(Hanya untuk orang bukan Islam)
Wanita Lembaga Pertolongan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dari Cabang Cheras di Selangor meluangkan masa pada pagi Khamis, 29 Jun 2023 bersama kanak-kanak dan belia yang kurang bernasib baik di Yayasan Sunbeams Home di Kuala Lumpur.
Penyelaras aktiviti Rachel Mak Shwu Fen dan Penasihat Presidensi Lydia Suling dari Presidensi Wanita Lembaga Pertolongan Cabang Cheras menganjurkan aktiviti tersebut. Menyokong mereka ialah misionari sepenuh masa dari Gereja dan ahli dari Wanita Lembaga Pertolongan Cabang Cheras. Bersama-sama mereka melayani 77 kanak-kanak dan belia yang berumur antara lima hingga 17 tahun. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi-sesi permainan dan membuat kraf, diikuti dengan sesi foto berkumpulan dan sumbangan barangan runcit, dan diakhiri dengan makan tengah hari hidangan tempatan.
"Kita memang berseronok dengan semua kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dirancang telah dicapai dengan hebat oleh sister-sister dari Wanita Lembaga Pertolongan Cabang Cheras. Mereka menjayakan semua aktiviti untuk Yayasan Sunbeams. Terdengar gelak ketawa kegembiraan dari semua kanak-kanak dan belia. Nyalaan matahari bersinar dari air muka semua. Kami berkhidmat dengan hati yang ceria dan mencontohi ajaran Yesus Kristus untuk meluangkan masa bersama mereka yang memerlukan. Dari permulaan aktiviti hingga penutupannya, saya tahu bahawa Yesus Kristus membimbing kami semasa kami berdoa dan merancang acara ini,” kata Rachel Mak.
Sook Ngan Yaw, Pengurus Pengacara Yayasan Sunbeams Home, berkongsi penghargaannya atas usaha para sukarelawan dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dia berkata, “Kanak-kanak mengalami masa yang hebat yang akan diingati. Mereka bergembira dalam semua aktiviti dan menikmati sehari yang memuaskan antara satu sama lain. Makan tengah hari adalah satu keseronokan kepada mereka kerana adanya hidangan kegemaran mereka, terutamanya mi goreng dan nasi goreng. Mereka sangat teruja untuk menerima permainan baharu meniup buih. Kami sangat menghargai masa dan usaha ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk menganjurkan aktiviti ini untuk Rumah Yayasan kami. Sumbangan barangan runcit adalah satu rahmat yang memang diperlukan.”
Yayasan Sunbeams Home telah ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai rumah bagi anak-anak dari rumah keluarga tunggal, mereka yang kehilangan tempat tinggal, didera dan diabaikan. Rumah ini memenuhi keperluan kebajikan bayi, kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan berumur dari bayi sehingga 18 tahun. Di Rumah Yayasan ini, pendidikan, tempat tinggal, bimbingan, tunjuk ajar dan penjagaan perubatan telah disediakan kepada ratusan kanak-kanak sejak tahun penubuhannya. Rumah ini ialah pusat perlindungan kebajikan bukan kerajaan dan bergantung pada sumbangan orang ramai untuk menyokong semua golongan yang kurang bernasib baik dalam penjagaan Yayasan ini.
Elder dan Sister Murray dari Wyoming (USA) yang melayani misi sepenuh masa untuk dua tahun bagi Gereja Yesus Kristus Zaman Akhir, berkongsi pengalaman mereka pada hari itu. “Malaysia adalah persekitaran yang indah dan mesra yang kaya dengan sejarah dan budaya. Kami gembira berada di sebuah negara yang tidak melupakan anak-anak tanahair. Kami diberi keistimewaan untuk ketawa dan bermain dengan kanak-kanak dari semua etnik dan budaya. Kami menyaksikan Wanita Lembaga Pertolongan Cabangan Cheras menggerakkan aktiviti melalui lagu-lagu dengan penuh kegembiraan dan ungkapan kesyukuran. Semasa beraktiviti, kanak-kanak dan belia Sunbeams dilayani dengan penuh kemesraan dan keceriaan. Ini menjadikan hari kami lebih cerah dan mengingatkan kami betapa nikmatnya seseorang manusia dimilik dan diterima oleh orang lain. Lebih-lebih lagi, kasih sayang Yesus Kristus untuk semua manusia,” kata Elder dan Sister Murray.
Organisasi Wanita Lembaga Pertolongan dari Gereja Yesus Kristus Zaman Akhir ialah salah satu organisasi wanita terbesar di dunia. Ianya mempunyai lebih daripada 7 juta ahli di seratus lapan puluh lapan negara di seluruh dunia. Tujuan organisasi ini adalah untuk membantu menyediakan wanita dan keluarga mereka menerima berkat-berkat kehidupan kekal bersama Bapa di Syurga, dan pada masa yang sama meningkatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta Pendamaian-Nya. Ditubuhkan pada tahun 1842 di Nauvoo, Illinois di Amerika Syarikat, Wanita Lembaga Pertolongan menyediakan wanita Orang Suci Zaman Akhir dengan peluang untuk melayan dan memberkati keluarga, masyarakat, serta mereka yang sakit dan butuh secara mengikut teladan yang diajar oleh Yesus Kristus. Ahli-ahli gereja boleh memupuk anak-anak dan keluarga mereka dengan kasih sayang penuh, pengetahuan Injil dan kehidupan Kristian. Pada masa yang sama mewujudkan rumah tangga yang berpusatkan ajaran Injil yang dibina di atas ajaran Yesus Kristus.