Sebelum Persidangan Umum Tahunan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir April 2023, sekumpulan ahli gereja dari pelbagai negara telah dipilih untuk menyanyi bersama Koir Tabernacle di Temple Square di Salt Lake City, Utah. Mereka digelar peserta global. Penyertaan ahli gereja dari rantau antarabangsa adalah projek perintis yang dianjurkan oleh Koir Tabernacle. Projek ini ialah satu inisiatif jangkauan yang novel. Koir menganggap huluran ini sebagai misi istimewa untuk pengaruh rohaniahnya dirasai ke seluruh dunia.
Seramai 10 peserta global dari Malaysia, Brazil, Mexico, Filipina, Ghana dan Taiwan telah mengambil bahagian. Semasa persidangan umum ini, para peserta global menyanyi dalam ketiga-tiga sesi iaitu pagi Sabtu, pagi Ahad dan petang Ahad. Jonathan How dari Kuala Lumpur, Malaysia, adalah salah seorang daripada peserta global. Beliau berkata, “Saya tidak pernah terfikir untuk menyanyi bersama dengan Koir Tabernacle. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa terujanya saya untuk peluang ini.”
- IMG_8940.JPG
- 2023-03-19_MS_153.jpg
- 3cb436b0-9f64-4464-b733-70123d83c416.jpg
- 20230323_205707_CPowell_CEP5421-Cristy-Powell.jpg
- f4313630-fc5e-4857-9a7c-9f59a4db482d.jpg
1 / 2 |
Beliau terus berkongsi titik memulakan perjalanannya dalam bidang muzik. Minat Jonathan hidup menyala semasa menyanyi dalam kumpulan koir di gereja. Sementara itu, beliau meluangkan masa peribadi untuk belajar membaca nota muzik serta menyanyi walaupun sempit jadualnya semasa belajar di universiti. Sebagai penyanyi dan pemuzik pembelajaran kendiri, Jonathan tekun berlatih dalam bacaan dan nyanyian semerta muzik nota. Beliau juga telah mengambil kursus nyanyian formal untuk memperbaiki teknik vokalnya.
“Semasa bertungkus lumus dan tekun melatih selama berbulan-bulan, saya mula merasa aspek kerohanian berkembang dalam jiwa sendiri. Saya berasa keterkaitan terhadap komitmen dan kasih saya kepada Juruselamat saya Yesus Kristus. Saya juga dengan rendah hati bersyukur kerana menerima berkat untuk menggunakan kemahiran dan bakat muzik saya untuk berkhidmat, dan menyertai persembahan dengan kumpulan pemuzik dan koir yang mengagumkan,” kata Jonathan.
Menyanyi bersama Koir Tabernacle adalah suatu pengalaman yang ketara, bahkan serius. Bersama dengan sembilan peserta global, Jonathan mengadakan empat latihan utama dengan Koir di bawah arahan Pengarah Muzik Koir Mack Wilberg dan Timbalan Pengarah Muzik Ryan Murphy. Sesi latihan peribadi tambahan juga diperlukan. Selang masa latihan, penilaian suara individu dan ujian untuk peningkatan vocal dijalankan untuk kesemua peserta global.
“Keutamaan masa memang terulung. Walaupun masih mengalami gangguan ritma harian disebabkan penerbangan antarabangsa, saya terus hadir ke sesi latihan. Begitu juga dengan peserta lain. Kami perlu mengikut setiap arahan, nasihat dan maklum balas. Walaupun pengarah muzik tegas, mereka juga profesional dan bersifat menggalakkan. Satu sesi latihan bersama Ryan Murphy pasti tidak dilupai. Di bawah bimbingannya, kami belajar mendengar dan menggabungkan vokal secara serentak and berharmoni,” satunya pengalaman latihan yang dikongsikan oleh Jonathan.
Peserta global juga mempunyai peluang untuk waktu rehat dan bersinggah. Mereka melawat Deseret Industries, Gudang Uskup, Badan Amal LDS, Pusat Latihan Misionari Provo, Bait Suci bandar Provo, dan Bait Suci bandar Bountiful. Semasa lawatan ini, Jonathan berasa kagum memerhatikan pelbagai aktiviti perkhidmatan yang dijalankan oleh Gereja Orang Zaman Akhir.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang menyanyi bersama Koir Tabernacle. Memang saya berharap untuk menyanyi bersama mereka sekali lagi. Saya berterima kasih kepada Mack Wilberg, Ryan Murphy, Koir Tabernacle dan misionari pasangan senior yang bertekun untuk merealisasikan pengalaman ini. Begitu juga dengan persahabatan baharu yang dipupuk di kalangan peserta global. Dengan rendah hati, saya berterima kasih kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya Yesus Kristus kerana memberikan saya peluang ini untuk berkhidmat, dan bertabah dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan Injil, menguatkan kesaksian saya, dan untuk meluah kasih sayang kepada Juruselamat saya Yesus Kristus melalui nyanyian dan muzik,” berkomen Jonathan.
Uskup Utama Gerard Caussé bertutur kepada peserta global, "Saya harap apabila anda kembali ke tanah air anda, kamu akan memberi kesaksian tentang pengalaman ini dan justerunya akan melahirkan generasi baru penyanyi di seluruh dunia."
Sebelum menyertai Koir Tabernacle untuk persidangan tahunan Gereja pada bulan April 2023, Jonathan telah ditetapkan sebagai mubaligh perkhidmatan oleh Michael O. Leavitt, Presiden Koir Tabernacle. Dia telah ditemu bual oleh pemimpin Kawasan Asia di Hong Kong, dan menyertai dua uji bakat dengan pasukan Koir. Jonathan telah berkhidmat di Misi California Sacramento, dan kini merupakan Presiden Kuorum Penatua di Gereja Cawangan Kuala Lumpur di Semenanjung Malaysia.