istimewa Yesus Kristus. Pada zaman purba, Yesus Kristus memanggil dan menghantar para Rasul-Nya untuk mewakili-Nya. Para Rasul hari ini juga dipanggil untuk menyebarkan injil Yesus Kristus di seluruh dunia. Kuorum Dua Belas Rasul ialah badan kepimpinan kedua tertinggi dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (Presidensi Utama adalah yang tertinggi).