(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Dua tahun yang lalu, Presiden Gereja dan Nabi Russell M. Nelson menegas semula kepentingan berkongsi pesanan pemulihan injil Yesus Kristus kepada dunia.
“Tuhan telah meminta setiap lelaki muda yang layak dan sihat untuk bersedia dan melayani misi,” kata nabi untuk membuka persidangan umum April 2022. “Bagi anda, wanita muda dan sihat, misi merupakan peluang hebat namun tidak wajib.”
Respon terhadap panggilan itu adalah positif dan bermakna. Ini ditunjukkan dalam pelbagai cara, seperti digambarkan oleh artikel berita nasional terkini yang membincangkan usaha misionari.
- 2714a06435bc54830727890401bd4e27fcb1802d_w1920.jpeg
- 720c6504dfb6a6791f615ef3442f92361d0b72d6_w1920.jpeg
- 8d5982d61fc711edad18eeeeac1e526d56799439_w1920.jpeg
- aeaedcd09b1011ec836eeeeeac1e6db9ec010087.jpeg
- 2e471279a5eb11ec86b6eeeeac1e73593cb94994_w1920.png
- Las-Vegas---CSM
- 62f5e7e1dd07ce9d43c94188be657564cb595c30_w1920.jpeg
- 5eb700567d5f11ed9060eeeeac1ee4f37a105a03_w1920.png
1 / 2 |
Musim panas ini, 36 misi baharu akan dibuka di lokasi di seluruh dunia. Jumlah bilangan misi akan menjadi 450—bilangan tertinggi dalam sejarah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Bilangan misionari pengajar dan pelayanan dan misionari senior telah berkembang daripada 56,000 pada akhir tahun 2021 kepada 62,500 pada akhir tahun 2022 sehingga kini lebih daripada 74,000. Mereka melayani dalam lebih daripada 150 negara dan mengajar dalam lebih daripada 60 bahasa.
“Pemuda-pemudi,” Presiden Nelson berkata, “anda penting bagi Tuhan. Dia telah simpan anda sampai sekarang untuk bantu mengumpul bani Israel. Keputusan untuk melayani misi, misi mengajar atau [melayani], akan memberkati anda dan banyak lagi. Kami juga mengalu-alukan pasangan senior untuk melayani apabila keadaan mereka membenarkan. Usaha mereka tidak dapat digantikan.”
Semua misionari dilengkapi dengan alat yang penting untuk membantu mereka membawa kuasa penyembuhan dan penyucian Juruselamat kepada orang lain. Salah satu sumbernya adalah “Mengkhutbahkan Injil-Ku,” satu panduan untuk berkongsi tentang pemulihan injil Yesus Kristus. Buku itu, telah dikemas kini pada tahun 2023, mengilhami dan membantu Orang Suci Zaman Akhir semasa mereka melayani dan menjemput orang lain untuk menikmati berkat ajaran Juruselamat.
Misionari muda pelayanan telah menjadi sumber penting dalam pekerjaan Yesus Kristus. Setiap misionari pelayanan telah diberi pengalaman misi tersuai yang unik untuk mengasah bakat, kemahiran dan kurnia mereka. Semasa misi mereka, adalah perkara biasa bagi misionari pelayanan untuk melayani dalam pelbagai tugasan. Ini termasuk meluluskan organisasi kebajikan, rumah Tuhan, operasi Gereja, dan peluang pelayanan tugasan-pancang. Apabila sesuai, misionari pelayanan boleh terlibat dalam mengajar orang tentang injil Yesus Kristus.
Misionari senior turut memainkan peranan penting. Dalam beberapa tahun ini, pekerjaan misionari senior pelayanan semakin berkembang di dunia. Peluang dulunya terhad kepada Amerika Syarikat dan Kanada kini tersedia di seluruh dunia. Misionari ini membantu dalam pejabat misi, gudang simpanan uskup, pusat pengedaran, pusat dan perpustakaan FamilySearch, program Keberdikarian, BYU–Pathway, pusat pekerjaan dan banyak tempat lain.
Pada Oktober 2023, Elder Ronald A. Rasband dari Kuorum Dua Belas Rasul telah memanggil banyak pasangan yang sudah berkahwin untuk melayani misi.
“Saya telah memanggil banyak pasangan untuk pergi melayani dan memerhati Cahaya Kristus telah memenuhi wajah mereka.” kata Elder Rasband. “Setelah mereka pulang, mereka berkongsi perhubungan erat dengan Tuhan dan satu sama lain, merasakan berkat-berkat Roh Tuhan, mengetahui bahawa mereka telah membuat perbezaan. Siapakah yang tidak mahu itu?”
Sama ada seseorang misionari itu muda atau tua, mengajar atau melayani, semuanya dipanggil untuk membantu membawa orang kepada Yesus Kristus.
“Semua misionari mengajar dan bersaksi tentang Juruselamat,” kata Presiden Nelson. “Kegelapan rohani di dunia membuat cahaya Yesus Kristus lebih diperlukan. Setiap orang layak diberi peluang untuk mengetahui injil Yesus Kristus yang dipulihkan. Setiap orang layak mengetahui cara mencari harapan dan kedamaian yang ‘tidak mungkin difahami oleh manusia.’”