Translation

Ringkasan Ucapan daripada Sesi Petang Ahad Oktober 2025

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

Pada sesi penutup persidangan umum Oktober 2025, Presiden Dallin H. Oaks menyatakan bahawa keluarga dan bait suci adalah penting dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

“Tatacara-tatacara yang diterima [dalam bait suci] membolehkan kita kembali sebagai keluarga abadi dalam hadirat Bapa Syurgawi kita,” katanya.

Presiden Kuorum Dua Belas Rasul berkata Gereja akan “teruskan dalam menyediakan tatacara-tatacara bait suci kepada ahli Gereja di seluruh dunia, termasuk bila dan di mana untuk mengumumkan pembinaan bait suci baharu.” Dia tidak mengumumkan bait suci baharu semasa ucapannya, tetapi menyatakan bahawa “dengan jumlah bait suci yang kini berada pada peringkat awal perancangan dan pembinaan yang begitu banyak, adalah wajar untuk kita memperlahankan pengumuman bait suci baharu.”

Keputusan ini, katanya, dibuat dengan kelulusan Kuorum Dua Belas Rasul.

Presiden Russell M. Nelson, yang meninggal dunia pada 27 September 2025, mengumumkan pembinaan 200 bait suci baharu selama tujuh setengah tahun sebagai presiden Gereja.

“Dia sukacita mengumumkan bait suci baharu pada setiap penutupan persidangan umum, dan kita bersukacita bersama-nya,” kata Presiden Oaks.

Presiden Oaks mengabdikan baki ucapannya kepada kepentingan keluarga dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

“Ajaran Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berpusat pada keluarga,” katanya. “Kita adalah Gereja keluarga.”

“Hubungan kita dengan Tuhan dan tujuan kehidupan fana kita dijelaskan daripada segi keluarga. Injil Yesus Kristus adalah rancangan Bapa Syurgawi untuk manfaat anak-anak roh-Nya,” katanya.

“Kita boleh katakan bahawa rancangan injil pertama diajar kepada kita dalam majlis keluarga abadi, ia dilaksanakan melalui keluarga fana kita, dan takdirnya yang diniatkan adalah untuk memuliakan anak-anak Tuhan dalam keluarga abadi.”

Dia bersaksi, “Juruselamat kita Yesus Kristus ialah teladan utama kita. Kita akan diberkati jika kita hidup mengikut ajaran dan pengorbanan diri-Nya. Mengikut Kristus dan melibatkan diri dalam pelayanan kepada satu sama lain adalah ubat yang terbaik untuk sifat mementingkan diri sendiri dan individualisme yang kini sering berlaku.”

President Dallin H. Oaks of the Quorum of the Twelve Apostles speaks at the conclusion of general conference during the Sunday afternoon session at the Conference Center in Salt Lake City, Utah, on October 5, 2025.
20251005_153646_CPowell_63870.jpg
President Dallin H. Oaks of the Quorum of the Twelve Apostles speaks at the conclusion of general conference during the Sunday afternoon session at the Conference Center in Salt Lake City, Utah, on October 5, 2025.2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Elder Gary E. Stevenson dari Kuorum Dua Belas Rasul mengendalikan sesi Persidangan Umum ke-195 dari Pusat Persidangan di Temple Square di Salt Lake City, Utah.

Bercakap tentang pertanggunjawaban dan hari penghakiman, Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas mengajar bahawa salah satu tujuan Penciptaan dan kefanaan adalah untuk menyediakan anak-anak Tuhan “peluang bertindak dan menjadi apa yang Tuhan ingin kita untuk menjadi.”

“Hak pilihan moral adalah ‘kuasa tindakan bebas’ yang dicipta secara ilahi untuk memberi kuasa kepada anak-anak Tuhan menjadi wakil yang bertindak dan bukan objek yang dikenakan tindakan,” jelasnya.

“Jika kita berhasrat untuk kesolehan dan pekerjaan baik—maksudnya kita telah beriman kepada Yesus Kristus, membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan bertaubat akan dosa-dosa kita—maka penghakiman akan menyenangkan,” katanya.

Conference-goers gather on Temple Square in Salt Lake City, Utah, during general conference weekend, October 4-October 5, 2025.
20251005_120302_CBell_CMB_7799.JPG
Conference-goers gather on Temple Square in Salt Lake City, Utah, during general conference weekend, October 4-October 5, 2025.2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Elder Dale G. Renlund dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajar tentang apa yang dimaksudkan untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri sendiri. Semakin individu mengaitkan diri dan mengingati Yesus Kristus, semakin mereka ingin menjadi seperti-Nya.

“Apabila kita mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus, kita mengaitkan nama kita dengan nama-Nya,” katanya. “Kita mengaitkan diri dengan-Nya. Kita gembira dikenali sebagai Kristian. Kita mengakui Juruselamat dan berdiri teguh dan dikira sebagai kepunyaan-Nya.”

Dia menyambung, “Sebagai pengikut-Nya, kita berubah menjadi lebih baik apabila kita lebih berfokus kepada-Nya daripada diri sendiri. Kita berusaha menjadi seperti Dia dan berusaha untuk diberkati dengan sifat-sifat-Nya. Kita berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk dipenuhi dengan kasih ihsan, kasih suci Kristus.”

Elder B. Corey Cuvelier, seorang Penguasa Umum Tujuh Puluh, bercakap tentang penganutan dan dipanggil dengan nama Kristus.

Dia berkata bahawa khutbah yang paling agung tidak didengar tetapi dilihat [dalam] “teladan senyap dalam kehidupan orang biasa yang berusaha mencontohi Yesus dengan melakukan kebaikan.”

“Identiti kita tidak ditakrifkan oleh dunia,” katanya. “Penganutan kita ditentukan oleh tatacara, perjanjian, dan kasih yang kita tunjukkan kepada Tuhan dan yang lain melalui perbuatan baik.”

Menceritakan kisah Yunus dalam Perjanjian Lama, Elder Matthew S. Holland, seorang Penguasa Umum Tujuh Puluh, berkata walaupun manusia mempunyai kelemahan, setiap individu mempunyai akses segera kepada bantuan dan penyembuhan ilahi.

“Belas kasihan yang mengagumkan ini datang dan melalui Yesus Kristus,” dia mengajar. “Kerana Dia mengenali dan mengasihi anda dengan sempurna … yang disesuaikan dengan sempurna untuk anda, direka untuk melegakan kesakitan peribadi dan menyembuhkan kesakitan khusus anda.”

Dia menggalakkan, “Berpaling kepada Tuhan. Percayalah kepada-Nya. Melayani-Nya. Senyum. Hanya dalam Dia sahaja, ada penyembuhan penuh dan bahagia daripada Kejatuhan, yang kita amat perlukan dan cari dengan rendah hati.

Conference-goers gather on Temple Square in Salt Lake City, Utah, during general conference weekend, October 4-October 5, 2025.
20251005_112350_CBell_CMB_6897.JPG
Conference-goers gather on Temple Square in Salt Lake City, Utah, during general conference weekend, October 4-October 5, 2025.2025 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.
DOWNLOAD

Elder Carlos A. Godoy, seorang Penguasa Umum Tujuh Puluh, bercakap tentang mencari kebahagiaan dan mencari kuasa penyembuhan Juruselamat. Dia menceritakan bagaimana Orang Suci di Afrika menghadapi cabaran hidup dan permintaan Gereja yang semakin berkembang dengan sikap yang positif.

“Mereka menemui kebahagiaan walaupun menghadapi cabaran,” katanya. “Mereka belajar bahawa hubungan kita dengan Juruselamat membolehkan kita menghadapi kesukaran dengan muka tersenyum dan hati yang bersyukur.”

Elder John D. Amos, seorang Penguasa Umum Tujuh Puluh, bercakap tentang kegembiraan melalui kehidupan injil.

“Rahsia mudah untuk kehidupan gembira adalah untuk mengikuti resipi Tuhan seperti dalam tulisan suci. Saya memanggilnya ‘Resipi Berita Baik.’”

“Jawapannya sentiasa Yesus Kristus,” katanya.

Elder Ozani Farias, Penguasa Umum Tujuh Puluh, bersaksi bahawa Kitab Mormon mempunyai kuasa untuk mendalamkan penukaran hati kepada Yesus Kristus dan menjawab “soalan-soalan jiwa.”

“Saya menjemput anda untuk menjamu firman Kristus,” katanya, “dan ia akan membuka pintu kepada wahyu dan menunjukkan kepada anda apa yang perlu anda lakukan di dalam hidup anda untuk mendekati-Nya.”

Muzik disediakan oleh Koir Tabernacle di Temple Square, diarahkan oleh Mack Wilberg dan diiringi oleh pemain organ Andrew Unsworth dan Richard Elliot.

Brother Sean R. Dixon, Penasihat Kedua dalam Presidensi Umum Remaja Putera, dan Presiden Umum Lembaga Pertolongan Camille N. Johnson memberikan doa.

Individual Talk Summaries (By speaking Order)