(Hanya untuk orang bukan Islam)
Berkuat kuasa 1 Ogos 2023, Presidensi Kawasan Asia Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah disusun semula. Elder Benjamin M. Z. Tai menjadi Presiden Kawasan yang baharu selepas melayani sebagai penasihat sejak 2021. Elder Kelly R. Johnson, yang menyertai presidensi pada 2022, kini merupakan Penasihat Pertama dan Elder Michael John U. Teh kini Penasihat Kedua.
Elder David P. Homer, yang melayani sebagai Presiden Kawasan, dan isterinya, Nancy, telah menerima tugasan pelayanan baharu di ibu pejabat Gereja Salt Lake City, Utah, di Amerika Syarikat; oleh itu, perubahan dalam Presidensi Kawasan diperlukan. Elder Teh dan isterinya, Grace, baru sahaja berpindah ke Hong Kong dari Salt Lake City, di mana sebelum ini dia melayani sebagai Penolong Pengarah Eksekutif di Jabatan Bait Suci.
Elder Teh telah disokong sebagai Penguasa Umum Tujuh Puluh pada 31 Mac 2007, dan kaya pengalaman sebagai ahli Presidensi Kawasan Filipina sebanyak dua kali. Dalam tempoh panggilan pelayanan sepenuh masanya di Gereja, dia bekerja sebagai pencatat Bait Suci Manila Filipina. Di antara tugasan lain di Jabatan Bait Suci dan Kawasan Barat Daya Amerika Utara di Amerika Syarikat, Elder Teh turut melayani sebagai presiden Misi Taiwan Taichung dari 2016 hingga 2018.
Kawasan Asia terdiri daripada 22 negara dan wilayah dan merangkumi separuh daripada penduduk dunia. Para ahli Presidensi Kawasan mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi urusan Gereja dan untuk mengukuhkan, melatih dan meningkat semangat para ahli, pemimpin dan misionari Gereja di seluruh wilayah.
“Kami sangat berterima kasih atas kesempatan untuk melayani penduduk di Kawasan Asia yang kami kasihi dan hormati,” kata Presiden Tai. “Penduduk di Kawasan ini penuh dengan potensi dan janji. Kami menjemput semua untuk belajar tentang Juruselamat Yesus Kristus, untuk menerima jemputan-Nya untuk mengikut Dia, dan secara peribadi mengalami kebahagiaan dan kedamaian yang Dia tawarkan kepada semua.”