(Kandungan Ini Untuk Kegunaan Bukan Islam sahaja)
Pada Jun 2025, seramai 38 remaja puteri bersama pemimpin mereka dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Daerah Sibu di Malaysia Timur, sertai kem selama dua hari. Tapak kem Rainforest Adventure and Education (RAVE) anjuran Pertubuhan Belia Pemuda Kristian (YMCA), yang terletak di pinggir Sibu, Sarawak, telah menjadi kem pangkalan bagi pengembaraan fizikal dan rohani mereka. Remaja puteri daripada semua 5 cabang dalam daerah telah menyertai. Mereka datang dari Sibu, Sibu Jaya dan sesetengah memandu jauh dari Mukah.

2025-Sibu-YW-Camp-Group-1.jpg
Remaja puteri dan pemimpin mereka bergambar pada permulaan pengembaraan kem mereka pada Jun 2025 di tapak kem RAVE anjuran YMCA di Sibu, Sarawak, Malaysia Timur.2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Lois Sucher, sukarelawan senior yang berpengalaman di Gereja, memberi bimbingan dan sokongan kepada Presidensi Remaja Puteri (YW) yang baharu semasa memulakan pengalaman kem pertama mereka. Presiden YW Daerah, Doo Abun, dengan bantuan dua penasihat, Florensia Ilok Anak Bajat dan Periasila Anak Tok, berkerja dengan Sucher untuk merancang agenda yang penuh dengan aktiviti. Beberapa pemimpin dewasa dari daerah juga turut serta dalam mengatur dan membantu di kem.
Emy Anak Entawan, Presiden YW dari Cabang Sibu Jaya menyatakan, “Melihat remaja puteri mendekat kepada Tuhan, membina keyakinan mereka, dan menemui nilai mereka sebagai anak perempuan-Nya mengingatkan saya betapa penting peranan saya sebagai pemimpin untuk membimbing dengan kasih, iman, dan kekuatan.”
Dia menambah, “Saya juga menyedari bahawa dalam memberi, saya menerima banyak kekuatan rohani, kedamaian hati, dan peringatan yang berkuasa bahawa Tuhan bekerja dalam setiap jiwa, tidak kira umur mereka.”
Hari pertama bermula dengan remaja puteri dibahagikan kepada empat kumpulan atau “kru” melalui warna: biru, merah jambu, ungu dan kuning. Setiap kru menampilkan gabungan remaja puteri dari cabang yang berbeza agar mereka boleh membina persahabatan di seluruh daerah. Setiap kru melantik pemimpin kru untuk membantu dengan banyak tugasan kem semasa lawatan tersebut. Kru bekerja, mengkaji dan bermain bersama sebagai satu kumpulan.
- 2025-Sibu-YW-Camp-Blue-Crew-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Pink-Crew-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Purple-Crew-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Yellow-Crew-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Blue-Crew-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Pink-Crew-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Purple-Crew-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Yellow-Crew-1.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Presiden Daerah Sibu, Bik Wee Anthony Lau dan sukarela senior Scott Sucher menyediakan sokongan imamat di kem tersebut. Mereka memerhatikan bahawa “pemimpin kru junior memberi perhatian penuh kepada remaja puteri dalam kru mereka” dan mereka “menjadi sahabat baik dengan remaja puteri di daerah yang mereka tidak kenali sebelum ini dan ikatan kukuh pun terjalin.” Dia berkata, “Terdapat satu perasaan kasih yang manis, terjalin antara satu sama lain.”
Selepas setiap kru memperibadikan dan menghiaskan beg galas serta bendera mereka, remaja puteri telah ditugaskan seorang “secret sister” yang perlu didedahkan dan dikenali pada akhir kem tersebut. Sebagai tambahan, setiap remaja puteri telah diberikan sebotol air yang dilabelkan sebagai “Perairan Mormon”. Ini untuk mengingatkan mereka tentang kekudusan tatacara pembaptisan air yang berlaku di lokasi yang dinyatakan di Kitab Mormon. Dalam kitab Mosia, nabi Alma mengariskan tatacara dan perjanjian yang berkaitan dengan pembaptisan kepada Gereja (Mosia 18:8-10).
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Tema kem “Harapan Israel” diilhamkan daripada Pertemuan Sedunia Remaja 2018, disampaikan oleh Presiden Gereja Russel M. Nelson dan isterinya, Wendy. Tema ini menjadi latar belakang rohani untuk acara kem, terutama sekali untuk “berjalan dengan iman” yang mereka lakukan pada malam pertama. Mereka berjalan dengan takzim sepanjang laluan yang diterangi ke stesen-stesen yang berbeza di mana mereka merenungkan lima jemputan daripada Presiden Nelson dalam pertemuan itu:
1) Berpuasa dari sosial media selama tujuh hari;
2) Lakukan pengorbanan masa setiap minggu selama tiga minggu kepada Tuhan;
3) Setia kepada jalan perjanjian. Jika anda menyimpang, bertaubat dan kembali pada jalan itu;
4) Berdoa setiap hari supaya semua anak Tuhan dapat menerima berkat-berkat injil Yesus Kristus, dan;
5) Tonjolkan diri anda. Jadilah luar biasa. Jadilah cahaya.
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Remaja puteri mendengarkan kata-kata penutupan Presiden Nelson di mana dia berkata, “Saudara dan saudari muda yang dikasihi, anda berada di kalangan orang terbaik yang Tuhan mengutuskan ke dunia ini. Anda memiliki keupayaan untuk menjadi lebih cerdas, bijak dan berpengaruh di dunia berbanding dengan generasi lain!”
Aktiviti rohani lain menggabungkan kraftangan dengan renungan peribadi semasa mereka menghias salinan Kitab Mormon peribadi mereka. Mereka kemudian mencari jawapan kepada topik “Soalan Kehidupan yang Dijawap dalam Kitab Mormon”. Remaja puteri menemukan dan menandakan tulisan suci yang menyediakan jawapan kepada soalan berikut: Adakah saya wujud sebelum saya dilahirkan? Adakah Tuhan benar-benar wujud? Dan ke manakah saya akan pergi apabila saya mati?
- 2025-Sibu-YW-Camp-Book-of-Mormon-4.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Book-of-Mormon-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Book-of-Mormon-3.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Book-of-Mormon-1.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Kru juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan dan fizikal sambil bekerjasama dan bersaing dalam pasukan dalam permainan bola sepak meja versi manusia, menendang bola, membaling belon, dan juga pertandingan melontar ayam getah! Mempelajari lagu-lagu kem, membuat hadiah “secret sister” dan mengepang rambut merupakan antara pengalaman yang mengeratkan hubungan para remaja puteri. Satu lagi acara yang menggabungkan kreativiti dan kerjasama adalah pertunjukan fesyen yang unik dan menghiburkan. Seorang remaja puteri daripada setiap kru dipilih untuk mengayakan gaun pengantin yang indah yang telah mereka hasilkan bersama daripada beberapa gulung kertas tisu.
- 2025-Sibu-YW-Camp-Balloon-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Balloon-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Foosball-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Foosball-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-TP-Dress-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-TP-Dress-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-TP-Dress-3.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-TP-Dress-4.JPG
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Malam pada hari kedua diakhiri dengan jamuan barbeku yang disediakan oleh Presidensi Daerah Sibu, diikuti dengan pertemuan kesaksian istimewa di mana remaja puteri menyatakan kasih mereka terhadap injil dan satu sama lain. Pengiring dari Cabang Mukah, Weena Lim, mengatakan bahawa dia belajar “untuk mengasihi adalah untuk melayani mereka.” Dia berkata, “Saya menyaksikan usaha yang para pemimpin curahkan untuk menjadikan kem ini bermakna bagi semua yang hadir. Saya dapat merasakan kehadiran Roh Kudus yang kuat sepanjang kem dan tersentuh dengan iman yang ditunjukkan oleh semua orang.”
- 2025-Sibu-YW-Camp-Food-1.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Food-2.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Food-3.jpg
- 2025-Sibu-YW-Camp-Testimony-1.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Nichole, seorang peserta kem dari Cabang Sibu Jaya, berkongsi kesaksiannya bahawa kem remaja puteri ini membantu dia meningkatkan imannya kepada Tuhan. Dia mengungkapkan bahawa ada masa-masa dalam hidupnya dahulu apabila dia merasakan jarak rohani, tetapi dia nyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan terutamanya muzik yang menginspirasikan yang dimainkan sepanjang kem benar-benar menyentuh hatinya.
Dia mengimbau, “Saya tahu Bapa Syurgawi selalu bersama saya…Dia mendengarkan setiap doa saya…Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada yang saya doakan. Dengan ini, iman saya bertumbuh kuat. Saya sangat bersyukur kerana ada Gereja Bapa Syurgawi kita yang benar di bumi ini, Saya percaya bahawa Russell M. Nelson ialah nabi di bumi ini.”