News Release

Nabi Menyiarkan Pesanan tentang Kuasa Penyembuhan Kesyukuran

(Hanya untuk orang bukan Islam)

Pemimpin agama global menawarkan doa kesyukuran dan menjemput semua orang di mana-mana pun untuk melakukan dua perkara penting untuk membantu menyembuhkan hubungan dan komuniti kita yang retak.

Russell M. Nelson, seorang pemimpin agama global dan presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, mempunyai pesanan baharu tentang harapan, penyembuhan, dan kesatuan untuk membantu mengangkat kita dari juram COVID-19 dan membanteras wabak lain seperti kebencian dan ketidaksopanan.

Nabi telah menawarkan doa kesyukuran untuk dunia dan bagi setiap orang. Dia turut menjemput semua orang, di mana-mana pun, untuk melakukan dua perkara penting untuk membantu memperbaiki hubungan dan komuniti yang retak:

  1. Ubah media sosial menjadi jurnal kesyukuran anda sendiri selama tujuh hari
  2. Ucapkan doa kesyukuran
    
  

  

Menyatakan kesyukurannya sendiri bagi para saintis dan penyelidik yang sedang mewujudkan vaksin untuk COVID-19, nabi (bekas perintis pakar bedah kardiovaskular dan torak) mengingatkan kita bahawa “tiada ubat atau pembedahan yang boleh memperbaiki masalah dan penyakit rohani yang kita hadapi” sebagai sebuah masyarakat global kolektif. Ini termasuklah kebencian, rusuhan, perkauman, keganasan, ketidakjujuran, dan ketidaksopanan. “Namun, terdapat penawar—yang mungkin kelihatan mengejutkan—kerana ia berada pada gerak hati semula jadi kita,” kata Presiden Nelson. “Namun, keberkesanannya telah disahkan oleh para saintis termasuk lelaki dan wanita beriman. Saya merujuk kepada kuasa penyembuhan kesyukuran.”

Layari GiveThanks.ChurchofJesusChrist.org untuk baca dan tonton video pesanan nabi dalam 31 bahasa. Sementara itu, anda juga boleh membaca laporan peribadi Presiden Nelson tentang bila dan bagaimana dia mendapat ilham untuk menawarkan doa kesyukuran global ini.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.