(Kandungan ini adalah untuk Kegunaan Bukan Islam sahaja)
Pada 27 September 2025, satu Hari Penemuan Keluarga telah ditawarkan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia. Acara ini diadakan di Pusat Daerah Kuala Lumpur di Petaling Jaya.
-
Poster Hari Penemuan Keluarga yang diadakan di Pusat Daerah Kuala Lumpur di Petaling Jaya pada Sabtu, 25 September 2025.
-
Sukarelawan di Hari Penemuan Keluarga membantu peserta mendaftar untuk akaun FamilySearch.org.
-
Orang Suci Zaman Akhir Peter Ee dan Ivan Ho, perunding sejarah keluarga dan kerja bait suci untuk Daerah Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) adalah ahli jawatankuasa Hari Penemuan Keluarga.
| 1 / 2 |
Seawal Jun tahun ini, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membantu merancang acara ini. “Ahli jawatankuasa termasuk perunding sejarah keluarga daerah Gereja dan ahli-ahli gereja yang berusaha untuk merealisasikan acara ini, dan mempromosikannya kepada keluarga, kawan-kawan, dan ahli-ahli gereja,” kata Elder Dan Haltinner salah seorang ahli jawatankuasa.
Dia juga berkongsi bahawa kehadiran yang ramai telah memenuhi dewan dengan para tetamu, sukarelawan, pemimpin gereja, dan ahli gereja. “Para sukarelawan bersosial dengan pelawat dan memperkenalkan mereka kepada platform sejarah keluarga yang dipanggil sebagai FamilySearch.org,” katanya lagi.
-
Sukarelawan di Hari Penemuan Keluarga membantu peserta dengan keturunan dan salasilah Cina.
-
Sekumpulan peserta sedang menikmati sembang ceria.
-
Sukarelawan di Hari Penemuan Keluarga membantu peserta dengan keturunan dan salasilah Cina.
-
Peserta melihat paparan pusaka keluarga dan objek bersejarah yang dipamerkan untuk Hari Penemuan Keluarga.
-
Mengalu-alukan peserta ke Hari Penemuan Keluarga.
-
Julian Lee (duduk di sebelah kanan) membimbing seorang peserta untuk menyediakan salasilah keluarganya dalam FamilySearch.org.
| 1 / 2 |
FamilySearch.org ialah laman web dan platform di seluruh dunia yang berfokus kepada pendokumentasian sejarah keluarga: daripada membina salasilah keluarga, menyediakan alat penyelidikan nenek moyang, mencipta album foto, hinggalah kepada merakam jurnal keluarga, dan lain-lain lagi. Ia adalah platform bukan untung yang boleh diakses dalam banyak bahasa, dan tersedia untuk sesiapa sahaja yang ingin mula mencipta salasilah keluarga mereka dan menemui akar nenek moyang mereka.
Terdapat gerai-gerai yang disediakan untuk peserta diperkenalkan dengan sejarah keluarga pada acara tersebut. Gerai-gerai pameran ini meliputi sambutan dan pendaftaran, menyediakan akaun dalam talian sejarah keluarga, mempelajari cara membuat salasilah keluarga, dan membuat album foto keluarga di laman web FamilySearch.org. Aktiviti acara lain termasuk melakukan penyelidikan nenek moyang berasaskan Cina, video tentang ahli gereja yang berpengalaman dengan sejarah keluarga, pembentangan oleh pakar sejarah keluarga dan permainan-permainan unik. Hidangan ringan disajikan sepanjang acara tersebut, diakhiri dengan makan malam.
-
Peserta memerhati carta keturunan sambil dibimbing oleh Lydia Suling (sebelah kanan).
-
Peserta tekun memerhati carta keturunan.
-
Lydia Suling dan Rachel Mak membantu seorang peserta dengan persediaan akaun FamilySearch.org.
-
Peserta melihat paparan pusaka keluarga dan objek bersejarah.
| 1 / 2 |
Daiki Tanji, dari Cabang Kuala Lumpur mencipta satu permainan sejarah keluarga yang menarik. Apabila ditanya bagaimana dia memikirkan idea kreatifnya, Daiki menjawab, “Apabila saya menerima tugas ini, saya mahukan satu permainan yang akan mengingati kenangan dan maklumat tentang keluarga atau nenek moyang mereka.”
Dia terus mengatakan bahawa permainan yang serupa dengan rolet akan menyokong ideanya. “Apabila pemain permainan menunggu roda untuk berputar dan mendarat pada soalan, ia menjadi satu saat yang penuh debaran baginya,” kata Daiki. Dia menambah, “Para peserta memberikan maklum balas yang sangat baik terhadap permainan ini. Mereka yang bermain berkata bahawa permainan ini membantu mereka untuk lebih kerap memikirkan tentang keluarga.”
Umur dan Pengalaman Bukan Halangan untuk Melakukan Sejarah Keluarga
Niccolo Comaschi, 15, dari Itali merupakan pelawat yang menyertai acara itu. Dia menyatakan, “Saya berterima kasih kepada rakan Orang Suci Zaman Akhir saya, Santiago kerana memperkenalkan saya kepada FamilySearch.org. Dia menjemput saya untuk menghadiri Hari Penemuan Keluarga ini.” Dia berkata bahawa persahabatan mereka di sekolah telah berkembang melampaui ruang kelas kerana FamilySearch.org. Ia membuatnya gembira dan teruja untuk menemui akar dan nenek moyangnya, terutama membina salasilah keluarganya.
Dia menjelaskan, “Setakat ini saya telah menemui maklumat tentang ahli keluarga dan saudara-mara yang telah meninggal dunia, yang berasal sejauh tahun 1800-an di Itali dan Eropah, termasuk gambar serta penanda kubur mereka.” Walaupun tidak mudah untuk mencari sejarah keluarga lebih awal daripada tahun 1800-an, dia berkata bahawa dia akan bekerja lebih keras untuk menemui lebih banyak.
-
Niccolo Comaschi (duduk) berbual dengan peserta semasa Hari Penemuan Keluarga.
-
Dari kiri ke kanan: Elder Scott dan Sister Lois Sucher, sukarelawan sejarah keluarga yang ditempatkan di Sibu, Sarawak (Malaysia Timur); Carol Ng, koordinator Hari Penemuan Keluarga; Evelyn Lim, Orang Suci Zaman Akhir dari Singapura yang pakar dalam keturunan dan salasilah Cina.
-
Elder Dan dan Sister Julie Haltinner, ahli jawatankuasa Hari Penemuan Keluarga membantu dengan fotografi dan juga mengatur pelan lantai acara itu.
| 1 / 2 |
“Niccolo mempunyai minat dan keupayaan yang luar biasa dengan penyelidikan dan penemuan sejarah keluarga. Dia bijak dalam usahanya untuk mencari maklumat dan jenis data lain yang relevan dan membantu dalam perjalanan sejarah keluarganya,” kata Elder Scott dan Sister Lois Sucher, sukarelawan sejarah keluarga yang ditempatkan di Sibu, Sarawak di Malaysia Timur.
Sister Sucher berkongsi, “Saya sangat kagum dengan semangat mudanya dan keinginannya untuk melakukan kerja sejarah keluarga dan salasilah. Bagi seorang remaja berusia 15 tahun, Niccolo adalah seorang remaja lelaki yang luar biasa yang akan mempunyai pengalaman sepanjang hayat yang menakjubkan untuk menemui akar-akar ini.”
Seorang peserta muda (yang minta untuk dirahsiakan), baru mengenali sejarah keluarga, merasakan pengalamannya di acara itu “sangat bermanfaat” dan dia “sangat gembira” dia hadir, oleh kerana jemputan rakannya Daiki Tanji. Dia mendapati penyediaan akaunnya dengan FamilySearch.org mudah dan mendapati aplikasi itu agak unik serta mudah difahami dan dipelajari.
Eugene berkata, “Ia memang aplikasi yang mesra pengguna untuk digunakan pada sebarang jenis peranti. Saya juga berpeluang untuk memulakan salasilah keluarga pertama saya. Sekarang, saya boleh memulakan pencarian rekod nenek moyang dan maklumat daripada ahli keluarga dan saudara mara yang hidup.”
Berkat-berkat Berkongsi tentang Sejarah Keluarga.
Hari Penemuan Keluarga juga dikunjungi oleh Yong Meow Ng dan isterinya Christina yang berasa sangat gembira dengan kejayaan acara itu. Kedua-duanya baru-baru ini dipanggil sebagai Penasihat Sejarah Keluarga dan Kerja Bait Suci Kawasan Asia untuk Singapura dan Malaysia. Mereka menyatakan, “Kami bersyukur untuk berkongsi hari yang indah ini dengan penganjur acara ini, tetamu, pelawat, sukarelawan dan ahli-ahli Gereja.”
-
Yong Meow Ng bersama isterinya Christina, baru-baru ini dipanggil sebagai Penasihat Sejarah Keluarga dan Kerja Bait Suci Kawasan Asia untuk Singapura dan Malaysia.
-
Yong Meow Ng dan isterinya Christina mengadakan perbincangan ceria dengan beberapa peserta Hari Penemuan Keluarga.
| 1 / 2 |
Pasangan Ng merasakan bahawa ia amat penting untuk bertemu dengan orang-orang utama yang terlibat dalam memelihara dan meningkatkan sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci di Malaysia kerana acara itu tidak akan dapat dilakukan tanpa pembaktian sukarelawan.
Pasangan Ng menambah, “Perunding sejarah keluarga ini memainkan peranan penting menyokong, menggalakkan, membimbing, mengajar, dan melatih ahli-ahli gereja dan peserta awam tentang kebijaksanaan melibatkan diri secara aktif dalam menemui sejarah keluarga dan akar nenek moyang mereka. Terdapat banyak lagi yang kami kenali juga. Satu pengalaman yang sangat manis bagi kami.”
-
Carol Ng, koordinator Hari Penemuan Keluarga.
-
Mengalu-alukan peserta ke Hari Penemuan Keluarga.
-
Wan Yng dan Sister Julie Haltinner di Hari Penemuan Keluarga.
-
Peserta di Hari Penemuan Keluarga.
-
Daiki Tanji dan Vanessa Latchumanan di bahagian permainan Hari Penemuan Keluarga.
-
Peserta melihat paparan pusaka keluarga dan objek bersejarah.
-
Peserta melihat paparan pusaka keluarga dan objek bersejarah.
| 1 / 2 |
Kedua-dua peserta dan sukarelawan mendapati makna dalam acara Hari Penemuan Keluarga. Selepas memperkenalkan diri dan mengenali mereka, sukarelawan membimbing peserta untuk menyediakan akaun FamilySearch.org terlebih dahulu, kemudian mengajar mereka cara menambah nama, menyusun salasilah keluarga mereka, dan menavigasi laman web itu.
Charles Petrinovich dan Robert Brock dari Cabang Kuala Lumpur berkongsi, “Perasaan melayani para pelawat sangat menggembirakan. Kami dapat melihat semangat membara dalam pelawat apabila setiap daripada mereka belajar menggunakan sama ada laman web FamilySearch.org atau aplikasi dalam talian untuk membina salasilah keluarga mereka.”
-
Charles Petrinovich dan Robert Brock dari Cabang Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk membantu pelawat mendaftar untuk akaun di FamilySearch.org.
-
Orang Suci Zaman Akhir dari Cabang Cheras telah ditugaskan untuk membantu pelawat mendaftar untuk akaun.
-
Sekumpulan peserta muda menikmati saat kreativiti bersama.
-
Sukarelawan Orang Suci Zaman Akhir membimbing seorang peserta dengan jurnal kenangan keluarganya.
| 1 / 2 |
“FamilySearch.org ialah alat mesra pengguna yang membantu pengguna memaksimumkan pengalamannya sambil mencipta salasilah keluarga mereka dan menavigasi laman web ini” ucap Julian Lee dari Cabang Gereja Cheras. Dengan fungsi seperti menyesuaikan keutamaan bahasa pengguna pada telefon bimbit atau tablet bagi membolehkan mereka mengalami sendiri penggunaan FamilySearch.org mengikut keselesaan masing-masing, dia merumuskan, “Ciri-ciri ini menjadikan platform berasaskan teknologi ini satu cara yang berkesan untuk melaksanakan kerja sejarah dan salasilah keluarga.”
-
Carol Ng, koordinator Hari Penemuan Keluarga berucap kepada sukarelawan sebelum acara bermula.
-
Carol Ng, berkongsi carta salasilah milik Orang Suci Zaman Akhir kepada Yong Meow Ng, Penasihat Sejarah Keluarga dan Kerja Bait Suci Kawasan Asia.
| 1 / 2 |
Carol Ng, koordinator acara Hari Penemuan Keluarga menyatakan, “Saya dapat melihat bahawa semua orang gembira melalui pembelajaran, pergaulan, dan melayani satu sama lain.”
Dia bersyukur untuk memerhatikan bagaimana sukarelawan dan ahli jawatankuasa dari cabang-cabang Gereja yang berlainan di Lembah Klang menonjol sebagai contoh-contoh kasih seperti Kristus dengan setiap orang memberikan yang terbaik untuk membantu para peserta mempunyai visi tentang kepentingan sejarah keluarga.
“Satu perkara yang saya amat bersyukur: bahawa 102 peserta datang…Saya berasa gembira mengetahui bahawa semua yang menghadiri acara ini memperoleh sesuatu yang bermakna. Mereka mengembangkan kesedaran dan pemahaman yang lebih besar tentang pekerjaan sejarah keluarga,” katanya.
Dia berkongsi bahawa beberapa pelawat menyatakan betapa gembiranya mereka untuk hadir, belajar proses melakukan sejarah keluarga, dan merasakan kebahagiaan yang datang daripada melaksanakan kerja sejarah keluarga untuk yang hidup dan mereka yang telah meninggal dunia.
-
Sukarelawan di Hari Penemuan Keluarga yang berfokus dalam keturunan dan salasilah Cina pada hari Sabtu, 25 September 2025.
-
Sukarelawan di Hari Penemuan Keluarga yang berfokus dalam keturunan dan salasilah Cina pada hari Sabtu, 25 September 2025.
-
Liesl Semaña tekun mengkaji carta keturunan.
-
Peserta melihat paparan salasilah keluarga dan gambar.
-
Seorang peserta melihat paparan pusaka keluarga dan objek bersejarah.
-
Janarthn Pillai (duduk di sebelah kiri) membimbing seorang peserta dengan galeri foto sejarah keluarganya.
-
Sekumpulan peserta dan sukarelawan yang gembira semasa Hari Penemuan Keluarga.
-
Sukarelawan pakar dalam keturunan dan salasilah Cina membantu peserta dengan penyelidikan keluarganya.
| 1 / 2 |
Presidensi Daerah Gereja Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) menyampaikan penghargaan dan kesyukuran mereka kepada Perunding Sejarah Keluarga Daerah, pemimpin cabang, ahli Gereja, sukarelawan, misionari, dan ramai lagi yang menyumbang kepada acara ini, dengan menyatakan bahawa pelayanan yang dibaktikan dan teladan mereka menjadikan Hari Penemuan Keluarga lebih daripada sekadar berjaya, tetapi juga bermakna dan penting dalam kehidupan mereka yang mengambil bahagian.