Translation

Salasilah dan Sejarah Keluarga Saya: Saya Melakukannya

Sekolah Primer Daerah Kuala Lumpur menyediakan aktiviti untuk ibu bapa dan anak-anak bekerjasama dalam sejarah keluarga mereka

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Keluarga adalah salah satu perkataan yang paling bermakna dalam mana-mana bahasa, untuk mana-mana budaya, kepercayaan atau negara tanpa mengira umur atau jantina. Ia adalah perkataan yang secara biologi menghubungkan satu manusia dengan yang lain, dalam hubungan berterusan antara mereka dan ramai lagi untuk generasi tanpa akhir. Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, keluarga ialah tiang kehidupan dan kepercayaan injil.[1] Kami percaya keluarga adalah abadi dan boleh bersama selepas kehidupan fana ini. Atas sebab ini, Orang Suci Zaman Akhir sangat terlibat dalam mencari sejarah keluarga mereka.[2]

Satu contoh baik tentang ini dapat dilihat dalam aktiviti Sejarah Keluarga untuk kanak-kanak yang dianjurkan oleh Organisasi Sekolah Primer Daerah Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini. Acara ini telah diadakan pada 15 Jun 2024 di Pusat Daerah KL di Petaling Jaya, Malaysia.

Mengetuai aktiviti ini ialah Annie Teh, Presiden Sekolah Primer Daerah dan penasihatnya Vicki Wells dan Sharon Dayang. Teh berkata, “Aktiviti ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk berkumpul sebagai sebuah keluarga, dan bekerjasama untuk menyusun cerita dan memori tentang keluarga dan nenek moyang mereka. Semasa mereka membina salasilah keluarga mereka, perasaan kasih terhadap ahli keluarga yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal semakin bertambah.”

06.15.2024-Primary-FH-Activity---Presentation-2.jpg
06.15.2024-Primary-FH-Activity---Presentation-2.jpg
Jesse Tan Hua Peng membentangkan carta sejarah keluarganya pada aktiviti Sejarah Keluarga Sekolah Primer Daerah pada 15 Jun 2024, di Pusat Daerah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Malaysia.2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved.

Liesl May Semaña, seorang kanak-kanak berumur 10 tahun berkongsi tentang sejarah keluarganya kepada semua hadirin. Apabila diminta untuk menyatakan fikirannya, dia menjawab, “Sejarah keluarga adalah untuk semua orang dan saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai topik ini kepada kawan dan jiran saya. Sejarah keluarga memang menyeronokkan dan saya juga boleh mengenali cerita nenek moyang saya sejak dahulu lagi.”

Jesse Tan Hua Peng, seorang budak lelaki berusia 11 tahun mengenang, “Ketika saya masih kecil, ibu bapa dan datuk nenek saya akan membuat aktiviti salasilah keluarga. Ini mencetuskan minat saya dalam sejarah keluarga. Apabila saya semakin tahu, saya membantu nenek saya di Ipoh menyemak kemasukan datanya dan mencetaknya.”

Isaiah Chan Kar Sing, berumur 9 tahun berasa sangat yakin dan teruja dengan sejarah keluarga. Dia memberitahu, “Saya telah belajar banyak daripada aktiviti hari ini, dan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan saya semasa malam keluarga kami tentang cara membina salasilah keluarga.”

Seramai 50 orang peserta yang menjayakan aktiviti meriah itu dengan seramai 21 orang kanak-kanak dan 29 ibu bapa serta kawan menghadiri. Membantu mereka bersemangat untuk sejarah keluarga, belajar cara mencari dan merekod maklumat tentang nenek moyang mereka akan membantu kanak-kanak belajar tentang identiti dan warisan mereka. Seperti yang dituliskan dalam Mazmur 127:3, “Anak-anak adalah anugerah Tuhan.”[3] Selain aktiviti membuat buku foto sejarah keluarga yang kreatif, program ini termasuk sesi pembelajaran injil oleh Carol Ng, Penasihat Lembaga Pertolongan Daerah KL, satu sesi perkongsian oleh Dale Wells, Penasihat Presidensi Daerah KL, dan Vicki Wells, Penasihat Sekolah Primer Daerah KL, dan disusuli pencuci mulut.

Organisasi Sekolah Primer Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir pada masa ini mempunyai kira-kira satu juta kanak-kanak yang menghadirinya dari umur 18 bulan hingga 11 tahun. Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1878 dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak tentang Injil Yesus Kristus, Rancangan Penyelamatan, dan kasih Tuhan kepada mereka.[4]

[1] Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.

[2] Bait Suci dan Sejarah Keluarga

[3] Precious Children, A Gift from God oleh Presiden Thomas S. Monson.

[4] Sejarah Organisasi Sekolah Primer.

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.