Additional Resource

Gereja Menghargai 14 NGO atas Pelayanan Kemanusiaan Bersama

(Bukan untuk kegunaan media Muslim)

Kuching_Group-Picture_Suara-Sarawak.jpeg
Kuching_Group-Picture_Suara-Sarawak.jpeg
Foto oleh Suara Sarawak2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

13 Mei 2023, menandakan hari istimewa untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Malaysia, dalam memberi pengiktirafan rasmi yang pertama kepada organisasi kemanusiaan yang bekerjasama dengannya di Sarawak pada acara penghargaan yang julung kali diadakan.

Lebih daripada 100 orang menghadiri, termasuk wakil dari 14 NGO, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Tan Kai yang mewakili Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Adun Batu Kitang YB Ir. Lo Khere Chiang dan Dunstan Chan, presiden Majlis Kebajikan Sosial Sarawak.

“Program kemanusiaan dan kebajikan ialah elemen penting untuk memastikan keharmonian sosial. Tanpa keharmonian sosial, kita tidak boleh mencapai perkembangan ekonomi,” Tan berkata.

Beliau menjelaskan kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai polisi untuk membantu orang kurang bernasib baik melalui Kementerian Kebajikan, tetapi pelaksanaan itu tidak akan berkesan tanpa sokongan dan kerjasama NGO.

Pada tahun 2022, Gereja disertai 14 buah NGO melakukan 28 projek kemanusiaan yang memanfaatkan lebih daripada 1 juta ahli komuniti di Sarawak. NGO ini termasuk nama yang lama wujud seperti Rotary Club dan Red Crescent Society, Malaysia, Cheshire Homes, CLAPAM, serta organisasi baharu seperti P.O.C.S, SCAN dan kumpulan kanser yang lain. Bersama, mereka telah mengerjakan pelbagai inisiatif yang menyokong pesakit kanser termasuk kanak-kanak, dan juga orang kurang upaya, populasi orang asli dan benefisiari lain.

Chan, yang mengetuai Majlis Kebajikan Sosial yang merangkumi 45 NGO di Sarawak, menggalakkan lebih banyak perkongsian ini, “Jika anda ingin bekerjasama dengan rakan tempatan, inilah tempat yang betul untuk mula… Kita mungkin datang dari pelbagai mazhab, atau latar belakang agama, tetapi kita bersatu dalam kasih kita terhadap kemanusiaan. Itulah yang menyatukan kita.”

Lo juga mengucapkan tahniah kepada para hadirin dalam usaha kemanusiaan mereka.

“Saya percaya bahawa ukuran sebenar masyarakat bukanlah kejayaan ekonomi atau kekuatan ketenteraan, tetapi dalam bagaimana ia melayani yang lemah,” kata Lo. “Satu cara terbaik kita boleh tunjukkan belas kasihan dan menjaga mereka yang berkeperluan adalah dengan terlibat dalam pelayanan komuniti dan usaha kemanusiaan.”

Beliau gambarkan tindakan ihsan boleh datang dalam pelbagai bentuk dan semudah bersukarela membersihkan pantai, membaiki bumbung bocor, mengumpul dana, atau mendermakan kerusi roda kepada yang sakit.

“Dalam apa jua bentuk, pelayanan komuniti dan usaha kemanusiaan mempunyai kesan yang mendalam pada kehidupan orang yang kita bantu, dan dalam kehidupan kita juga…Apabila kita sukarela berikan masa dan sumber kita untuk membantu orang lain, kita belajar kemahiran berpasukan, komunikasi, dan menyelesaikan masalah. Kita juga lebih menyedari cabaran-cabaran yang orang lain hadapi dan memupuk rasa empati dan belas kasihan yang lebih mendalam,” dia menambah.

Beliau meneruskan, “Pelayanan komuniti dan usaha kemanusiaan seperti apa yang anda lakukan ini adalah penting untuk membina komuniti yang kuat dan berdaya tahan. Apabila kita berganding untuk membantu satu sama lain, kita mencipta satu perasaan kesatuan dan perpaduan…Kesatuan yang melebihi bangsa dan agama.”

Elder Kelly R. Johnson dari Presidensi Kawasan Asia Gereja menggemakan ucapan Lo dengan merujuk kepada lagu rohani pembukaan “Kerana Kudiberi Banyak” yang mana dia menekankan dua baris ini, “Kerana kudiberi banyak kupun harus beri … Kasih akan kubagikan dengan kata dan perbuatan.”

“Itulah yang kita cuba lakukan iaitu bukan sahaja menunjukkan kasih dengan apa yang kita katakan, tetapi dengan apa yang kita lakukan. Saya berterima kasih atas kebaikan yang anda lakukan dalam komuniti, dan saya berharap kita boleh terus bekerjasama untuk melakukan kebaikan yang menakjubkan di sini untuk mengangkat dan memberkati komuniti di Sarawak,” dia berkata.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir terkenal di peringkat antarabangsa atas komitmen kukuhnya dalam usaha kemanusiaan. Sementara usahanya di Malaysia menjangkau beberapa dekad, Malaysia Timur menerima peningkatan sokongan dari ibu pejabat Gereja pada kebelakangan ini. Ini adalah hasil dari langkah strategik Gereja untuk meneruskan perkongsian dan menyelaraskan sumber-sumber sebagai cara yang lebih cekap dan berkesan untuk melakukan kebaikan bersama. Hasil positif tidak akan terjadi tanpa kerjasama NGO tempatan.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.