(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Untuk menggalakkan ahli Gereja terus maju dalam kesihatan dan kesejahteraan, Lembaga Pertolongan Daerah Kuala Lumpur (KL) dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menganjurkan acara yang bertajuk “Memperkasakan Kesejahteraan Anda”, pada 28 September 2024. Ia diadakan di Pusat Daerah KL di Petaling Jaya, Malaysia. Yang hadir adalah kira-kira seratus tiga puluh wanita dari cabang-cabang tempatan. Acara tersebut diadakan secara bersemuka untuk ahli gereja wanita yang tinggal di Lembah Klang, dan melalui Zoom untuk mereka yang berada di negeri-negeri lain.
- “Memperkasakan Kesejahteraan Anda” adalah acara yang dianjurkan oleh Presidensi Lembaga Pertolongan Daerah Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 28 September 2024. Acara itu diadakan di Pusat Daerah KL di Petaling Jaya, Malaysia.
- Saudari Peggy Wong, Presiden Lembaga Pertolongan Daerah KL memperkenalkan dan membuka sesi yang diadakan di Pusat Daerah KL di Petaling Jaya, Malaysia.
- Dr. Rajendra Paul Dass menyampaikan kepada penonton maklumat mengenai pelan makanan yang sihat dan berkhasiat.
- Lee Chen Ying berkongsi maklumat kepada para peserta tentang cara praktikal untuk menerapkan kesihatan mental dan kesejahteraan yang baik.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir percaya dalam kehidupan yang sihat dalam tubuh, minda, hati, dan roh. Pada 1833, Kata-kata Bijaksana telah diwahyukan kepada ahli-ahli awal Gereja di Kirtland di Amerika Syarikat oleh Presiden Gereja dan Nabi Joseph Smith. Ia adalah panduan untuk menjalani gaya hidup sihat yang akan menyediakan berkat fizikal dan rohani. Pada masa kini, ahli Gereja terus mengamalkan Kata-kata Bijaksana sebagai asas dengan janji yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan dalam perjalanan hidup.
- “Memperkasakan Kesejahteraan Anda” adalah acara yang dianjurkan oleh Presidensi Lembaga Pertolongan Daerah Kuala Lumpur.
- “Memperkasakan Kesejahteraan Anda” adalah acara yang dianjurkan oleh Presidensi Lembaga Pertolongan Daerah Kuala Lumpur.
- Lagu pembukaan telah dikendalikan oleh Sister Lee(Siew) Ah Lian, pemain piano Sister Chong Poh Ling.
- Para saudari sedang mempelajari cara melaksanakan senaman leher asas seperti yang diarahkan oleh fasilitator, Sister Anita Augustin.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Peggy Wong, Presiden Lembaga Pertolongan Daerah KL berkongsi tujuan mengadakan acara ini. Dia menyatakan, “Bersama dengan penasihat saya Carol Ng dan Monique Teh, kami merancang aktiviti kesejahteraan ini dengan fokus untuk mempromosikan tabiat sihat di kalangan para saudari dan keluarga mereka. Merujuk kepada tulisan suci Gereja dalam Ajaran dan Perjanjian 89:18-21, ajaran Kata-kata Bijaksana menekankan pemakanan yang betul, menjaga kesihatan emosi, dan memelihara kesejahteraan jasmani seseorang. Berkat datang daripada kepatuhan kepada Kata-kata Bijaksana, seperti menerima kekuatan jasmani dan rohani, kebijaksanaan, dan perlindungan.”
Sophia Ho dari cabang Petaling Jaya, menyatakan rasa penghargaan dia. Ho mengatakan, “Terima kasih kepada Presidensi Lembaga Pertolongan Daerah KL kerana menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi pencerahan. Saya belajar untuk menjaga kesihatan jasmani, mental, dan rohani saya.”
- Sister Peggy Wong, Presiden Lembaga Pertolongan Daerah KL berkongsi kata-kata pembuka. Duduk bersama ialah para penasihat dengan Sister Carol Ng di sebelah kiri dan Sister Monique Teh di sebelah kanan.
- Dr. Rajendra Paul Dass, membentangkan cadangan mengenai pelan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.
- Lee Chen Ying membentangkan tentang kesihatan mental. Dia bercakap mengenai kepentingan kesejahteraan mental.
- Anita Augustin membentangkan mengenai kesihatan muskuloskeletal. Dia mengajar penonton beberapa senaman fisioterapi yang boleh dilakukan di rumah.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Semasa aktiviti tersebut, para peserta dengan penuh perhatian mendengar dan mencatat nota daripada tiga fasilitator pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan, iaitu Dr. Rajendra Paul Dass, seorang doktor perubatan; Lee Chen Ying, seorang pakar psikologi; dan Anita Augustin, seorang pakar fisioterapi. Ketiga-tiga mereka adalah ahli Gereja dan pengamal yang berjaya dalam bidang kepakaran masing-masing.
Dr. Dass membentangkan cadangan untuk perancangan makanan yang berkhasiat, bernutrisi, dan membantu membina tubuh yang lebih sihat dan kuat. Dia juga menekankan pengurangan lemak, minyak, garam, dan gula untuk meningkatkan keberkesanan pilihan makanan sihat yang diambil. Selain makanan, dia juga mencadangkan pelbagai herba, rempah, dan bunga yang menyumbang kepada mengekalkan gaya hidup sihat. Sebagai kesimpulan, perkongsian Dr. Dass membentangkan manfaat mengekalkan hidangan yang seimbang dan berkhasiat dengan memanfaatkan sepenuhnya makanan sihat dan bersih yang diciptakan Tuhan untuk kesejahteraan jasmani dan rohani jangka panjang.
Selain makanan dan diet, kesihatan mental adalah topik yang dibentangkan seterusnya. Lee Chen Ying berkongsi tentang kepentingan kesejahteraan mental yang baik dan cara praktikal untuk mencapainya. Dia menggalakkan para hadirin untuk menjalani pelbagai aktiviti, termasuk tidur yang cukup, senaman yang teratur, pemakanan yang sihat, dan membina hubungan yang baik untuk kesejahteraan mental yang baik. Lee juga menyebut cara untuk menguruskan tekanan dan kegelisahan melalui teknik seperti kesedaran minda dan pengurusan masa. Lebih penting lagi, dia menggalakkan penonton untuk mendapatkan bantuan dan sokongan profesional jika diperlukan. Sebagai penutup, Lee menyatakan aspek rohani dari iman sebagai sebahagian daripada perjalanan penyembuhan bagi mereka yang mungkin menghadapi isu kesihatan mental.
- Penonton mempelajari senaman fisioterapi daripada fasilitator.
- Penonton mempelajari senaman fisioterapi daripada fasilitator.
- Penonton mempelajari senaman fisioterapi daripada fasilitator.
- Penonton mempelajari senaman fisioterapi daripada fasilitator.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Acara itu ditutup dengan sesi fisioterapi dan ceramah oleh Anita Augustin. Dia mengajar penonton pelbagai senaman asas yang boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini termasuklah senaman leher, bahu, kepala, tangan dan kaki. Para peserta terlibat aktif dalam melaksanakan pergerakan fisioterapi ini, termasuk sesi aerobik pendek yang penuh semangat. Augustin juga membentangkan punca-punca masalah kesihatan muskuloskeletal, selepas itu, beliau mengajar cara duduk dengan betul di kerusi, atau cara menggunakan telefon bimbit untuk mengelakkan masalah muskuloskeletal. Dia juga menekankan kepentingan senaman dan postur badan yang betul untuk kesejahteraan tubuh, baik untuk golongan muda mahupun yang lebih tua.
“Ia adalah sesi yang hebat, disediakan dan diajar dengan baik,” komen Rachel Mak dari cabang Cheras. Dia juga berkongsi, “Saya rasa bersyukur dapat belajar banyak perkara, dan menikmati hidangan ringan yang sihat yang disediakan.”
- Para peserta sedang mempelajari senaman fisioterapi asas daripada fasilitator.
- Para peserta sedang mempelajari senaman fisioterapi asas daripada fasilitator, Anita Augustin.
- Para peserta sedang didedahkan tentang penjagaan kesihatan mental oleh Lee Chen Ying.
- Muzik dimainkan oleh Chong Poh Ling.
- Lembaga Pertolongan cabang Ipoh mengambil bahagian acara melalui ZOOM.
- Lembaga Pertolongan cabang Ipoh yang mengambil bahagian acara ini melalui ZOOM, sedang menikmati hidangan selepas sesi.
- Saudari di Lembaga Pertolongan dari pelbagai cabang di sekitar Lembah Klang sedang menikmati hidangan yang sihat selepas sesi tersebut.
- Saudari di Lembaga Pertolongan dari pelbagai cabang di sekitar Lembah Klang sedang menikmati hidangan yang sihat selepas sesi tersebut.
- Lembaga Pertolongan cabang Pulau Pinang yang mengambil bahagian melalui ZOOM.
- Lee (Siew) Ah Lian mengiringi muzik dan lagu rohani untuk sesi tersebut.
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Ketiga-tiga fasilitator memberikan masa untuk sesi soal jawab kepada para hadirin, yang dimanfaatkan dengan baik. Pada penutup acara, para hadirin disajikan dengan hidangan ringan, sihat, dan berkhasiat.
Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir mengajarkan bahawa tubuh adalah hadiah yang berharga diciptakan oleh Tuhan untuk tujuan yang penting bagi keselamatan dan kemuliaan individu serta keluarga. Ahli Gereja juga diajar untuk menghormati tubuh, minda, hati, dan roh mereka sebagai sesuatu yang kudus dan penting dalam melaksanakan serta memperluaskan pekerjaan Tuhan dan Injil Yesus Kristus.