Translation

Remaja di Malaysia Berkongsi Pemikiran dan Harapan Mereka untuk Masa Hadapan

Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia bergabung dengan penganut agama lain untuk membincangkan peranan mereka dalam memelihara keamanan dan kelestarian untuk masa hadapan mereka.

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Ahli belia Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia telah bergabung dengan koir daerah Kuala Lumpur untuk menyanyi dalam festival muzik dan tarian antara agama. Acara ini diadakan di Klang pada 21 September 2024, sebagai sebahagian daripada sambutan International Day of Peace (Hari Keamanan Antarabangsa). Dua daripada mereka juga mengambil bahagian dalam pertukaran dialog keamanan khas remaja yang diadakan beberapa jam sebelum festival tersebut.

2024.09.21---IDP-Youth-Exchange-Announcement.jpg
2024.09.21---IDP-Youth-Exchange-Announcement.jpg
Youth Peace Exchange (Pertukaran Keamanan Remaja) diadakan pada 21 September 2024, sebagai sebahagian daripada sambutan IDP di Klang2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Sister Annabelle Yu, dari Gereja di Cabang Puchong, dan Sister Wan Yng Cheng, dari Cabang Petaling Jaya, menyertai lebih 100 orang belia daripada pelbagai agama dalam perhimpunan tersebut. Acara yang bertajuk “Kelestarian Keamanan Remaja” ini dianjurkan oleh United Religions Initiative (URI) dan merangkumi pembentangan serta perbincangan meja bulat.

Wakil URI, Vincent Leong, mengalu-alukan para remaja dan menyatakan hasratnya untuk mendengar pemikiran serta pendapat mereka mengenai isu keamanan dan kelestarian. Dia berkata, “Saya menganggap anda sebagai mercu harapan untuk masa depan.”

Bagi mempersiapkan peserta untuk menyertai dalam perbincangan meja bulat, Dr. Sharon Vaswani, seorang usahawan berjaya dari Filipina dan pengasas bersama URI Global Youth Cooperation Circle, memberikan kata-kata aluan. Dia menekankan bahawa Malaysia berada di tempat kesepuluh negara paling aman daripada 143 negara yang dikaji. Namun, dia mengingatkan bahawa dalam usaha membina dan mengekalkan keamanan, “menghapuskan punca konflik dan mengekalkan keamanan memerlukan penjagaan yang berterusan”. Dia turut menyatakan bahawa “empati, kepimpinan, dan ketahanan” adalah sifat-sifat penting yang perlu diasah oleh remaja untuk memupuk keamanan dan kelestarian.

Selepas ucapan Dr. Vaswani, Leong membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan perbincangan meja bulat yang lebih kecil. Sister Yu dan Sister Cheng menyertai kumpulan yang terdiri daripada 11 peserta yang mewakili beberapa agama, termasuk Hindu, Muslim, Baha’i dan Buddha. Setiap kumpulan mempunyai fasilitator untuk membincangkan soalan berikut: bagaimana kita boleh mengelakkan konflik; apakah kualiti yang diperlukan untuk memimpin keamanan; dan apakah idea untuk mengekalkan keamanan. Kedua-duanya berkongsi bahawa mereka dapat bergantung pada kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan injil-Nya tentang kedamaian untuk memberikan jawapan yang bermakna dan mendalam kepada topik-topik tersebut.

Setelah beberapa minit dialog aktif dan bertukar pandangan, setiap kumpulan membentangkan idea-idea mereka kepada seluruh peserta. Antara pemikiran yang dikongsi termasuk: menjadi pembawa obor untuk keamanan dan kelestarian; saling mengamalkan kasih dan hormat serta menyedari bahawa kita semua adalah setara; menunjukkan belas kasihan dan menyedari tindakan kita boleh mengubah masa depan; bersedia untuk saling membantu dan menyokong serta membantu mereka yang memerlukan; sentiasa berfikiran terbuka dan berusaha untuk memahami pendapat yang bertentangan; dan untuk mendengar, kekal positif dan bersyukur.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.