(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)
Para ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, bersama pemimpin kerajaan, antara agama dan komuniti, berkumpul pada Sabtu, 28 Jun 2025, untuk majlis pecah tanah bagi Bait Suci Singapura — bait suci pertama Gereja di negara ini.
Antara tetamu kehormat ialah Encik Desmond Lee, menteri pendidikan, yang turut serta bersama lebih daripada 500 hadirin di tapak dan lokasi lain untuk memperingati detik bersejarah ini.
- SG-Temple-Groundbreaking_Turning-Soil-3.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_OL-1.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_OL-2.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_OL-3.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Group-Pic-1.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_ministering-1.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_ministering-2.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Elder Kelly R Johnson, Presidensi Kawasan Asia memimpin majlis ini dan memberikan doa pembaktian. “Semasa kami melakukan pecah tanah,” doanya, “mohon berkati kami dengan penuh keazaman untuk bersedia sekarang bagi kedatangan kedua Putera-Mu, Yesus Kristus, dan untuk menjadikan penganutan terhadap Yesus Kristus keutamaan kami.”
Galakan untuk bersedia secara rohani bergema dalam setiap ucapan yang disampaikan oleh para pembicara.
“Persediaan ini bukan sekadar bersedia untuk satu bangunan — ia adalah tentang menyediakan hati kita untuk mendekatkan diri kepada Juruselamat,” kata Jarel Foo, seorang remaja lelaki dari Bahagian Sembawang. “Seperti pekerja binaan yang dengan teliti meletakkan setiap batu asas, kita juga mendapat peluang untuk membina asas rohani kita dengan teliti, satu pilihan pada satu masa.”
Untuk Orang Suci Zaman Akhir seperti Brother Foo, Bait Suci adalah rumah Tuhan, tempat paling kudus di bumi. Mereka menyembah di bait suci terutamanya untuk membuat janji dengan Tuhan dan mengambil bahagian dalam upacara kudus seperti perkahwinan abadi yang menyatukan keluarga sekarang dan selepas kehidupan ini. Kekudusan bait suci mengilhami para ahli untuk merenungkan tahap rohani mereka di hadapan Tuhan, mencari hubungan yang lebih rapat dengan-Nya, serta merasai kasih dan kedamaian-Nya.
“Apabila kita semakin memahami-Nya melalui tatacara dan ajaran di bait suci, kita mula melihat dengan lebih jelas siapa Kristus, dan siapa kita di mata-Nya,” kata Krystine Osumo dari Bahagian Belia Bujang. “Jika ada satu perkara yang memberikan saya keyakinan selepas pergi ke bait suci, ia adalah mengetahui bahawa saya tidak perlu menjadi sempurna untuk merasai kehadiran dan sokongan-Nya dalam hidup saya.”
- SG-Temple-Groundbreaking_Big-Picture.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_E-Johnson.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_E-Kwan.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Speaker-1.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Speaker-2.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Speaker-3.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Choir.png
- SG-Temple-Groundbreaking_Congregation-1.png
- SG-Temple-Groundbreaking_Congregation-3.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Congregation-2.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Rita Woo dari Bahagian Newton, salah seorang perintis Gereja di Singapura sejak tahun 1970, mengenang kembali hari-hari awal Gereja di negara ini.
“Pada masa itu, saya bahkan belum pernah mendengar tentang bait suci kerana kita belum ada bangunan gereja,” kata Sister Woo. Para ahli gereja di Singapura, seperti dia, mereka terpaksa membuat pengorbanan untuk pergi ke tempat-tempat seperti Hong Kong, Taipei, Manila atau bahkan ke Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam upacara bait suci. Mempunyai sebuah bait suci di negara sendiri merupakan sesuatu yang mereka “doakan, harapkan dan nantikan selama bertahun-tahun,” katanya.
Sejak penubuhannya pada 1968, Gereja di Singapura telah berkembang kepada lebih 3,000 para ahli. Impian yang telah lama mereka nantikan menjadi kenyataan apabila Presiden Gereja Russell M. Nelson mengumumkan tentang bait suci pada persidangan umum April 2021.
Dengan doa mereka telah dimakbulkan, Sister Woo berkata bahawa apa yang lebih penting daripada menghadiri majlis pecah tanah adalah “kehadiran kita secara tetap ke bait suci dan kehidupan kita yang setia terhadap perjanjian-perjanjian bait suci yang akan memberi kita kekuatan dan perlindungan yang kita perlukan. Ingatlah supaya kita bukan sahaja menghadiri bait suci tetapi membiarkan perjanjian-perjanjian bait suci meresapi kita.”
- SG-Temple-Groundbreaking_Turning-Soil-1.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Turning-Soil-2.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Shovel-2.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Group-Pic-2.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Group-Pic-3.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Turning-Soil-4.jpg
- SG-Temple-Groundbreaking_Turning-Soil-5.jpg
- Singapore-Updated-Rendering.jpg
Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Untuk ucapan penutupnya, Elder Johnson berkata, “Kerja Bait Suci adalah kerja kasih. Bait suci di Singapura ini akan memberi kesan kepada seluruh komuniti. Ia akan membawa cahaya ke dalam komuniti yang belum pernah ada sebelum ini.”
Bait Suci Singapura akan dibina di atas tapak seluas satu ekar terletak di 233 Pasir Panjang Road. Perancangan termasuk sebuah bait suci dua tingkat seluas kira-kira 18,000 kaki persegi, bersama sebuah bangunan pertemuan dan pusat ketibaan yang terletak bersebelahan dengan bait suci. Sebagai tambahan untuk melayani para ahli Gereja di Singapura, bait suci ini akan memberkati Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia dan Indonesia, menyediakan mereka tempat kudus untuk menyembah yang lebih dekat dengan rumah.
Bait Suci berbeza dengan bangunan Gereja (gereja kecil). Semua dialu-alukan untuk menghadiri pelayanan penyembahan hari Ahad dan aktiviti-aktiviti pada hari lain di bangunan gereja tempatan. Tujuan utama bait suci adalah untuk para ahli Gereja Yesus Kristus yang beriman untuk mengambil bahagian dalam upacara kudus yang menyatukan keluarga selamanya.