(Kandungan ini adalah untuk kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Pada 27 Januari 2026, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia menyumbang sebuah van Toyota Hiace baharu, berkapasiti 10 tempat duduk, bagi memenuhi keperluan pengangkutan perubatan dan vokasional ahli Persatuan Autisme Kuching (KAA) yang menerima manfaat. Majlis penyerahan berlangsung di premis Persatuan tersebut dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, yang turut menyampaikan ucapan pada majlis itu.
Van tersebut akan digunakan untuk pengangkutan perubatan kecemasan apabila diperlukan, serta membantu mengangkut barangan yang dihasilkan oleh pelajar dan pelatih Persatuan untuk jualan berkala.
Dengan tumpuan yang sama terhadap pendidikan dan kanak-kanak, matlamat kemanusiaan Gereja selaras dengan usaha Persatuan untuk membantu individu autisme menjalani kehidupan yang bermakna, berdikari serta produktif dari segi ekonomi. Van yang ditaja sepenuhnya itu merupakan satu tanda sokongan Gereja terhadap usaha memperluas peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak, khususnya komuniti autisme.

KAA1.jpg
1. Wakil kemanusiaan Gereja bergambar bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian (berbaju kuning), memegang kunci hiasan sebagai simbol penyerahan van kepada Persatuan Autisme Kuching (KAA). Mereka disertai oleh Pengerusi Pengumpulan Dana KAA, Connie Yeo (paling kiri) dan Presiden KAA, Dr. Catherine Chan (barisan hadapan paling kanan), pada majlis penyerahan yang berlangsung di premis KAA di Kuching, Malaysia pada 27 Januari 2026.© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Dengan tumpuan yang sama terhadap pendidikan dan kanak-kanak, matlamat kemanusiaan Gereja selaras dengan usaha Persatuan untuk membantu individu autisme menjalani kehidupan yang bermakna, berdikari serta produktif dari segi ekonomi. Van yang ditaja sepenuhnya itu merupakan satu tanda sokongan Gereja terhadap usaha memperluas peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak, khususnya komuniti autisme.
“Sumbangan van ini lebih daripada sekadar sebuah kenderaan,” kata Connie Yeo, Pengerusi Pengumpulan Dana KAA. “Ia melambangkan belas kasihan, kerjasama, dan komitmen bersama untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas. Kami amat bersyukur kepada pasukan Kemanusiaan Gereja atas sokongan mereka serta kepercayaan terhadap misi kami.”
Semenjak tahun 2018, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Persatuan telah menjalankan program penghasilan “Autism Art Merchandise” (Barangan Seni Autisme) untuk mempromosikan karya seni pelajar, yang merupakan satu saluran untuk membangunkan keberdikarian mereka. Produk tersebut menjadi sumber pendapatan bukan sahaja bagi Persatuan, tetapi yang lebih penting, bagi para pelajar dan pelatih.

KAA3.jpg
2. Wakil kemanusiaan Gereja (kumpulan paling kanan) bergambar bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian (berbaju kuning), di hadapan van sumbangan mereka kepada Persatuan Autisme Kuching (KAA). Mereka disertai oleh Pengerusi Pengumpulan Dana KAA, Connie Yeo (kedua dari kiri) dan Presiden KAA, Dr. Catherine Chan (ketiga dari kiri), pada majlis penyerahan yang berlangsung di premis KAA di Kuching, Malaysia pada 27 Januari 2026.© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Kehadiran Persatuan di gerai jualan produk hampir setiap hujung minggu di persidangan dan acara komuniti turut meningkatkan keterlihatan serta kesedaran terhadap misinya. Saluran ini kini menjadi keperluan bagi pusat tersebut untuk terus berkembang, tetapi ia memerlukan keperluan logistik yang tinggi daripada pengeluaran hingga pengedaran untuk jualan. Penggunaan van ini lebih mampan berbanding amalan semasa yang bergantung kepada kenderaan peribadi kakitangan dan Ahli Jawatankuasa, serta membantu memenuhi keperluan Persatuan yang semakin meningkat seiring dengan perkembangannya.
Ini merupakan kerjasama pertama antara Gereja dan Persatuan. “Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir mengalu-alukan peluang untuk menyumbang kepada impak luas Persatuan Autisme Kuching dalam membantu individu autisme menjadi orang dewasa yang berdikari serta produktif. Kami percaya setiap insan dilahirkan dengan nilai ilahi, dan bekerja dengan hati serta tangan sendiri adalah sebahagian daripada martabat manusia,” kata Roger Walker, sukarelawan sepenuh masa Gereja yang membantu menguruskan sumbangan tersebut.
Oktober lalu, Gereja turut menyumbangkan sebuah van pengangkutan yang serupa kepada The Agape Center di Sibu bagi menyokong intervensi berasaskan rumah untuk kanak-kanak dan golongan muda dengan pelbagai ketidakupayaan, termasuk autisme dan ketidakupayaan fizikal. Sumbangan tersebut membolehkan perkhidmatan perubatan penting sampai kepada para penerima manfaat ini, yang keluarganya menghadapi pelbagai halangan pengangkutan seperti kos, kekurangan kenderaan, saiz badan, masalah kesihatan, serta keperluan peralatan perubatan yang memerlukan bekalan elektrik.
Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir komited untuk menyokong dan mempromosikan akses kepada pendidikan serta peluang pekerjaan bagi memperkukuh keberdikarian di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Sumbangan dana yang diperolehi berasal daripada ahli Gereja, tanpa mengira usia, dari seluruh jemaah sedunia dan diperuntukkan khusus untuk tujuan kemanusiaan.