Translation

Orang Suci Zaman Akhir Mengucapkan Salam Aidilfitri kepada Rakan Muslim

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir mengucapkan salam Aidilfitri kepada rakan-rakan Muslim kami di seluruh dunia. Dalam video baharu yang disiarkan di Facebook dan Instagram, Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas berkongsi rasa hormat dan kagumnya terhadap penganut Islam.

Eid Mubarak! Kepada rakan-rakan Muslim kami di seluruh dunia, kami berharap Ramadan ini istimewa untuk anda, penuh dengan puasa, pelayanan, dan doa. Kami menyatakan rasa hormat yang besar terhadap komitmen anda kepada Tuhan dan anak-anak-Nya. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Umat Islam dan Orang Suci Zaman Akhir mempunyai banyak kepercayaan yang sama, termasuk puasa dan kepentingan beramal. Persamaan ini ditekankan dalam risalah Muslims and Latter-day Saints: Beliefs, Values, and Lifestyles.(Muslim dan Orang Suci Zaman Akhir: Kepercayaan, Nilai dan Gaya Hidup.)

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.