(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

primary-presidency-2026.jpg
Presidensi Umum Sekolah Primer yang baharu pada 1 Ogos 2026. Dari kiri ke kanan: Nina M. Garfield (Penasihat Pertama), Rosemary K. Chibota (Presiden), dan Theresa A. Collins (Penasihat Kedua).© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Presidensi Sekolah Primer baharu diumumkan semasa sesi tengah hari Sabtu persidangan ke-196 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Presiden D. Todd Christofferson dari Presidensi Utama membuat pengumuman itu semasa sesi penyokongan pemimpin Gereja.
Pemimpin baharu ialah Rosemary K. Chibota (Presiden), Nina M. Garfield (Penasihat Pertama) dan Theresa A. Collins (Penasihat Kedua). Ahli presidensi baharu akan memulakan pelayanan pada 1 Ogos 2026.
Sekolah Primer ialah sebuah organisasi bagi kanak-kanak yang berumur 18 bulan hingga 11 tahun. Ia mengajar mereka injil Yesus Kristus dan membantu mereka membina iman. Presidensi Umum Sekolah Primer berusaha untuk menguatkan kanak-kanak dan keluarga di seluruh Gereja. Ahli-ahli Presidensi Umum Sekolah Primer bertemu dan mengajar para pemimpin dan kanak-kanak Sekolah Primer di seluruh dunia. Mereka berunding dengan pemimpin Gereja umum dan tempatan yang lain semasa mereka melayani kanak-kanak dan keluarga.
Biografi ringkas setiap pemimpin adalah di bawah.
Rosemary K. Chibota
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Rosemary K. Chibota, 58, berasal dari Malawi dan dibesarkan di Zimbabwe. Dia tinggal di Jordan Selatan, Utah. Dia bekerja sebagai pegawai sumber manusia untuk Gereja dan sebelum ini bekerja sebagai penolong eksekutif kanan di pejabat Kuorum Tujuh Puluh. Dia memegang ijazah sarjana dalam bidang pengurusan dan kepimpinan dari Western Governors University dan ijazah sarjana muda sains dalam teknologi maklumat dari Colorado Technical University. Dia kini melayani sebagai seorang pengajar Sekolah Minggu dan bersama suaminya sebagai seorang pengajar persediaan misi pancang. Tugasan Gereja sebelumnya termasuk pengerusi aktiviti bahagian, presidensi Lembaga Pertolongan bahagian, pengajar Sekolah Primer, presidensi Sekolah Primer bahagian, pengajar seminari, presiden Remaja Puteri daerah, pengajar Lembaga Pertolongan, dan presiden Remaja Puteri cabang. Dia dan suaminya, Joel, melayani bersama sebagai pemimpin misi dalam Misi Alabama Birmingham dari 2022 hingga 2025. Mereka mempunyai seorang anak.
Nina M. Garfield
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Nina M. Garfield, 67, tinggal di Orem, Utah. Tidak lama selepas dia dilahirkan di Jepun kepada ibu warga Jepun dan bapa warga Amerika, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat, dan dia dibesarkan di Colorado. Dia menyertai Gereja sewaktu di sekolah menengah melalui pengaruh kawan-kawan baik dan keluarga mereka. Dia seorang suri rumah tangga dan belajar di Brigham Young Universiti. Sister Garfield kini melayani sebagai presiden Lembaga Pertolongan pancang. Tugasan Gereja sebelumnya termasuk presiden Lembaga Pertolongan bahagian, presidensi Sekolah Primer pancang, presidensi Sekolah Primer bahagian, presidensi Lembaga Pertolongan pancang, dan presiden Lembaga Pertolongan pancang. Dia dan suaminya, David (telah meninggal dunia), adalah ibu bapa kepada lima orang anak.
Theresa A. Collins
| Temple Square is always beautiful in the springtime. Gardeners work to prepare the ground for General Conference. © 2012 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. | 1 / 2 |
Theresa A. Collins, 64, tinggal di Draper, Utah. Dia seorang suri rumah tangga dan belajar pendidikan khas di Utah State University. Dia kini melayan sebagai pemimpin nurseri, seorang pekerja tatacara bait suci, dan, bersama suaminya sebagai pengajar persediaan misi pancang. Tugasan Gereja sebelumnya termasuk presidensi Remaja Puteri pancang, presiden Lembaga Pertolongan bahagian, presiden Remaja Puteri bahagian, dan pengajar Sekolah Primer bahagian. Dia dan suaminya, Richard, melayani bersama sebagai pemimpin misi dalam Misi Arkansas Bentonville dari 2021 hingga 2024. Mereka mempunyai empat orang anak.