flWwwXdrayhNvKNuxEqkTN9OMMjJ09jhXSsY4E1V_w1920.jpeg
Translation

Ringkasan Ucapan, Berita dan Pengumuman Persidangan Umum Oktober 2024

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir diadakan setiap enam bulan. Lima sesi persidangan Oktober 2024 (5–6 Oktober) disiarkan secara langsung dari Temple Square di Salt Lake City. Halaman ini adalah ringkasan tentang khutbah, berita, dan pengumuman persidangan tersebut.

Downloadable b-roll and sots

Additional photos for media use

Berita Persidangan Umum

Ringkasan Sesi Ceramah

Semasa sesi pagi Sabtu persidangan umum pada hari Sabtu, 5 Oktober 2024, Presiden Dallin H. Oaks mengingatkan orang Suci Zaman Akhir tentang perintah Juruselamat untuk menghindari pertikaian dan menjadi pendamai.

“Sebagai pengikut Kristus, kita mengajar dan bersaksi tentang Yesus Kristus, Teladan Sempurna kita.’’ kata Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. “Oleh itu, marilah kita mengikuti Dia dengan meninggalkan pertikaian. Semasa kita meneruskan polisi pilihan kita dalam tindakan awam, marilah kita layak untuk berkat-Nya dengan menggunakan bahasa dan kaedah pendamai.”

Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama mengendalikan sesi itu dan memimpin sokongan terhadap Penguasa Umum Dan Pengawai Umum. Presiden Russell M. Nelson menyertai persidangan dari rumahnya.

Elder Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata “harapan ialah kurnia yang hidup, suatu kurnia yang berkembang semasa kita meningkatkan iman kita kepada Yesus Kristus.”

Elder Dale G. Renlund dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajarkan “Gereja Juruselamat adalah istimewa hanya jika ia dibina di atas injil-Nya.”
Presiden Utama Remaja Puteri Emily Belle Freeman dan Penguasa Umum Tujuh Puluh Elder Gregorio E. Casillas, Elder Karl D. Hirst dan Elder David P. Homer turut berucap semasa sesi tersebut.

Pusat Persidangan hampir penuh tanpa sekatan tempat duduk yang dikuatkuasakan, kali pertama sejak persidangan April 2020 yang hanya disiarkan secara digital dari auditorium kecil di Temple Square akibat pandemik COVID-19.

Koir Tabernacle di Temple Square, diketuai oleh Mack Wilberg dan Ryan Murphy, dengan Richard Elliot dan Brian Mathias menyediakan muzik di organ. Pilihan lagu koir termasuk “God’s Gracious Love” (no. 1013) dari buku nyanian rohani global yang baharu “Nyanyian Rohani – Untuk Rumah dan Gereja”.

Elder J. Kimo Esplin, Penguasa Umum Tujuh Puluh, memberi doa pembuka, dan doa penutup disampaikan oleh Isaac K. Morrison, Penguasa Umum Tujuh Puluh.

Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul membuka sesi tengah hari Sabtu persidangan umum pada 5 Oktober 2024, dengan berkongsi laporan dalam Kitab Mormon tentang bangsa Laman iaitu penganut kepada para putera Mosia yang telah meletakkan senjata pemberontakan mereka.

“Kita mungkin bertanya bagaimanakah kita boleh ikut corak ini, untuk ‘meletakkan senjata pemberontakan [kita]’ apa pun yang mungkin, katanya, “dan ‘berpaling kepada Tuhan’ agar noda dosa dan keinginan untuk berdosa diambil dari hati kita dan kita tidak akan jatuh.”

Ribuan orang Suci Zaman Akhir berkumpul di dalam dan sekitar Temple Square serta ibu pejabat Gereja pada tengah hari musim luruh yang cerah untuk sesi kedua daripada lima sesi Persidangan Umum Setengah Tahunan ke-194 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Pusat Persidangan hampir penuh tanpa sekatan tempat duduk yang dikuatkuasakan, kali pertama sejak persidangan April 2020 yang hanya disiarkan secara digital dari auditorium kecil di Temple Square akibat pandemik COVID-19.

Presiden Gereja Russell M. Nelson, yang menyambut hari jadinya yang ke-100 pada 9 September, hadir dalam sesi tersebut di Pusat Persidangan yang hampir penuh. Elder Gerrit W. Gong dari Kuorum Dua Belas Rasul mengendalikan sesi tersebut.

Rasul Elder Ulisses Soares dan Elder Patrick Kearon juga memberikan ucapan.

“Untuk menjadikan kehendak Tuhan sebagai kehendak kita memerlukan penganutan yang hebat dan berani,” kata Elder Soares.

Elder Kearon mengajarkan kerana hadiah Juruselamat tentang kedamaian dan cahaya yang dapat dialami pada setiap hari Sabat, Orang Suci Zaman Akhir tergolong dalam “gereja kebahagiaan.”

Elder Jose A. Teixeira dari Presidensi Tujuh Puluh juga memberi ucapan, begitu juga dengan Penguasa Umum Tujuh Puluh yang disokong semasa persidangan umum April 2024: Elder Juan Pablo Villar, Elder David L. Buckner, Elder D. Martin Goury dan Elder Aroldo B. Cavalcante.

Muzik untuk sesi tersebut disediakan oleh koir kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun dari beberapa pancang di Northern Utah dan diarahkan oleh Leslie Walker, dengan Joseph Peeples dan Linda Margetts di organ. Koir berpakaian putih itu menyanyikan beberapa lagu dari buku nyanyian rohani global yang baharu, termasuk “Gethsemane” (no. 1009) dan “When the Savior Comes Again” (no. 1002).

Elder Ciro Schmeil, Penguasa Umum Tujuh Puluh, dan Presiden Umum Sekolah Primer Susan H. Porter menawarkan doa pembukaan dan doa penutup.

Orang Suci Zaman Akhir dapat mengelak dosa keangkuhan dengan mempelajari dan mengambil pengajaran daripada Kitab Mormon, ajar Elder David A. Bednar semasa sesi petang Sabtu persidangan umum pada 5 Oktober.

“Saya mencadangkan bahawa jika anda atau saya percaya kita cukup kuat dan tabah untuk mengelakkan keangkuhan, maka mungkin kita sudah mengalami penyakit rohani yang dahsyat ini,” kata Elder Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

“Saya bersaksi bahawa semasa kita berjalan dalam kelembutan Roh Tuhan, kita akan mengelak dan mengatasi keangkuhan dan mendapat kedamaian di dalam Dia,” katanya.

Elder Ronald A. Rasband dari Kuorum Dua Belas Rasul memimpin sesi petang Sabtu di Pusat Persidangan, di mana Gereja tidak menghadkan jumlah tempat duduk untuk persidangan ini.

Elder Denelson Silva dan Elder Robert M. Daines, kedua-duanya Penguasa Umum Tujuh Puluh, menyampaikan doa pembukaan dan doa penutup.

Ciri istimewa sesi ini adalah koir daripada elder and sister misionari yang melayani di kawasan Utah yang diarahkan oleh Cory Mendenhall dan Chemain Evans, bersama Linda Margetts dan Joseph Peeples di organ. Dua pilihan lagu rohani koir tersebut adalah dari buku nyanyian rohani global yang baharu “Nyanyian Rohani—Untuk Rumah dan Gereja’’: “I Will Walk With Jesus” (no. 1004) dan “Come, Lord Jesus” (no. 1018).

Angkatan misionari global Gereja telah berkembang dalam tahun lalu, dengan catatan 450 misi di seluruh dunia dan jumlah misionari sepenuh masa yang sedang melayani mencapai dan melebihi tahap sebelum pandemik.

Presiden Henry B. Eyring dari Presidensi Utama menekankan pentingnya mengajarkan ajaran sederhana Yesus Kristus semasa persidangan umum pada pagi Ahad, 6 Oktober.

“Kita mesti mengelak spekulasi atau tafsiran peribadi yang melampaui ajaran sejati,” kata Presiden Eyring ketika penutupan sesi pagi Ahad persidangan umum Oktober 2024 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Dia bersaksi bahawa mengajar ajaran Kristus — iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir — adalah pekerjaan yang kudus, dan Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran ini.

“Saya bersaksi tentang pekerjaan kudus mengajar anak-anak Bapa Syurgawi ajaran sederhana Yesus Kristus, yang membersihkan kita secara rohani dan akhirnya disambut ke hadirat Tuhan, untuk hidup bersama-Nya dan Putera-Nya dalam kemuliaan selamanya’’ kata Presiden Eyring.

Presiden Jeffrey R. Holland, Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, juga mengajarkan tentang “asas-asas dan tatacara-tatacara” yang mencirikan gereja Kristus.

“Iman, pertaubatan, pembaptisan oleh pencelupan tangan yang memiliki wewenang dari Tuhan untuk melakukan sedemikian, menerima kurnia Roh Kudus sebagai sebahagian penetapan ke dalam Gereja dan menerima berkat-berkat kudus kita di rumah Tuhan—ini adalah ‘asas-asas dan tatacara-tatacara’ penting yang akhirnya mencirikan kasih kita kepada Tuhan dan sesama dan mencirikan Gereja Kristus yang sebenar.

Elder Gary E. Stevenson dari Kuorum Dua Belas Rasul berbicara tentang “peluang untuk melayani, untuk bersatu dengan ahli-ahli dan rakan-rakan, dan untuk memperkenalkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kepada lebih ramai orang” dalam dekad yang akan datang.

Peluang yang akan datang termasuk peningkatan bilangan rumah terbuka dan pembaktian bait suci, dua abad penubuhan Gereja pada tahun 2030, dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2034 di Salt Lake City.

Pembicara lain dalam sesi tersebut adalah Uskup L. Todd Budge, Penasihat Kedua dalam Lembaga Uskup Utama; Elder Brook P. Hales, Penguasa Umum; Brother Bradley R. Wilcox, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Remaja Putera; dan Sister Tracy Y. Browning, Penasihat Kedua dalam Presidensi Umum Sekolah Primer.

Presiden Dallin H. Oaks, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama memimpin sesi di Pusat Persidangan yang hampir penuh.

Doa disampaikan oleh Elder Jonathan S. Schmitt, Penguasa Umum Tujuh Puluh dan Brother Chad H Webb, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Sekolah Minggu.

Muzik disediakan oleh Koir Tabernacle di Temple Square, yang diarahkan oleh Mack Wilberg, dengan Andrew Unsworth dan Richard Elliott di organ. Salah satu pilihan lagu rohani koir tersebut adalah “My Shepherd Will Supply My Need” (no. 1014) dari buku nyanyian rohani global yang baharu “Nyanyian Rohani—Untuk Rumah dan Gereja’’

Pada penutupan persidangan umum Oktober 2024, Presiden Russell M. Nelson menggalakkan orang Suci Zaman Akhir untuk “membaktikan semula hidup anda kepada Yesus Kristus” dan bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya melalui kehadiran bait suci yang kerap.

“Inilah janji saya kepada anda: Setiap pencari Yesus Kristus yang ikhlas akan menemui-Nya di dalam bait suci,’’ katanya. “Anda akan rasa belas kasihan-Nya. Anda akan mendapat jawapan kepada soalan yang mengganggu anda. Anda akan lebih memahami kebahagiaan injil-Nya.’’

Dengan menekankan peranan bait suci dalam membantu mempersiapkan Orang Suci untuk mempersiapkan dunia, Presiden Nelson menyatakan Gereja membangunkan bait suci dalam “kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini”, mengumumkan 17 lokasi bait suci baharu, dan menyatakan bahawa pengubahsuaian Bait Suci Salt Lake dan Temple Square akan lengkap menjelang akhir tahun 2026.

Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul memimpin sesi tersebut di Pusat Persidangan yang hampir penuh, dengan hampir 100,000 orang yang hadir, di lokasi tambahan, dan di sekitar kawasan Temple Square.

Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul menjemput pendengar untuk memupuk iman dan komitmen mereka kepada Yesus Kristus. “Iman adalah kuat apabila ia mempunyai akar yang mendalam dalam pengalaman peribadi, komitmen peribadi kepada Yesus Kristus, bebas daripada tradisi kita atau apa yang orang lain katakan atau lakukan,’’ katanya.

Elder Ronald A. Rasband dari Kuorum Dua Belas Rasul berbicara tentang pentingnya menyokong Nabi, Presiden Nelson, dengan mengikuti nasihatnya dan mengajarkan kata-katanya. “Kita semua perlu diangkat oleh Tuhan dengan kedamaian, penghiburan, dan yang paling penting, dengan wahyu peribadi untuk mengatasi ketakutan, kegelapan, dan pertikaian yang meliputi dunia,’’ ajarnya.

Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul bersaksi tentang kuasa tulisan suci dalam membangun iman. “Digabungkan dengan ajaran para nabi yang hidup, tulisan suci ini menyediakan bimbingan untuk kita hari ini. Tulisan suci ini sangat berkuasa apabila ia memberi arahan, membetulkan, menghibur, dan memberi kelegaan kepada individu dan keluarga yang mencari bimbingan dari Tuhan.’’

Pembicara lain dalam sesi tengah Ahad adalah Elder Takashi Wada, Elder Rubén V. Alliaud, dan Elder I. Raymond Egbo, kesemuanya Penguasa Umum Tujuh Puluh.

Elder Ahmad S. Corbitt, Penguasa Umum Tujuh Puluh, dan Sister Tamara W. Runia, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Remaja Puteri memberikan doa.

Koir Tabernacle di Temple Square, diarahkan oleh Mack Wilberg dan Ryan Murphy, dengan Brian Mathias dan Andrew Unsworth menyediakan muzik di organ pada sesi tersebut. Pilihan koir tersebut termasuk “Think a Sacred Song” (no. 1006), lagu rohani kelapan yang dimainkan dalam persidangan ini dari buku nyanyian rohani global Gereja yang baharu “Nyanyian Rohani—Untuk Rumah dan Gereja.’’

Bagaimana Saya Boleh Menonton atau Mendengar Kemudian?

Selepas siaran, semua pesanan akan tersedia dalam format teks, audio, dan video di pelbagai saluran dalam lebih daripada 70 bahasa untuk tontonan dan kajian. Saluran-saluran ini termasuk Gospel Library, Media Library, saluran Youtube Persidangan Umum; Gospel Stream; dan majalah Gereja.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.