(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)
“Sebagai para pengikut Yesus Kristus, kita harus menjadi teladan bagaimana untuk bergaul dengan orang lain — terutamanya apabila mereka mempunyai pendapat yang berlainan. Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenal pasti seseorang adalah pengikut benar Yesus Kristus adalah cara orang itu melayan orang lain,” kata Presiden Russell M. Nelson.
- 20210614_104517_Nilsson_LES_2470.jpg
 - 20210614_111954_Nilsson_LES_2781.jpg
 - 20210614_110620_Nilsson_LES_2631.jpg
 - 20240909_1723_CSmith_2475.jpg
 - 20230324_210836_LES_LES_5791.jpg
 - 20230324_205816_LES_LES_4969.jpg
 - 20230324_203809_LES_LES_3586.jpg
 - NY-Commission-of-Religious-Leaders-OFP
 - First Presidency & NAACP
 - NAACP
 
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 | 
Ketika persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir pada April 2023, Presiden Nelson, menyambut hari jadi ke-101 tahun pada Selasa, 9 September 2025, menyeru kepada ahli-ahli Gereja untuk menjadi pendamai.
“Pesanan Juruselamat adalah jelas: Pengikut benar-Nya membina, mengangkat, menggalak, memujuk dan mengilhami — tidak kira betapa susahnya keadaan. Pengikut benar Yesus Kristus adalah pendamai,” dia teruskan.
Pesanan yang berkuasa — “pendamai diperlukan” — menjadi satu frasa bagi ramai yang berkait dengan Presiden Nelson dan warisannya sebagai pemimpin Gereja Yesus Kristus. Ini adalah satu frasa yang dia telah ikuti sepanjang hidupnya.
Pada 13 April 2023, Presiden Nelson telah dianugerahkan dengan Hadiah Keamanan Ghandi-King-Mandela dari Kolej Morehouse, satu sekolah yang secara sejarahnya hanya untuk orang yang berkulit hitam di Georgia.
“Kamu tekun bekerja untuk menjalin hubungan persefahaman dan menentang pemisahan kaum,” kata Rev. Lawrence Edward Carter Sr., dekan Gereja Kecil Antarabangsa Martin Luther King Jr., ketika upacara pemberian hadiah.

20230324_205816_LES_LES_4969.jpg
Rev. Dr. Lawrence Edward Carter Sr. menganugerahkan Presiden Russell M. Nelson dengan satu petikan yang memberi kehormatan kepada Presiden Nelson dengan Hadiah Keamanan Gandhi-King-Mandela yang julung kali dianugerahkan oleh Kolej Morehouse pada Jumaat, 24 March 2023, di Bangunan Pentadbiran Gereja di Temple Square di Salt Lake City.2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Dalam satu pesanan yang direkodkan, Presiden Nelson menerima anugerah itu, dan menyatakan, “Tuhan tidak mengasihi satu kaum lebih daripada kaum yang lain. Perasaannya terhadap perpaduan kaum adalah jelas. Sepertimana direkodkan dalam Kitab Mormon, yang saya anggap sebagai sahabat kepada Alkitab, Juruselamat ‘menjemput semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; … Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; … semua adalah sama bagi Tuhan.’”
Kawan baik Presiden Nelson ialah Rev. Amos C. Brown, paderi yang telah bersara dari Third Baptist Church di San Francisco dan ahli lembaga National Association for the Advancement of Colored People (NAACP). Mereka bertemu pada Jun 2021 bersama para pemimpin NAACP lain untuk mengumumkan inisiatif pendidikan dan kemanusiaan baharu yang berkaitan dengan kerjasama berterusan mereka yang bermula sejak 2018.

NAACP
Presiden Russell M. Nelson disertai oleh para penasihatnya, Presiden Dallin H. Oaks dan Presiden Henry B. Eyring, di persidangan berita bersama National Association for the Advancement of Colored People (NAACP), 17 Mei 2018, menyeru untuk ketertiban lebih dan keharmonian kaum dalam dunia.2018 Intellectual Reserve, Inc. Alle Rechte vorbehalten.“Usaha-usaha ini melambangkan keinginan berterusan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk mengajar dan mengamalkan dua perintah utama — untuk mengasihi Tuhan dan sesama,” kata Presiden Nelson semasa persidangan akhbar pada 14 Jun 2021.
Ketika sambutan hari jadi ke-100 Presiden Nelson pada 9 September 2024, Rev. Brown berkata berikut mengenai sahabatnya:
“[Di Persidangan Nasional NAACP pada 2019], saya memperkenalkannya sebagai abang daripada ibu yang lain. Saya berkata itu dengan ikhlas kerana saya berasa sejiwa dengan dia. Dia mempunyai rekod prestasi baik dalam memimpin Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk mencapai keadilan perkauman, memahami dan berusaha untuk menyediakan hari yang lebih baik bagi semua anak-anak Tuhan — terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar dalam negara ini. Encik Presiden, saya doakan panjang umur bagi kamu dan isteri terkasih kamu, Puan Nelson, dan kamu akan berjuang, menjaga komuniti yang terkasih agar kekal dalam keadaan baik.”

20240909_1723_CSmith_2475.jpg
Presiden Russell M. Nelson bersama isterinya, Wendy (kanan), dengan Rev. Amos Brown bersama isterinya, Jane E. Brown (kiri), di sambutan hari jadinya yang ke-100 di Pusat Persidangan Panggung di Temple Square di Salt Lake City, Utah pada 9 September 2024.2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Rev. Andrew Teal, paderi Anglican dan ahli teologi Universiti Oxford, menambah, “Terima kasih kerana menjadi seorang pemimpin agama dunia yang mudah didekati. Terima kasih kerana membimbing umat kamu sebagai seorang pemimpin perintis yang benar, tanpa meninggalkan sesiapa pun. Dan terima kasih, juga, kerana menyentuh hati ramai orang.”
Robert P. George, seorang profesor Universiti Princeton, berkata, “Dasar asas bagi semua moral yang benar adalah kewujudan dan maruah adil bagi setiap ahli keluarga manusia. Dan melalui kata nasihat dan teladan, kamu telah mengajar kami semua maksud asas itu, dan mengamalkannya.”
Dan Rabai Joseph Potasnik, naib presiden eksekutif Badan Rabai New York, berkata, “Kamu pastinya telah hidup dengan bermakna, menghantar pesanan Tuhan melalui kerja kebaikan di seluruh dunia. Setiap hari jadi kita sering meniup lilin. Saya cadangkan [kamu] biarlah ia menyala supaya kita peroleh manfaat dari cahaya, kasih dan kesetiaan kamu. Sepertimana kami sering kata di New York, mazel tov.”
