Translation

Remaja di Seluruh Dunia Dijemput untuk Bersedia untuk Kurikulum Baharu

Sumber-sumber baharu akan membantu remaja memperdalamkan penukaran hati dan memperkuatkan penganutan sepanjang hidup dalam Yesus Kristus

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

rjwp15znjnzu394ku1ce3qks7xrh82dff0zrbt8u.png
rjwp15znjnzu394ku1ce3qks7xrh82dff0zrbt8u.png
Mereka yang ingin mengkaji panduan FSY sebelum 6 September boleh menggunakan Study Plan yang terdapat dalam aplikasi Gospel Library.© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Berikutan pengumuman 30 Mac baru-baru ini yang menggariskan penyesuaian kepada pertemuan Ahad dan kurikulum remaja, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjemput remaja, ibu bapa dan pemimpin untuk mula bersedia sekarang untuk perubahan yang akan berkuat kuasa pada 6 September 2026.

Pusat kepada pelarasan ini ialah “Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan” yang dikemas kini — sebuah sumber berasaskan asas dan berpusatkan Kristus yang akan menjadi kurikulum bagi kelas Remaja Puteri dan kuorum Imamat Harun bermula musim luruh ini.

Para pemimpin Gereja menekankan bahawa perubahan ini direka untuk memperkuatkan remaja dalam penganutan mereka, memperdalamkan pembelajaran injil yang berpusatkan rumah dan membina kesatuan semasa para remaja di seluruh dunia mengkaji asas-asas yang sama bersama.

Kurikulum Bulanan Berasaskan Asas untuk Remaja

Panduan “Untuk Kekuatan Remaja” (FSY) yang dikemas kini mengandungi 12 bab — satu untuk setiap bulan dalam setahun — setiap satu berfokus pada ajaran, asas dan aplikasi dalam kehidupan sebenar. Bermula 6 September, kelas dan kuorum akan mengkaji satu bab setiap bulan, mempelajari cara untuk membuat pilihan dengan Juruselamat Yesus Kristus sebagai pusat kehidupan mereka.

Remaja dijemput untuk membaca seluruh panduan sebelum 6 September, membiasakan diri dengan ajaran-ajarannya dan belajar bagaimana untuk menggunakannya sebagai sumber sepanjang hidup untuk penganutan dan membuat keputusan.

Hasil yang diingini untuk remaja yang mengkaji panduan ini adalah mereka akan:

  1. Menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup dengan pemahaman yang teguh tentang injil-Nya.
  2. Bersedia untuk anugerahan dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang tatacara imamat dan janji-janji perjanjian.
  3. Bersedia untuk misi dengan keinginan untuk melayani Tuhan.
  4. Berfokus kepada keluarga masa depan mereka dengan pemahaman bahawa perkahwinan antara lelaki dan wanita ditahbiskan oleh Tuhan dan keluarga adalah pusat dalam rancangan Bapa.
  5. Mengetahui Yesus Kristus ialah kekuatan mereka.

Panduan ini kini boleh didapati dalam koleksi “Remaja” Gospel Library, dengan salinan bercetak yang sedang tiba di unit-unit di seluruh dunia.

Baca Bersama: Satu Bab setiap Minggu Bermula 3 Mei

Bermula pada 3 Mei 2026, saluran media sosial “For the Strength of Youth” (dahulunya “Strive to Be”) akan menganjurkan satu pengalaman membaca di seluruh dunia. Remaja, keluarga dan pemimpin mereka dijemput untuk membaca satu bab setiap minggu, bersedia bersama untuk kurikulum yang akan datang.

Posting mingguan akan termasuk:

  • Jemputan membaca
  • Perkongsian dan kesaksian daripada remaja lain
  • Idea aplikasi yang membantu remaja bertindak atas apa yang mereka pelajari

Ikuti Saluran Media Sosial Remaja Gereja

t4tvlmbwip1diioy885zo8qq8mbrqqsrdr34tn93.jpeg
t4tvlmbwip1diioy885zo8qq8mbrqqsrdr34tn93.jpeg
Saluran media sosial yang berfokus pada remaja Gereja — sebelum ini dikenali sebagai Strive to Be - kini telah dinamakan semula sebagai For the Strength of Youth (@forstrengthofyouth).© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Saluran media sosial yang berfokus pada remaja Gereja — sebelum ini dikenali sebagai Strive to Be - kini telah dinamakan semula sebagai For the Strength of Youth (@forstrengthofyouth).

Saluran ini menawarkan:

  • Pesanan yang berpusat pada Kristus yang membantu remaja memperdalamkan iman mereka dan merasakan kasih Juruselamat dalam kehidupan harian mereka
  • Kandungan positif dan berilham untuk memperkuatkan keyakinan, kekitaan dan penganutan dalam komuniti dalam talian yang penuh sokongan
  • Perspektif sedunia daripada remaja dan pemimpin, membantu remaja putera dan remaja puteri merasa terhubung dengan pengikut Yesus Kristus yang lain di seluruh dunia

Ibu bapa, pemimpin dan remaja juga dijemput untuk mengikuti:

  • Remaja Puteri Sedunia (@youngwomenworldwide di Facebook dan Instagram)
  • Remaja Putera Sedunia (@youngmenworldwide_ di Facebook dan Instagram)

Perbincangan Remaja pada 30 Ogos 2026

Untuk menyediakan para remaja dan keluarga mereka untuk kurikulum baharu, Gereja telah menetetapkan hari Ahad, 30 Ogos 2026, Ahad kelima bulan itu, sebagai hari perbincangan sedunia untuk remaja.

Pada hari Ahad ini:

  • remaja,
  • ibu bapa mereka,
  • pemimpin remaja, dan
  • Kanak-kanak Sekolah Primer yang akan berumur 12 tahun pada 2027

dijemput untuk berkumpul bersama di bahagian dan cabang mereka untuk menonton video arahan yang disediakan oleh Gereja dan diakhiri dengan perbincangan tempatan.

Pertemuan Ahad kelima yang istimewa ini akan memperkenalkan kurikulum baharu, menunjukkan cara menggunakan panduan dengan berkesan, dan menawarkan arahan praktikal tentang bagaimana remaja boleh mengambil bahagian sepenuhnya dalam kelas mingguan bermula 6 September.

“Tujuan panduan FSY yang dikemas kini adalah untuk membantu remaja memperoleh alat-alat yang mereka perlukan untuk menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hidup,” kata Emily Belle Freeman, Presiden Umum Remaja Puteri. “Semasa remaja puteri dan remaja putera belajar untuk mengkaji, mengaplikasikan, dan mematuhi asas-asas yang terdapat dalam panduan, mereka secara semula jadi akan menjadi lebih seperti Kristus.”

Majalah “Untuk Kekuatan Remaja”: Penting untuk Pelajaran Mingguan

iioik4zzbsuru1q75p5mkncbhhqbj6683ksjkiby.pngDOWNLOAD

Bermula pada September 2026, bahan-bahan kurikulum yang menyokong kelas Remaja Puteri dan pertemuan kuorum Imamat Harun mingguan akan dicetak di belakang setiap keluaran majalah “Untuk Kekuatan Remaja”.

Untuk memastikan isi rumah menerima bahan-bahan ini, remaja, ibu bapa dan pemimpin digalakkan untuk melanggan, tanpa kos, secepat mungkin: magazines.ChurchofJesusChrist.org

Majalah ini juga menyediakan kesaksian, contoh dan cerita yang membantu remaja menggunakan asas-asas injil dalam kehidupan harian. Salinan digital setiap keluaran akan disediakan dalam Gospel Library pada hari kesepuluh bulan sebelumnya.

Bersedia untuk Belajar, Bertindak dan Menjadi

FSY-screen-shot.png
FSY-screen-shot.png
Mereka yang ingin mengkaji panduan FSY sebelum 6 September boleh menggunakan Study Plan yang terdapat dalam aplikasi Gospel Library.© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Mereka yang ingin mengkaji panduan sebelum 6 September boleh menggunakan Study Plan yang terdapat dalam aplikasi Gospel Library. Rancangan ini membolehkan ahli-ahli untuk menjejaki bab-bab yang telah lengkap, menetapkan‑pemberitahuan aplikasi dan mendengar setiap bab, yang akan menandakan bacaan minggu tersebut sebagai selesai secara automatik.

“Penganutan sepanjang hidup bermula dengan penganutan harian,” kata Timothy L. Farnes, Presiden Umum Remaja Putera. “Seiring kita memandang ke arah September 2026, mari kita mula hari ini untuk mengkaji dengan penuh doa panduan FSY dan tulisan suci yang disertakan. Apabila anda berjalan bersama-Nya, anda akan mendapati bahawa Yesus Kristus adalah kekuatan anda. Benarkan Dia menjadi bimbingan anda dalam setiap pilihan yang anda buat.”

Maklumat dan sumber tambahan akan terus dikongsikan menjelang bulan September.