(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)
Presiden Dallin H. Oaks dari Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menggesa belia di seluruh dunia untuk mengekalkan perspektif abadi semasa mereka mengharungi “masa yang stres” ini.
Walaupun golongan belia menghadapi cabaran, beliau berkata, mereka boleh “cerialah” kerana Yesus Kristus “telah mengatasi dunia” dan “kita juga boleh.”
“Ingatlah,” Presiden Oaks menambah, “rancangan Bapa kita ialah rancangan kegembiraan.”
Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama itu disertai oleh isterinya, Kristen, semasa pertemuan rohani, yang disiarkan secara global dari Teater Pusat Persidangan di Temple Square di Salt Lake City, Utah, pada hari Ahad, 21 Mei 2023.
“Tidak kira apa pun perbezaan kita dalam ciptaan Bapa Syurgawi, Dia mengasihi kita semua, dan rancangan kegembiraan-Nya adalah untuk semua,” kata Presiden Oaks. “Kita kasihi-Nya dengan mematuhi perintah-Nya, termasuk kasih kepada anak-anak-Nya.”
Presiden Oaks menyatakan kebimbangan tentang jumlah tinggi orang yang belum berkahwin atau pilih untuk tidak mempunyai anak, serta peningkatan usia di mana lelaki dan wanita Orang Suci Zaman Akhir putuskan untuk berkahwin. Dia mengakui kekurangan rumah dan peningkatan hutang pelajar mempengaruhi keputusan ini.
Namun, dia menggalakkan golongan belia untuk “maju dengan iman” kerana “perkahwinan adalah pusat tujuan kehidupan fana dan seterusnya.” Dia dan Sister Oaks menggalakkan para belia untuk dating dan mempunyai anak — dan mengingati contoh Orang Suci Zaman Akhir yang awal.
“Para perintis awal tinggalkan rumah dan pemilikan mereka untuk membawa keluarga mereka pada keselamatan rohani di Mountain West,” katanya. “Hari ini, kami menggesa anda untuk tidak tinggalkan keselamatan rohani dan keluarga untuk dapatkan pemilikan.”
“Jika anda menunggu prospek berkahwin,” Sister Oaks menambah untuk penonton wanita, “berhenti menunggu dan mula bersedia. Sediakan diri anda—melalui pendidikan, pengalaman, dan perancangan. Janganlah tunggu kebahagiaan merempuh anda. Cari peluang pelayanan dan pembelajaran. Paling penting, percaya kepada Tuhan.”
Presiden Oaks kemudiannya menyampaikan beberapa ucapannya kepada senior sekolah menengah yang hadir. Dia mengakui generasi mereka bergelut dengan kebimbangan, dadah, dan media sosial. Dia berkongsi sebahagian daripada surat yang diterima daripada seorang remaja puteri tentang disforia jantina.
“Saya sungguh tidak faham mengapa ramai remaja gereja tidak rasa orang yang mengubah jantina, bercinta dengan sesama jantina atau isytihar tiada jantina itu adalah suatu masalah,” tulis gadis itu. “Saya tahu kita patut kasihi semua orang dan hormati mereka, saya buat itu.
Saya [cuma] rasa hal ini telah melampaui [batas].”
Presiden Oaks menjawab dengan merujuk cara Yesus mengimbangi kasih-Nya sementara menekankan kepentingan hukum dalam Yohanes 8 dalam Perjanjian Baru. Apabila para pemimpin agama pada masa itu mahu Yesus menghakimi seorang wanita atas perzinaan, Yesus menjawab, “ … kamu yang tidak berdosa, boleh melemparkan batu pertama.” Kemudian Yesus tunjukkan kuasa kasih dengan tidak mengutuknya dan menegaskan hukum dengan berfirman “janganlah berdosa lagi.”
Presiden Oaks menggesa para penonton untuk menjalankan perintah kasih dan hukum “dengan cara yang lebih lengkap. Sesiapa yang tidak layani individu yang bergelut ini dengan kasih dan hormat adalah tidak selari dengan ajaran perintah paling utama itu. Oleh itu, tentang hukum Tuhan, ingatlah Tuhan telah ungkapkan lagi bahawa Dia mencipta lelaki dan wanita. Dan tentang kewajipan untuk mengasihi sesama kita, ingatlah Tuhan telah perintahkan kita untuk mengasihi bahkan orang yang tidak patuhi perintah.
“Jika anda, ahli keluarga, atau kenalan menghadapi kekeliruan identiti ini,” dia menyambung, “gunakanlah hukum Injil dan kasih dan belas kasihan Juruselamat kita, yang akan membantu dan membimbing anda jika anda bersabar di jalan-Nya.”
Kepada mereka yang mengalami tarikan sesama jantina, Presiden Oaks mengajar bahawa Tuhan mengasihi setiap ciptaan-Nya dan rancangan kegembiraan-Nya adalah untuk semua.
Presiden Oaks juga memetik ajaran Presiden Russell M. Nelson untuk berhati-hati dengan cara kita melabel diri sendiri.
“Tiada individu yang harus ubah, ganti, atau meremehkan tiga sebutan kekal ini: ‘anak Tuhan,’ ‘anak perjanjian,’ dan ‘pengikut Yesus Kristus,” kata Presiden Nelson. “Apa-apa label yang tidak sepadan dengan tiga asas ini pada akhirnya akan mengecewakan anda. Label lain akan mengecewakan anda kerana ia tidak berkuasa untuk membimbing anda ke arah kehidupan abadi di kerajaan Selestial Tuhan.”
Kuasa untuk bimbing kita ke kehidupan abadi dan kerajaan selestial adalah perjanjian kita, kata Presiden Oaks.
“Apabila anda dan saya membuat perjanjian dengan Tuhan,” katanya, sekali lagi memetik Presiden Nelson, “hubungan kita dengan Dia menjadi lebih dekat daripada sebelum perjanjian kita. Kini, kita diikat bersama.
Kerana perjanjian kita dengan Tuhan, Dia tidak akan hentikan usaha-Nya untuk membantu kita, dan kita tidak akan menghabiskan kesabaran-Nya terhadap kita. Setiap kita mempunyai tempat istimewa dalam hati Tuhan.”
Sebagai kesimpulan, Presiden dan Sister Oaks menggalakkan para belia untuk pandang dan bergantung kepada Tuhan untuk bimbingan.
“Pandanglah kepada Tuhan dan hidup,” kata Sister Oaks. “Selidiki pesanan malam ini, kata-kata nabi kita, tulisan suci, rancangan keselamatan, dan berkat bapa bangsa anda. Berdoa dan Tuhan akan bersama anda. Bukan bermaksud kita tidak akan terluka, tetapi kita tidak akan bersendirian, dan kita akan maju ke depan dan dilindungi dari kejahatan di sekeliling kita.”
“Tekun mencari Yesus Kristus, rasai kasih-Nya, dan beriman kepada-Nya dan bimbingan kasih-Nya di sepanjang jalan perjanjian ke takdir abadi kita,” kata Presiden Oaks.