Translation

Pelajaran Persediaan Hidup Baharu Dikeluarkan untuk Pelajar Seminari Sedunia

Pelajaran akan merangkumi topik seperti persediaan bait suci, berjaya dalam sekolah dan membina keberdikarian

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Seminary_Life_Prep
Seminary_Life_Prep
Sekumpulan belia menikmati penemanan satu sama lain. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah melaksanakan pelajaran persediaan hidup baharu ke dalam kurikulum seminari, yang bertujuan untuk memperkaya semua bidang kehidupan pelajar dengan membantu mereka melihat nilai rohani kemahiran hidup yang penting.© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Seminari dan Institut Agama (S&I) Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah melaksanakan pelajaran persediaan hidup baharu ke dalam kurikulum untuk pelajar seminari sedunia. Anjakan bersejarah dalam program seminari ini, yang merupakan peratusan tertinggi pelajar yang pernah mendaftar, bertujuan untuk memperkayakan semua bidang kehidupan pelajar dengan membantu mereka melihat nilai rohani kemahiran hidup yang penting.

Lazimnya diajarkan satu hingga dua hari seminggu, pelajaran ini akan menambah kepada pengkajian tulisan suci berurutan yang pelajar seminari ketahui.

Kurikulum baharu akan merangkumi topik seperti:

  • Persediaan Bait Suci
  • Persediaan Misi
  • Berjaya dalam Sekolah
  • Membina Keberdikarian
  • Untuk Kekuatan Remaja
  • Kesihatan Jasmani dan Emosi
  • Ajaran-ajaran Pemimpin Gereja Kita
  • Bersedia untuk Pendidikan dan Pekerjaan Masa Depan

Brother Chad H Webb, pentadbir Seminari dan Institut Agama, mengumumkan inisiatif baharu ini dalam program seminari semasa Siaran Latihan Tahunan Seminari dan Institut pada Jumaat, 26 Januari 2024.

“Pelajaran ini akan menangani keperluan khusus pelajar seminari kita dalam cara yang akan terus berpusat pada Kristus, berasaskan tulisan suci, dan berfokus pada pelajar,” kata Brother Webb. “Dengan menggabungkan pendekatan kajian tulisan suci berurutan dan tematik, kami berharap dapat membuka takungan rohani yang tidak seperti mana yang pernah kami lihat sebelum ini.”

Brother Webb dan Elder Clark G. Gilbert, Pesuruhjaya Sistem Pendidikan Gereja, menantikan dengan harapan untuk generasi remaja yang lebih kuat.

“Berlandaskan pada Yesus Kristus dan berlabuh dalam tulisan suci, saya melihat remaja putera dan puteri lebih bersedia untuk misi, berusaha untuk perjanjian bait suci mereka, lebih berdaya tahan secara emosi, lebih berdikari, dan lebih bersedia untuk kolej,” kata Elder Gilbert.

Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul mengungkapkan keterujaan yang amat untuk pelajaran baharu ini.

“Bagi saya, ini seolah-olah menambahkan beberapa buah tambahan dan secubit perasa segar ke dalam pai. Ia akan menjadi lazat,” katanya. “Seperti anda, saya ingin belajar daripada pendekatan ini, dan saya bergembira kerana dapat memberikan sesuatu tambahan kepada mereka yang berusaha dan berkorban untuk berada di seminari.”

Impak Seminari dan Institut

Presiden Gereja Russell M. Nelson baru-baru ini menghulurkan jemputan untuk remaja untuk menghadiri seminari.

“Semasa anda [menghadiri seminari], saya berjanji bahawa anda akan menerima jawapan kepada beberapa soalan paling sukar anda,” katanya. “Anda akan temui kawan-kawan yang boleh anda percayai. Anda akan menjadi pengikut sejati Tuhan Yesus Kristus.”

Dalam tiga tahun yang lalu, Seminari dan Institut Agama telah bertambah lebih daripada 125,000 pelajar. Pada tahun 2024, program seminari menyaksikan peratusan tertinggi remaja yang layak seminari telah mendaftar.

Brother Webb membincangkan capaian dan impak program S&I semasa Persidangan Pendidik Agama Sistem Pendidikan Gereja 2024.

“Sebagai contoh,” katanya, “tahun lepas sahaja di Amerika Tengah, pengajar [seminari dan institut] kami secara peribadi menjemput lebih 25,000 remaja dan belia untuk menghadiri kelas. Kami juga meminta pelajar kami untuk menjemput rakan mereka. Hasilnya, terdapat lebih daripada 30,000 rakan dari agama lain yang hadir, yang menghasilkan lebih daripada 9,000 pembaptisan.”

Penyelidikan Gereja telah menunjukkan bahawa remaja yang menghadiri seminari adalah empat kali lebih berkemungkinan untuk terus berhubung dengan Gereja pada masa hadapan. Penyelidikan juga mendapati bahawa belia yang menghadiri kelas institut mengalami banyak manfaat: aktiviti Gereja seumur hidup, kesaksian, perasaan tergolong, merasakan Roh, pengabdian peribadi, dan pengabdian keluarga.

Brother Webb menambah, “Pertumbuhan pendaftaran hanyalah sebahagian daripada cerita. Di mana-mana saya pergi, saya mendengar cerita tentang kehidupan orang berubah. Semasa orang muda memulakan pengkajian tulisan suci yang serius, mereka diberkati dan menerima ilham dan harapan. Dan itu berlaku dalam kelas kami setiap hari.”

Setiap ahli belia dan rakan mereka dijemput untuk mendapat manfaat daripada pelajaran ini.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.