(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)
Dari 21 Mei hingga 31 Mei 2026, Presiden Remaja Putera Umum Timothy L. Farnes dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan isterinya, Linsey telah menjalankan pelayanan merentasi Kemboja, Singapura dan Malaysia. Mereka menjemput generasi muda untuk berjalan bersama Kristus dan menjawab soalan-soalan jiwa. Melalui aktiviti, pelayanan dan pertemuan rohani, mereka bersaksi tentang kasih Yesus Kristus, terutamanya dengan anak muda, ibu bapa dan pemimpin remaja yang terlatih dan melayani ahli-ahli.
Sorotan perjalanan 10 hari mereka merangkumi pertemuan dengan lembaga berkanun remaja Singapura, pameran misionari Sekolah Primer di Singapura, projek pelayanan di Phnom Penh dan penyertaan pesta menuai Gawai tahunan Daerah Sibu, Malaysia.
Majlis dan Misi
DOWNLOADPada 28 Mei 2026, Presiden dan Sister Farnes telah mengadakan pertemuan dengan CEO David Chua dari Majlis Remaja Kebangsaan Singapura. Encik Chua berkongsi tentang isu-isu utama kerajaan untuk remaja dan bertukar pandangan serta penemuan mengenai inisiatif remaja mereka. Presiden Farnes merakamkan setinggi-tinggi penghargaan untuk perspektif yang selaras dengan banyak nilai dan program Gereja ini.
Mereka membincangkan bagaimana institusi keagamaan memainkan peranan unik untuk mengisi jurang sosial dalam kehidupan keluarga dan komuniti, malah cadangan Encik Chua untuk “mengadakan kerjasama setempat” diterima dengan baik. Program misionari Gereja juga dibincangkan. Walaupun Encik Chua menyetujui kuasa transformatif menghantar anak muda ke dunia luar, Presiden Farnes berkongsi bagaimana misinya telah membentuk kehidupannya.
- SG-Primary-1.jpg
- SG-Primary-2.jpg
- SG-Primary-3.jpg
- SG-Primary-4.jpg
- SG-Primary-5.jpg
- SG-Primary-6.jpg
- SG-Primary-7.jpg
- SG-Primary-8.jpg
- SG-Primary-9.jpg
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Kunjungan itu disusuli dengan penyertaan pasangan Farnes dalam aktiviti “Misionari Di Seluruh Dunia” anjuran Sekolah Primer Pancang Singapura, menampilkan 15 reruai yang mempamerkan pengalaman misionari dari pelbagai negara dan wilayah termasuk Rusia, Australia, Samoa dan Taiwan, dengan reruai khas untuk Bait Suci Singapura yang akan datang. Pameran tersebut memaparkan barangan budaya, makanan dan memorabilia misionari untuk membantu kanak-kanak membayangkan kehidupan sebagai misionari pada masa hadapan.
Hampir 100 kanak-kanak menghadiri acara itu. Adam Tokoara, seorang kanak-kanak yang baru dibaptiskan menyatakan bahawa reruai kegemarannya ialah reruai Taiwan yang membolehkan dia menikmati makanan tempatan seperti kek nenas serta cuba berbasikal di sekitar dewan kebudayaan, iaitu cara para misionari berulang-alik di sana.
“Saya masih ingat bahawa saya mengangkat tangan dan komited untuk membaca tulisan suci,” kata Adam, disusuli dengan pertemuan rohani yang melibatkan pasangan Farnes menjemput semua kanak-kanak untuk berdiri dan mula membuat persediaan untuk misi mereka setiap hari melalui cara itu.
Remaja dan Pelayanan
- Farnes-PP-Youth-1.jpg
- Farnes-PP-Youth-2.jpg
- Farnes-PP-Youth-3.jpg
- Farnes-PP-Youth-4.jpg
- Farnes-PP-Youth-5.jpg
- Farnes-PP-Youth-6.jpg
- Farnes-PP-Youth-7.jpg
- Farnes-PP-Youth-8.jpg
- Farnes-PP-Youth-9.jpg
- Farnes-KC-Youth-1.jpg
- Farnes-KC-Youth-2.jpg
- Farnes-KC-Youth-3.jpg
- Farnes-KC-Youth-4.jpg
- Farnes-KC-Youth-5.jpg
- Farnes-KC-Youth-6.jpg
- Farnes-KC-Youth-8.jpg
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Dari 22 hingga 25 Mei di Kemboja, pasangan Farnes telah melawat Phnom Penh, Siem Reap dan Kampong Cham untuk berjumpa dengan lebih daripada 500 remaja yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun serta para pemimpin mereka. Dengan penekanan tema remaja 2026, “Berjalanlah bersama-Ku,” mereka diingatkan tentang identiti ilahi mereka dan kepentingan memilih Juruselamat setiap hari.
Semasa pasangan Farnes bermain permainan, berkongsi makanan, menasihati remaja dan menjalankan projek pelayanan yang menyentuh hati di rumah anak yatim, mereka mencurahkan kasih pada setiap acara dan menyatakan bahawa mereka merasai kasih yang dikembalikan berulang kali. Presiden Farnes amat kagum bahawa para remaja “mengenali identiti diri dan menyedari bahawa mereka merupakan anak-anak Tuhan. Mereka mempunyai hasrat benar untuk berjalan bersama Juruselamat.”
Dia menambah, “Kami mendapati bahawa perkataan ‘anak lelaki dan anak perempuan’ dalam bahasa Khmer diterjemahkan sebagai ‘putera dan puteri Tuhan’. Hal ini meningkatkan pemahaman mereka tentang identiti mereka.”
Detik penting kunjungan mereka ke Kemboja adalah penyertaan mereka bersama ratusan remaja Gereja untuk projek pelayanan di Phnom Penh. Mereka berjaya menyediakan lebih daripada 200 beg bantuan yang dilengkapi dengan barangan peribadi untuk kanak-kanak di Pusat Kebangsaan untuk Bayi dan Kanak-kanak, rumah anak yatim untuk bayi dan kanak-kanak dengan kekurangan upaya yang serius. Gereja juga mendermakan beras sebanyak tiga tan metrik ke rumah anak yatim, serta bekalan makanan asas.
- Farnes-Orphange-5.jpg
- Farnes-Orphange-2.jpg
- Farnes-Orphange-3.jpg
- Farnes-Orphange-4.jpg
- Farnes-Orphange-1.jpg
- Farnes-Orphange-6.jpg
- Farnes-Orphange-7.jpg
- Farnes-Orphange-8.jpg
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Semasa remaja Gereja menyerahkan beg-beg itu, pasangan Farnes dan para pemimpin lain turut mengiringi mereka, memberi pelukan dan mendukung beberapa kanak-kanak dan bayi kecil yang berpaut kepada mereka. Presiden Farnes telah memberkati penjaga dan kanak-kanak tersebut dalam nama Yesus Kristus. “Saya berdoa untuk penghiburan dan kedamaian anda. Kami memberkati anda dengan kasih Tuhan.”
Pengalaman ini meninggalkan impak yang kuat kepada remaja yang mengambil bahagian. “Pengalaman ini amat beremosi,” kata seorang gadis berumur 13 tahun. “Saya dapat merasakan kasih Juruselamat di sini. Mereka tidak mempunyai ahli keluarga untuk menjaga mereka, tetapi saya gembira bahawa mereka boleh menetap di sini. Hal ini membuat saya rasa bahawa kita harus lebih bersyukur atas segala-galanya yang kita miliki.”
Pertemuan Rohani dan Perayaan
Semangat ramai peserta di Kemboja meningkat semasa mereka menghadiri pertemuan rohani dan berkumpul dengan rakan-rakan yang berkongsi nilai-nilai yang sama.
“Pertemuan ini membuatkan saya berasa tidak bersendirian,” kata Hong Kimmouy yang berumur 12 tahun dari Phnom Penh.
Rebecca Sarin yang berumur 17 tahun dari Kampong Cham menyatakan bahawa “Saya seolah-olah menetap di Sion, sebuah kota yang dipenuhi dengan kebaikan, kasih sayang, rasa kasihan dan sokongan di antara satu sama lain.”
Neang Kouro Thol Septream yang berumur 16 tahun dari Phnom Penh menyatakan bahawa pertemuan rohani itu mengukuhkan kesaksiannya dan membuatkan hasratnya untuk melayani misi “meningkat secara mendadak.” Dia menghargai kunjungan para pemimpin Gereja. “Kita boleh merasakan kasih, kuasa dan semangat mereka.”
- Farnes-KL-1.jpg
- Farnes-KL-2.jpg
- Farnes-KL-3.jpg
- Farnes-KL-4.jpg
- Farnes-KL-5.jpg
- Farnes-SG-1.jpg
- Farnes-SG-2.jpg
- Farnes-SG-3.jpg
- Farnes-SG-4.jpg
- Farnes-SG-Seminary-1.jpg
- Farnes-SG-Seminary-2.jpg
- Farnes-SG-Seminary-3.jpg
- Farnes-SG-Seminary-4.jpg
- Farnes-Sibu-1.jpeg
- Farnes-Sibu-2.jpg
- Farnes-Sibu-3.jpg
- Farnes-Sibu-4.jpg
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Di Singapura dan Malaysia, pertemuan rohani remaja dan belia bujang juga membawa Roh Kudus secara berkuasa kepada peserta yang hadir kerana ahli-ahli muda digalakkan untuk mengajukan soalan-soalan secara terbuka dan menerima jawapan yang jujur dan tulus ikhlas di situ. Presiden Remaja Puteri Pancang Singapura, Rie Woo menyatakan bahawa sikap keterbukaan seperti ini berjaya menjadikan perbincangan itu bermakna.
“Indah sekali untuk melihat pasangan Farnes menghulurkan bantuan kepada para remaja dan meluangkan masa untuk bercakap dengan mereka,” katanya. “Kisah-kisah telah dikongsi dan banyak pengalaman dapat dikaitkan oleh para remaja, jadi saya rasa mereka akan mengingati detik ini untuk tempoh yang amat lama.”
Ashwin Pillar berumur 16 tahun yang mengendalikan pertemuan rohani remaja Pancang Singapura bersetuju, “Saya menghargai cara mereka menjawab soalan kami dengan mesra dan memberikan pandangan yang membantu membuka mata kami dan mengukuhkan pemahaman injil kami dengan lebih mendalam.”
Presiden Daerah Sibu, Anthony Lau mengakui bahawa pertemuan rohani mereka merupakan “salah satu acara terpenting untuk tahun ini” kerana peluang untuk berjumpa dengan pemimpin Gereja global secara bersemuka amat jarang ditemui. Carol Lim yang hadir telah menangis ketika dia menceritakan bagaimana dia rasa bahawa Tuhan telah menjawab doa-doanya ketika dia menghadapi cabaran melalui perkongsian Farnes.
- Farnes-Sibu-Festival-1.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-2.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-3.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-4.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-5.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-6.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-7.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-8.jpg
- Farnes-Sibu-Festival-9.jpg
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Ahli-ahli lain di Sibu berasa gembira kerana dapat berkongsi kembali dengan pasangan Farnes dan para pemimpin Kawasan lain. Katarina Anak Nimbang telah berjaga malam sebelum perayaan 29 Mei untuk mengikat manik yang mengeja nama cabangnya bagi setiap pemimpin Gereja yang berkunjung. Dia memastikan bahawa gambar mereka memakai pakaian tradisional Sarawak dengan manik hiasan serta tiara kehormatan telah diambil.
Baginya, kunjungan Presiden Farnes merupakan peluang bagi semua orang di daerah itu berkumpul dan bergembira bersama, malah dia mengimbau Roh yang sama yang dirasai ketika Elder Gerritt Gong mengunjungi ahli-ahli Sibu beberapa tahun yang lepas.
Pamela Chiping, penterjemah kepada pasangan Farnes, menyatakan bahawa ahli-ahli di Sibu amat teruja untuk menerima kunjungan yang jarang berlaku daripada pemimpin Umum dan ingin berkongsi budaya mereka dengan pasangan Farnes. Seramai 200 orang bersorak dengan kuat dan gembira apabila pemimpin Kawasan menyertai tarian kebudayaan, dia menyatakan bahawa dia merasakan Roh dengan kuat apabila dia melihat Presiden Farnes membantu merasmikan pesta menuai dengan menebang pokok simbolik di dewan pertemuan.
“Hal ini sangat bermakna bagi saya untuk melihat mereka menyertai dan memahami kepentingan pokok itu kepada kami,” dia berkata. “Kami menyukai budaya tersebut serta mengasihi Bapa Syurgawi.”