06872ac4224e7329fc82a74b3fb8d4b1da105acc.jpeg
Translation

Perubahan kepada Jadual Pertemuan Kelas Hari Ahad

Gereja selama dua jam akan termasuk pertemuan Sekolah Minggu, Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan pertemuan kuorum imamat

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Sebelum pertemuan kepimpinan persidangan umum yang akan datang (2 April 2026), Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir mengumumkan penyesuaian jadual pertemuan kelas hari Ahad yang akan datang untuk menyokong ahli-ahli dalam usaha mereka untuk menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup. Penyesuaian akan memperkukuhkan pengkajian injil di rumah dan dalam jemaah di seluruh dunia. Lihat surat rasmi daripada Presidensi Utama.

Pada Januari 2019, Gereja melaksanakan jadual Ahad selama dua jam untuk menyediakan individu dan keluarga dengan peningkatan peluang untuk pengkajian injil yang berpusat di rumah. Para ahli di seluruh dunia telah menerima perubahan ini dengan iman dan penuh semangat. Penyesuaian tambahan akan diperkenalkan untuk mempertingkatkan lagi pengkajian, persahabatan, dan penyembahan.

Pertemuan Sekolah Minggu serta Kuorum dan Kelas Mingguan

Bermula pada 6 September 2026, jadual mingguan yang berselang-seli untuk pertemuan Sekolah Minggu dan kuorum atau kelas akan digantikan. Di bawah jadual yang dikemas kini:

  • Pertemuan Sekolah Minggu, Lembaga Pertolongan, kuorum penatua, Remaja Puteri dan kuorum Imamat Harun akan diadakan setiap minggu.
  • Pertemuan sakramen akan berlangsung selama 60 minit, diikuti dengan tempoh peralihan yang singkat.
  • Pertemuan Sekolah Minggu serta kuorum dan kelas akan mengambil masa selama 25 minit.
  • Sekolah Primer akan diteruskan setiap hari Ahad dan akan berlangsung selama 55 minit sementara orang dewasa dan remaja menghadiri kelas masing-masing.
  • Jika keadaan tempatan memerlukan, unit boleh memulakan dengan pertemuan Sekolah Primer serta kuorum dan kelas, dan diakhiri dengan pertemuan sakramen.
e1disfslb2iyq1hlrh3nixohfcf7liwu826og8p3.pngDOWNLOAD

“Berkumpul setiap minggu dalam setiap kelas membantu memperdalam pengkajian injil dengan menghubungkannya dengan lebih rapat kepada pengkajian peribadi dan keluarga,” kata Presiden Paul V. Johnson, Presiden Umum Sekolah Minggu. “Ia juga meningkatkan sokongan rohani yang diterima oleh para ahli. Walaupun jadual kelihatan berbeza, jumlah masa yang dihabiskan untuk belajar bersama tetap sama.”

Penyelarasan “Ikutlah Aku”

Setiap kumpulan umur akan terus mengambil bahagian dalam pelajaran “Ikutlah Aku” yang menyokong pengkajian di rumah secara langsung. Kelas setiap minggu akan menawarkan peluang yang konsisten untuk belajar bersama, berkongsi pengalaman, dan menggalakkan satu sama lain dalam menjalani asas-asas injil.

Kelas Sekolah Minggu akan terus menggunakan “Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja.”

Kurikulum Remaja: “Untuk Kekuatan Remaja”

“Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan” yang dikemas kinikini tersedia dalam Gospel Library—menampilkan 12 bab yang sejajar dengan pengkajian setiap bulan. Salinan fizikal sedang dihantar ke unit-unit dan tidak perlu ditempahkan oleh pemimpin tempatan.

Bermula pada 6 September 2026, panduan ini akan menjadi kurikulum untuk kelas Remaja Puteri dan kuorum Imamat Harun. Kandungan sokongan tambahan akan disediakan melalui majalah “Untuk Kekuatan Remaja” , bermula dengan keluaran September 2026.

“Nabi hidup telah memberi kita panduan FSY. Ia sederhana tetapi sangat berkuasa. Ia akan membantu remaja putera dan remaja puteri berfokus pada Kristus, mengetahui ajaran-Nya, dan mendengar Roh,” kata Presiden Timothy L. Farnes, Presiden Umum Remaja Putera. “Panduan ini akan membantu para remaja berjalan dengan yakin, bergantung pada kuasa-Nya, dan maju ke hadapan dengan harapan dalam dunia yang mencabar. Saya mendapati ia berguna sebagai sebahagian daripada pengkajian tulisan suci saya setiap hari.”

Hasil yang diingini untuk remaja yang mengkaji panduan ini adalah mereka akan:

  1. Menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup dengan pemahaman yang teguh tentang injil-Nya.
  2. Bersedia untuk anugerahan dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang tatacara imamat dan janji-janji perjanjian.
  3. Bersedia untuk misi dengan keinginan untuk melayani Tuhan.
  4. Berfokus kepada keluarga masa akan datang mereka dengan pemahaman bahawa perkahwinan antara lelaki dan wanita ditahbiskan oleh Tuhan dan keluarga adalah teras dalam rancangan Bapa.
  5. Mengetahui Yesus Kristus ialah kekuatan mereka.

Remaja puteri, remaja putera, ibu bapa dan pemimpin mereka digalakkan untuk melanggan majalah “Untuk Kekuatan Remaja” tanpa kos. Mereka yang ingin menerima salinan tambahan boleh membeli keluaran semasa majalah di Store.ChurchofJesusChrist.org atau di kedai runcit. Keluaran semasa dan yang terdahulu boleh diakses secara digital di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library. Jika ahli memerlukan bantuan dengan langganan, mereka boleh menghubungi wakil majalah tempatan atau kerani bahagian mereka.

rjwp15znjnzu394ku1ce3qks7xrh82dff0zrbt8u.pngDOWNLOAD

Lembaga Pertolongan dan Kuorum Penatua

Pertemuan Mingguan Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua akan terus memberi tumpuan kepada pesanan-pesanan daripada persidangan umum yang terkini. Perbincangan ini menekankan pemahaman ajaran-ajaran kenabian dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

“Terdapat kekuatan tambahan yang datang apabila kita bertemu setiap minggu untuk berunding, belajar, dan menyokong satu sama lain,” kata Presiden Camille N. Johnson, Presiden Umum Lembaga Pertolongan. “Apabila kita berkumpul dalam nama-Nya, Roh berada di sana untuk mengajar kita, kesaksian diperkuatkan, dan kita mengangkat satu sama lain dalam penganutan. Waktu mingguan untuk berhubung ini akan membantu kita mendekatkan diri kepada Juruselamat dan antara satu sama lain. Kita menemui kebahagiaan dalam berjalan di jalan perjanjian bersama.”

ce0afff70849c4e9092162ce0cb2e7fbd48c3bdc.jpegDOWNLOAD

Memperkukuhkan Penyembahan dalam Pertemuan Sakramen

Walaupun tempoh pertemuan sakramen tidak berubah, para pemimpin digalakkan untuk mempertimbangkan cara-cara untuk mempertingkatkan kualiti penyembahan dan membantu pertemuan sakramen menjadi lebih menjadi teras dalam kehidupan Orang Suci Zaman Akhir. Ahli-ahli dijemput untuk mencari cara yang bermakna untuk memperkaya pengalaman penyembahan mereka sendiri. Pertemuan sakramen adalah masa kebahagiaan, ketakziman, dan mengalu-alukan persahabatan yang berpusat pada Juruselamat Yesus Kristus.

Ahad kelima pada Ogos 2026 akan dikhususkan untuk persediaan dan perbincangan oleh remaja, ibu bapa mereka, dan pemimpin mereka. Persediaan dan perbincangan tambahan untuk ahli-ahli akan berlangsung pada jam kedua pada 6 September 2026. Sumber, bahan latihan, dan jawapan kepada soalan lazim akan disediakan dalam beberapa minggu akan datang.