Translation

Pertemuan Rohani Kanak-Kanak Orang Suci Zaman Akhir yang Pertama di Kuching

Sister Amy Wright mengajar kanak-kanak Malaysia tentang kuasa dan kurnia Roh Kudus

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Pada penghujung Mei 2024, Sister Amy Wright, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Sekolah Primer Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, menyertai lawatan pelayanan sembilan hari ke empat negara di Asia Tenggara. Salah satu persinggahannya adalah di Malaysia Timur, di bandar Kuching. Selama tiga hari daripada 27 hingga 29 Mei di Kuching, dia melawat banyak tapak, memerhati projek kemanusiaan, dan bertemu dengan misionari tempatan. Tetapi hari terakhirnya memuncak dengan petang pertemuan rohani dengan kanak-kanak di bawah umur dua belas tahun di Gereja Daerah Kuching.

Sebelum pertemuan rohani itu bermula, Sister Wright membuat pernyataan berikut kepada para pemimpin dewasa yang mengambil bahagian di sana: “Jangan melihat anak-anak sebagai pengganti di masa hadapan, lihatlah mereka sebagai peneguh sekarang.” Dengan perasaan itu, dia menumpukan sepenuh perhatian untuk mengajar kanak-kanak.

Sister Wright memulakan pergaulannya dengan kanak-kanak dengan menunjukkan cara gerakkan tangan dan memetik jari jika mereka tahu jawapan kepada soalan. Apabila dia menunjukkan gambar nabi Gereja Presiden Russell M. Nelson, dan bertanya jika mereka tahu siapa orang itu, hampir 50 tangan kanak-kanak mula melambai dan mereka memetik jari dengan teruja. Sister Wright berkata Presiden Nelson telah memintanya untuk berkongsi pesanan peribadi dengan mereka, “Dia berkata, bolehkah anda beritahu kanak-kanak itu, ‘Kami kasihi anda, kami percaya anda, dan kami memerlukan anda’.”

Selepas bertanya jika kanak-kanak suka bermain susun suai, Sister Wright menunjukkan kepada mereka susun suai logam dengan dua kepingan yang dicantumkan. Objektif susun suai adalah untuk mencuba dan memisahkan kedua-dua keping itu. Dia menjemput seorang kanak-kanak untuk datang dan melihat jika dia boleh melakukannya. Kanak-kanak itu tidak mampu melakukannya sendiri. Sister Wright menawarkan bantuan kepada kanak-kanak itu, dan mereka sama-sama dapat menyelesaikan susun suai itu. “Bukankah lebih mudah untuk melakukan sesuatu jika seseorang membantu kita,” ajar Sister Wright, “itulah yang Roh Kudus lakukan. Dia membantu kita.” Sebagai pelajaran berobjek tambahan, Sister Wright kemudiannya mengajar kanak-kanak bahasa isyarat “Roh Kudus” dalam Bahasa Isyarat Amerika (ASL).

Sister Wright kemudian mengajukan soalan kepada kanak-kanak, “Apakah yang seseorang telah bantu anda?” Jawapan termasuk tidur, bermain susun suai, pendaraban, dan mempelajari injil. Soalan seterusnya ialah, “Siapa yang mengajar anda tentang Yesus?” Selepas mengakui jawapan kanak-kanak, Sister Wright menanyakan soalan penutupnya, “Apa yang anda tahu tentang Yesus?” Jawapan mereka termasuk: Dia adalah kawan kita, Juruselamat dan Penebus kita, Dia sentiasa membantu kita, Dia penuh kasih, Dia menyelamatkan kita, dan Dia berkorban untuk kita semua. Sister Wright kemudian berseru, “Anda baru sahaja memberikan kesaksian yang kuat.”

Sister-Wright.Primary.Kuching.Bells.jpg
Sister-Wright.Primary.Kuching.Bells.jpg
Sister Amy Wright membantu kanak-kanak memegang dan memainkan loceng muzik semasa Pertemuan Rohani Kanak-kanak pada 29 Mei 2024, di Pusat Gereja Daerah Kuching di Malaysia.2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Sebagai satu lagi pelajaran berobjek tentang Roh Kudus, Sister Wright menjemput tiga kanak-kanak naik ke podium untuk membunyikan beberapa loceng kecil. Setiap loceng mempunyai nada yang berbeza. Dia menunjukkan kepada kanak-kanak itu cara untuk membunyikan loceng dalam susunan tertentu. Kanak-kanak itu kemudian memainkan lagu yang ringkas dengan loceng mereka yang panjangnya hanya enam not. Sister Wright memberitahu kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan “mendengar dengan telinga anda, kita akan belajar sesuatu yang sangat penting”. Selepas mendengar lagu mudah itu beberapa kali, dia bertanya jika mereka boleh meneka nama lagu yang mereka dengar. Daripada hanya enam nada loceng yang mudah itu, kanak-kanak mengenali ia adalah beberapa not pertama lagu “Aku Anak Tuhan”.

Sister Wright kemudian menjelaskan begitulah cara Roh Kudus mengajar. “Dia membawa kata-kata ke dalam minda kita yang boleh membimbing, menghibur, dan mengajar kebenaran…Roh Kudus berkomunikasi dengan kita dengan tanggapan mudah…sebagai pemikiran di minda kita. Kita menerimanya sebagai tanggapan dalam minda kita,” katanya.

Penyampaian itu beralih kepada subjek mengambil sakramen semasa Sister Wright bercakap tentang kepentingan pembaptisan dan penetapan, dan memperbaharui perjanjian melalui sakramen. Sister Wright menggunakan ilustrasi perkataan “TAKE” untuk membantu mereka mengingati apa yang perlu difikirkan semasa mereka makan roti dan minum air sakramen: T (M)– Mengambil nama-Nya ke atas dirimu; A (S) – Sentiasa mengingati-Nya; K (T) – Taati perintah-perintah-Nya; E (S)– Setiap hari.

Untuk mengakhiri pertemuan rohani petang itu, setiap kanak-kanak diberikan sekeping kertas kosong dan beberapa krayon. Sister Wright meminta semua kanak-kanak melukis sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk mengikuti Yesus.

Beberapa kanak-kanak menyertai Sister Wright di mimbar untuk berkongsi apa yang telah mereka lukis. Ilustrasi menunjukkan kanak-kanak membaca tulisan suci, mengajar kawan-kawan mereka, membantu, dan mengasihi orang lain.

Pertemuan rohani kanak-kanak itu kemudian ditutup dengan nyanyian, “Ku Jalan dengan Yesus”, sebuah lagu daripada nyanyian rohani gereja yang baharu. Penyampaian Sister Wright menggemakan kata-katanya kepada para pemimpin dewasa dalam sesi sebelumnya, “Kita tidak boleh kembali kepada Bapa Syurgawi kita sehingga kita menjadi seperti kanak-kanak kecil; rendah hati, mudah diajar, penuh kasih, suka memberi dan baik hati.” Semua kanak-kanak dan orang dewasa telah diarahkan dengan baik dan diberi makan rohani.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.