(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Setiap tahun semasa ekuinoks musim bunga pada bulan Mac atau April, etnik Cina di Asia menyambut pesta Qingming. Perayaan ini kadangkala disebut sebagai Hari Moyang. Orang ramai melawat kubur ahli keluarga atau saudara mara mereka untuk memberi penghormatan dan untuk menghormati nama keluarga. Ia adalah masa efektif dan berharga untuk mencatat nama, tarikh lahir dan kematian, serta nama tempat yang terukir pada batu nisan. Maklumat dan foto boleh digunakan sebagai sebahagian salasilah keluarga atau jurnal sejarah keluarga.
Bagi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Qingming adalah peluang penting untuk membuat kerja sejarah keluarga dan salasilah. Hari ini, dengan kemajuan teknologi, untuk membuat salasilah keluarga, jurnal dan penyimpanan rekod adalah pantas dan mudah. Aplikasi seperti FamilySearch oleh Gereja boleh diakses pada pelbagai peranti dan menyediakan fungsi ini.
Peter Ee dari cabang Cheras di Gereja menyatakan bahawa sejarah keluarga bukan sekadar melakukan kerja bait suci. Gambar ahli keluarga dan saudara mara boleh dimuat naik, beserta peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Pada masa yang sama, laporan kehidupan mereka boleh ditulis manakala dokumen penting dimuat naik untuk rujukan. Dengan ini, semua detik kehidupan berharga bersama orang tersayang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dia seterusnya menyatakan, “Saya telah berkongsi Keluarga: Perisytiharan kepada Dunia kepada saudara-mara saya semasa perjumpaan keluarga untuk menyatakan kepada mereka tentang kepentingan dan sifat abadi keluarga.”
Mary Kar Jing Loh, ahli di Gereja cabang Ipoh, sangat bersyukur atas injil Yesus Kristus dan keahliannya dalam Gereja. Mary sering pergi ke Pusat Carian Keluarga yang Gereja kendalikan di kampung halamannya di (lokasi). Dia meluangkan masa menambah nama, foto dan cerita pada salasilah keluarganya di pusat itu. Belajar tentang nenek moyangnya telah menguatkan Maria secara rohani. Setiap tahun semasa perayaan Qingming, Mary melawat kubur arwah ibunya. Mary sedang bersiap untuk menghadiri bait suci bersama bapanya untuk dimeteraikan kepada arwah ibunya dan menjadi keluarga abadi.
“Ketika membuat sejarah keluarga 20 tahun lalu, saya dan ayah melawat kubur semasa Qingming. Dia kongsi cerita tentang zaman kanak-kanak dan kehidupan bersama neneknya. Ayah saya beremosi apabila menceritakan kenangan tentang neneknya. Semasa dia bercakap, saya rasa dekat dengan arwah nenek saya. Ia benar-benar detik penggenapan ayat kitab Perjanjian Lama dalam Maleakhi 4:6 dalam memalingkan hati saya kepada nenek moyang saya,” kata Min Lian Chan dari cabang Gereja Petaling Jaya.
Ahli-ahli Gereja secara aktif dan gembira terlibat dalam kerja untuk orang hidup dan mereka yang telah meninggal melalui sejarah keluarga, salasilah dan kerja bait suci. Ia adalah kerja pelayanan dan kasih ihsan yang besar untuk membawa keselamatan dan kemuliaan kepada kehidupan nenek moyang mereka yang telah meninggal.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah keluarga, salasilah dan kerja bait suci, layari churchofjesuschrist.org/family-history atau hubungi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang terdekat di kawasan anda melalui pencari lokasi Peta Google.
Kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada Gek Lian Loh, Penasihat Bait Suci dan Sejarah Keluarga Kawasan, atas sumbangan beliau kepada artikel ini dan begitu juga kepada semua peserta dalam artikel ini.