000b79fca91f29b757609d671fbfdf41abdba8a3-1.jpeg
Translation

Presidensi Utama Meluaskan Peluang Kepimpinan Sekolah Minggu

Pelarasan itu akan membantu Orang Suci Zaman Akhir mengkaji dan menjalani injil Yesus Kristus

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Untuk memperbaiki pengajaran dan pengkajian dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Presidensi Utama telah meluaskan peluang kepimpinan Sekolah Minggu. Presidensi Sekolah Minggu dalam bahagian kini boleh terdiri sepenuhnya daripada wanita atau lelaki.

“Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul telah memutuskan bahawa, berkuatkuasa serta-merta, uskup boleh memanggil seorang lelaki atau seorang wanita untuk melayani sebagai presiden Sekolah Minggu bahagian,” Presidensi Utama berkata dalam surat kepada pemimpin Gereja di seluruh dunia pada hari Rabu, 18 Mac 2026. “Jika seorang lelaki dipanggil sebagai presiden Sekolah Minggu, dia mesti memegang Imamat Melkisedek, penasihat dan setiausahanya mestilah ahli lelaki dalam bahagian. Jika seorang wanita dipanggil sebagai presiden Sekolah Minggu, penasihat dan setiausahanya mestilah ahli wanita dalam bahagian tersebut.”

Presidensi Utama mengajar bahawa para pemimpin tempatan harus “mencari bimbingan Roh dalam menentukan siapa yang harus dipanggil.”

“Dalam mana-mana bahagian, presidensi Sekolah Minggu pada masa tertentu boleh terdiri daripada lelaki dan pada masa lain daripada wanita, bergantung pada keadaan dalam unit tersebut dan ilham para pemimpin,” kata mereka.

Kemas kini pada 18 Mac kepada “Buku Panduan Umum” Gereja mencerminkan pelarasan ini. Kemas kini ini adalah dalam talian dan akan muncul dalam aplikasi Gospel Library dalam masa 24 hingga 48 jam.

“Perubahan penting ini memberi lembaga uskup pilihan tambahan apabila mereka dengan penuh doa mempertimbangkan siapa yang harus memimpin usaha pengajaran dan pengkajian dalam bahagian mereka” kata Presiden Umum Sekolah Minggu Paul V. Johnson. “Pada masa panggilan kami sebagai pemimpin Sekolah Minggu pada tahun 2024, Presidensi Utama memberi kita satu tugas—seperti yang mereka telah lakukan dengan presidensi sebelumnya—untuk memperbaiki pengajaran dan pengkajian dalam Gereja. Terdapat ramai wanita dan lelaki berkebolehan yang dapat membantu menguatkan arahan injil dan memelihara perkembangan rohani.”

Peranan presidensi Sekolah Minggu bahagian tidak berubah. Setiap presidensi Sekolah Minggu bahagian (presiden dan, jika perlu, dua penasihat dan setiausaha) membantu Orang Suci Zaman Akhir mengkaji, menjalani, dan mengajar injil Yesus Kristus. Presiden Sekolah Minggu pancang akan terus menjadi pemegang Imamat Melkisedek dan ahli majlis tinggi.

Semasa ahli-ahli Gereja meneruskan satu lagi tahun pengajaran dan pengkajian, ahli Majlis Penasihat Umum Sekolah Minggu, Sara Daniela Acosta menekankan manfaat rohani daripada pelarasan ini.

Sister Acosta, berwarganera Kanada yang tinggal di Provo, Utah, bekerja dalam latihan bahasa di Pusat Latihan Misionari Provo, berkata, “Sama ada dipimpin oleh lelaki atau wanita, presidensi Sekolah Minggu akan terus membantu ahli-ahli belajar bersama, mengajar satu sama lain, berkembang dalam iman dan mendekati Juruselamat mereka.”

Ahli-ahli boleh terlibat dalam pengajaran dan pengkajian injil harian menggunakan bahan-bahan “Ikutlah Aku” Perjanjian Lama 2026.