Translation

Pesanan Persidangan Easter Presiden Gereja Menggalakkan Interaksi seperti Kristus

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Presiden Dallin H. Oaks dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menggalakkan ahli-ahli untuk menunjukkan kasih suci Kristus dalam semua interaksi mereka sebagai sebahagian daripada beberapa pesanan yang disampaikan pada hujung minggu Easter dan persidangan umum ini.

“Sebagai pengikut Kristus, marilah kita mengikuti-Nya dengan meninggalkan pertikaian dan menggunakan bahasa dan cara pendamai,” katanya. “Dalam keluarga dan hubungan peribadi yang lain, marilah menjauhi daripada sikap kasar dan penuh kebencian. Marilah kita berusaha untuk menjadi kudus, seperti Juruselamat kita.”

Pembukaan persidangan sedunia pada pagi hari Sabtu, 4 April 2026, Presiden Oaks merujuk kepada perhimpunan khusyuk untuk menyokong Presidensi Utama baharu sebagai “satu peristiwa penting.”

“Saya bersyukur dapat bersama mereka yang panggilan kepimpinan diiktiraf secara rasmi dengan cara ini,” kata Presiden Oaks. Dia menyatakan kesyukuran atas undi sokongan ahli-ahli Gereja, doa, sokongan dan pelayanan kepada orang lain.

“Pada musim Easter ini, saya menegaskan semula kesaksian kami tentang Tuhan yang dibangkitkan dan mengakui bahawa Dialah ketua Gereja ini,” katanya.

“Kepercayaan dalam kebangkitan literal dan universal” mengubah perspektif kefanaan seseorang, katanya pada pagi hari Ahad, 5 April. Kepercayaan ini menyediakan kekuatan, perspektif dan keberanian ketika menghadapi kekurangan jasmani dan cabaran kefanaan, seperti kematian.

Apabila individu berusaha untuk hidup layak untuk bertemu Kristus, “ia membantu kita untuk hidup bersama dalam kasih dengan harapan perjumpaan semula dan perhubungan di kehidupan seterusnya,” ajarnya.

Berbeza dengan budaya “toksik” hari ini terhadap musuh, Presiden Oaks menggalakkan ahli-ahli untuk mengikuti ajaran Juruselamat untuk “mengasihi Tuhan dan sesama manusia” dan “kasihi musuhmu.”

“Hari ini kita boleh mengatakan bahawa kita diperintahkan untuk mengasihi musuh kita,” katanya.

20260405_154243_LNilsson_CMB05184.JPG
20260405_154243_LNilsson_CMB05184.JPG
Presiden Dallin H. Oaks dari Presidensi Utama menyampaikan pesanan terakhir dalam sesi tengah hari Ahad persidangan umum.2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

“Sebagai pengikut Kristus, kita harus berusaha untuk hidup dengan damai dan kasih dengan anak-anak Tuhan lain yang tidak berkongsi nilai dan kewajipan perjanjian yang kita ada,” dia teruskan. “Dalam kerajaan demokratik kita harus mencari ‘keadilan untuk semua.’ Dalam banyak keadaan, rasa curiga atau bahkan permusuhan antara orang asing beransur-ansur berubah menjadi persahabatan ketika interaksi peribadi memupuk rasa saling menghormati.”

Orang Suci Zaman Akhir boleh mengikuti teladan Kristus untuk memilih untuk mengasihi orang lain, walaupun orang lain tidak menunjukkan sedikit kasih kepada kita, Presiden Oaks berkata.

“Pendamai! Dunia akan berubah jika para pengikut Kristus meninggalkan kata-kata kasar dan menyakitkan dalam komunikasi mereka,” dia berkata, dan berkongsi contoh bagaimana untuk menjadi pendamai.

Menyimpulkan persidangan umum pada tengah hari Ahad, Presiden gereja berkata, “Roh Tuhan telah mengilhami kita semua untuk memusatkan penyembahan kita, menumpukan pengkajian kita, dan menyatukan kesaksian kita kepada ajaran-ajaran Tuhan Yesus Kristus dan rancangan Bapa-Nya untuk kemajuan dan kebahagiaan abadi kita.”

Dia bersaksi, “Sesungguhnya, Yesus Kristus adalah jalan menuju kedamaian di dunia ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang. Dia mengenali dan mengasihi setiap kita dengan sempurna serta menjemput kita untuk berjalan bersama-Nya, tinggal di dalam Dia, dan mengikuti teladan-Nya dalam melayani satu sama lain dengan kasih dan kasih ihsan. Kita telah diingatkan tentang peranan utama perkahwinan dan keluarga dalam rancangan Bapa Syurgawi untuk takdir abadi anak-anak-Nya. Semoga kita menunjukkan kasih suci Kristus dalam keluarga kita, dalam komuniti kita, dan dalam semua interaksi kita dengan anak-anak Tuhan.”

Presiden Oaks menutup dengan jemputan untuk mengkaji dan merenungkan pesanan persidangan dengan penuh doa, kemudian bertindak dengan iman pada asas-asas tersebut. “Apabila kita menghargai dan bertindak atas ajaran-ajaran persidangan ini, Tuhan akan terus mengajar dan mengilhami kita dengan wahyu dan bimbingan peribadi,” dia berjanji.