Translation

Presidensi Utama Mengumumkan Tugasan Kepimpinan Kawasan 2026–2027

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah mengumumkan tugasan kepimpinan kawasan 2026–2027 serta penyesuaian yang meningkatkan sokongan dalam Presidensi Kawasan untuk memenuhi keperluan Gereja yang semakin berkembang. Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.

Setiap Penguasa Umum Tujuh Puluh atau Ahli Kawasan Tujuh Puluh berikut melayani sebagai ahli dalam Kawasan Presidensi. Tiada lagi penetapan penasihat khusus. Presiden Kawasan berada di sebelah kiri, ditandai dengan asterisk, dengan foto mereka yang melayani dalam Presidensi Kawasan di sebelah kanan.

Presidensi Kawasan — Di luar Amerika Syarikat

KAWASAN ASIA

Presidensi Kawasan Asia untuk 2026–2027, dari kiri ke kanan: Elder Kelly R. Johnson, Presiden; Elder David L. Buckner; dan Elder Wan-Liang Wu.

Asia-Area_Presidency_2026.jpgDOWNLOAD

Lebih Lanjut Tentang Presidensi Kawasan

Terdapat 24 kawasan dalam Gereja Yesus Kristus — enam yang meliputi Amerika Syarikat dan 18 meliputi kawasan di luar Amerika Syarikat.

Bermula pada tahun 1984, kawasan ditubuhkan untuk mengarah pekerjaan di lokasi geografi Gereja global. Presidensi Kawasan untuk Amerika Syarikat dan Kawasan Timur Tengah/Utara Afrika berkerja dari ibu pejabat Gereja di Salt Lake City, Utah.

“Tujuh Puluh mesti bertindak dalam nama Tuhan, di bawah arahan Dua Belas … dalam membangunkan gereja dan mengatur segala urusan yang sama bagi semua bangsa” (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:34 ).