(Kandungan ini adalah untuk Kegunaan Bukan Islam sahaja)
Pada 21 Mac 2025, pemimpin misi yang baharu dipanggil ditugaskan untuk melayani dalam 165 misi di seluruh dunia oleh Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (LDS). Mereka akan memulakan misi pada 1 Julai tahun ini selama tiga tahun.
Antara pemimpin misi yang baharu dipanggil ialah Richard Kok Leong dan Min Lian Ho, ditugaskan di Misi Singapura yang meliputi Singapura dan Malaysia.

Richard-Ho-and-Min-Lian-Ho.jpg
Presiden Richard Ho dan isterinya Min Lian Ho, dipanggil untuk melayani sebagai pemimpin misi di Misi Singapura dari Julai 2025 hingga Jun 2028.© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Sebelum menerima panggilan baharu mereka, Presiden Ho melayani sebagai Presiden Daerah untuk Daerah Kuala Lumpur Malaysia Barat manakala Sister Ho merupakan Perunding Bait Suci dan Sejarah Keluarga Daerah. Membesar di Malaysia, kedua-duanya biasa dengan persekitaran pelbagai budaya di wilayah ini. Sebagai penganut baharu Gereja, mereka mempunyai banyak panggilan gereja untuk belajar, berkembang, melayani, dan menyembah bersama ahli-ahli Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia.
Menerima panggilan untuk melayani sebagai Pemimpin Misi dalam Misi Singapura adalah satu pengalaman yang membina iman bagi setiap daripada mereka. Presiden Ho berkongsi fikiran dan perasaannya apabila panggilan itu disampaikan kepadanya dan isterinya oleh Presidensi Utama.
Dia berkata, “Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas akan mengambil masa setahun untuk mempertimbangkan calon-calon yang mungkin, di mana nama mereka didoakan di bait suci untuk mendapatkan pengesahan daripada Tuhan. Selepas mengetahui ini, saya yakin dengan panggilan baharu ini kerana Bapa Syurgawi telah memanggil kami ke pekerjaan Tuhan. Kami boleh menggunakan kekuatan dan bimbingan-Nya. Satu tulisan suci yang merendahkan hati saya dan menghiburkan adalah bagaimana Tuhan memanggil ‘yang lemah dan yang sederhana’ untuk melakukan pekerjaan-Nya.”
Sister Ho berdoa dan menerima pengesahan selepas membaca ucapan Persidangan Umum oleh Elder Ronald A. Rasband yang bertajuk “Dengan Rancangan Ilahi” dari sesi Oktober 2017.
Dia berkata, “Tidak semua yang Tuhan minta daripada kita adalah hasil daripada betapa kuatnya kita, betapa berimannya kita, atau apa yang kita mungkin tahu…Tuhan tahu apa yang setiap daripada kita mampu lakukan dan menjadi.” Dia mengulas, “…saya sedar bahawa panggilan pemimpin misi kami bukanlah kerana apa yang telah kami lakukan untuk menjadi layak, tetapi apa yang Tuhan mahu kami menjadi melalui pekerjaan yang Dia panggil kami untuk lakukan.”
Presiden dan Sister Ho mempunyai keinginan yang kuat untuk Gereja di Malaysia dan Singapura, sekarang dan pada masa depan. Mereka berkata bahawa akan terus berusaha untuk membina dan memperkukuhkan pekerjaan besar yang sedang berkembang dalam misi ini, dan juga menyokong para pemimpin Kawasan dalam usaha kolektif untuk menubuhkan pancang pertama di Malaysia, dan bersedia untuk bait suci di negara ini. Mereka juga menekankan mempunyai visi jangka panjang dan perkembangan yang berterusan bagi gereja di kedua-dua negara, terutamanya dari segi keahlian pada jalan perjanjian.
Kedua-duanya mengulas, “Fokus kami adalah untuk membantu semua misionari muda dan senior kita untuk menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hidup dengan memenuhi tujuan misionari mereka. Selain itu, kami akan menekankan latihan kepimpinan daerah bagi memastikan generasi muda diberi peluang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan. Kepimpinan yang kuat akan menghasilkan perkembangan yang mampan untuk Gereja.”
Presiden Ho menambah, “Komuniti Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia masih kecil, dan kami kelihatan seperti satu titisan di lautan. Oleh kerana ini dan meskipun demikian, terdapat peluang yang baik bagi kami untuk mematuhi Injil Yesus Kristus dan menonjol sebagai teladan dalam kalangan orang ramai. Apabila kita melayani keluarga, kawan, dan komuniti kita dengan penuh kasih dan kebaikan, kita seperti lilin yang bersinar sebagai cahaya untuk membimbing semua kepada Kristus.”
Dilahirkan di Setiawan (Perak), Malaysia, Presiden Ho melayani misi sepenuh masa di Misi Okayama Jepun dari Jun 1990 hingga Jun 1992. Dia menamatkan pengajian di Universiti Tokyo dalam bidang Kejuruteraan, dengan pengkhususan dalam Kejuruteraan Lebuhraya dan Trafik pada peringkat Doktor Falsafah. Dia menamatkan pendidikan sebelumnya di Institut Teknologi Asia di Thailand dan Universiti Melbourne di Australia dengan Sarjana Kejuruteraan (Pengangkutan) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Sister Ho berkongsi, “Bapa Syurgawi mengasihi kita. Dia mengenali setiap daripada kita secara peribadi. Dia tahu potensi kita. Saya tahu apabila kita berusaha untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, kita akan mencapai potensi kita melalui rahmat Korban Tebusan Yesus Kristus. Tuhan akan membimbing kita ke jalan di mana kita akan diberkati dengan kekuatan-Nya untuk menjadi apa yang Dia mahu kita menjadi. Saya tahu bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus kita. Dia hidup.”
Sister Ho berasal dari Sebauh (Bintulu), Sarawak, Malaysia Timur. Dia melayani di Misi Salt Lake City Temple Square dari Julai 1995 hingga Januari 1997 dan menghabiskan empat bulan di Misi California Oakland pada ketika itu. Seorang graduan dari Universiti Toronto, Kanada, dia menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Psikologi.
Richard-Ho-and-Family.JPG
Richard dan Min Lian Ho bersama anak-anak mereka.© 2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.Mereka berdua menghargai anak-anak dan keluarga mereka yang telah memberi sokongan penuh kepada panggilan pemimpin misi mereka ini untuk beberapa tahun akan datang. Mereka juga menyatakan kesyukuran yang besar kepada teladan kehidupan ibu bapa dan pemimpin gereja mereka yang telah menjadi satu contoh tindakan baik dan kehidupan ketuhanan, yang membuat mereka ingin mencontohi sifat-sifat ini dalam kehidupan peribadi dan keluarga mereka.