Translation

Suasana Kem Remaja Puteri yang Menyeronokkan: Alam Semula Jadi dan Roh

Dengan tema kem mereka, “Saya adalah Pengikut Kristus” di dalam fikiran, remaja puteri di Daerah Kuala Lumpur Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menubuhkan tempat perlindungan sementara dari dunia.

(Untuk Kegunaan Orang Bukan Islam Sahaja)

Pada 16 September, 2024, 28 remaja puteri berumur 12 hingga 18 tahun dan lapan pemimpin dewasa dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menuruni jalan yang curam dan tidak rata untuk memasuki Ladang Summer Summer, tapak perkhemahan yang tenang dan terpencil itu terletak di Batang Kali, Malaysia. Ia adalah tapak perkhemahan remaja puteri selama tiga hari, dan mencerminkan kenyataan daripada Panduan Kem Remaja Puteri (YW) bahawa: “remaja puteri memerlukan tempat di mana mereka boleh berkumpul bersama, terpisah daripada pengaruh duniawi, merasakan Roh Tuhan, bertumbuh dalam kesatuan dan kasih, dan menguatkan iman dan kesaksian mereka tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.”

Kumpulan itu tiba hanya beberapa minit sebelum hujan lebat waktu petang, yang membasahi tapak perkhemahan dan sekitarnya. Mencari bangunan sementara berdekatan untuk berlindung, remaja puteri dan pemimpin dengan sabar menunggu hujan reda, tanpa membuang masa mengeluarkan peralatan kem mereka, mengedarkan bekalan dan memulakan aktiviti. Tiga hari hujan lebat pada waktu petang tidak menghalang remaja puteri ini daripada mencapai matlamat dan agenda yang telah mereka rancang.

Urutan pertama kegiatan adalah membahagikan kumpulan besar remaja puteri kepada empat kumpulan yang lebih kecil. Setiap kumpulan dinamakan sempena seorang wanita penting dalam ayat suci: Hawa dan Maria daripada Alkitab, dan Saria dan Abis daripada Kitab Mormon. Remaja puteri diingatkan tentang sifat-sifat wanita itu yang mengilhamkan nama kumpulan mereka. Sejak itu, mereka menjadi satu pasukan yang bersaing bersama dalam permainan dan berganding bahu dalam tugasan yang ditetapkan kepada mereka.

Setiap aktiviti yang dirancang adalah untuk keseronokan dan hiburan tetapi ia juga berkait dengan pelajaran hidup yang penting: kursus kompas mengajar kepentingan untuk kekal di jalan yang benar; membina dan kemudian berlumba dengan perahu kecil menyusuri sungai mengajar nilai kerja berpasukan dan mengikut arahan; versi lanjutan permainan dengan penutup mata mengajar bagaimana mendengar nasihat seorang nabi yang boleh membawa mereka pulang dengan selamat kepada Tuhan di syurga.

Di sepanjang menyediakan dan menikmati makanan bersama-sama, remaja puteri juga mengambil bahagian dalam aktiviti yang memberi mereka makanan rohani juga. Pertemuan rohani diadakan setiap pagi yang memberi fokus kepada kandungan dan makna Tema baru YW. Ayat Tema dibahagikan kepada bahagian berasingan yang boleh dipelajari, dihafal dan dibaca oleh setiap remaja puteri. Pada malam terakhir, tapak perkhemahan dipenuhi dengan semangat persahabatan kerana semua orang dengan penuh kasih meluangkan masa untuk menulis surat rahsia kepada seseorang yang mereka cuba kenali dengan lebih baik semasa kem itu.

Pada hari terakhir kem pertemuan kesaksian disertakan di mana setiap pemimpin dan remaja puteri meluahkan perasaan mereka tentang kem, Kristus, dan antara satu sama lain. Beatrice menyatakan, “Apabila kami tiba dalam keadaan hujan, saya fikir ianya merupakan kem yang paling teruk, tetapi semalam ternyata merupakan hari yang terbaik yang pernah saya alami. Saya suka merenung mengapa Tuhan mencipta kumbang.” Zerline berkongsi, “Saya bersyukur atas ciptaan Tuhan yang menjadikan kem yang indah ini.” Seorang lagi remaja puteri, Velendria menyatakan, “Perkara yang paling penting dalam kem ini adalah perkara rohani.”

Sharini Shanmuganathan, merupakan penasihat YW dari Cabang Cheras, berkongsi sebuah nasihat yang dia perolehi semasa melayani dalam misi sukarelawan, “Tiada keselesaan di zon pertumbuhan dan tiada pertumbuhan di zon selesa”.

Lee Poh Peng, Presiden Remaja Puteri Daerah, memberikan buah fikiran dan nasihat kepada remaja puteri dalam sembang kumpulan selepas kem, “Luangkan masa untuk merenungkan pengalaman kem anda dan tulis dalam buku kem atau jurnal kenangan anda dan bagaimana ia telah membantu anda menjadi pengikut Kristus... Hargai bagaimana anda mengatasi cabaran, ketidakselesaan dan juga kekecewaan terhadap cuaca untuk menjadi remaja puteri yang lebih kuat... berpegang teguh pada iman anda kepada Yesus Kristus dan patuhi perkara-perkara yang telah Dia ajarkan kepada anda dan Dia akan sentiasa berada di sisi anda untuk membimbing dan mengangkat anda untuk berjaya bersama-sama.”

Duncan Horne, salah seorang pengiring imamat yang ditugaskan, menyatakan sentimen berikut dalam nota kepada remaja puteri yang mengikuti kem, “Saya suka merasakan kuasa berkumpul semasa kem ini. Terdapat keselamatan dan kuasa apabila kita berkumpul sebagai orang suci, berkongsi kepercayaan dan nilai yang sama, menguatkan satu sama lain dan mengilhami antara satu sama lain untuk bertambah baik, untuk hidup sedikit lebih baik, untuk melakukan perkara-perkara kecil yang membawa kita lebih dekat kepada Tuhan dan Yesus Kristus.  Terima kasih kepada para belia dan pemimpin dewasa yang telah bekerja keras untuk merancang pengalaman kem yang sangat menyeronokkan”.

Semua peserta kem mempelajari pelajaran hidup yang berharga, serta meluangkan masa di alam semula jadi boleh mendekatkan seseorang kepada Tuhan.  Annabelle meluahkan perkara ini kepada rakan-rakannya di kem, “Saya belajar banyak... Ujian yang telah Tuhan berikan kepada kita adalah untuk membantu kita berkembang... Jangan sekali-kali berputus asa dengan iman anda, walaupun ianya selangkah ke hadapan dan dua langkah ke belakang, jangan sekali-kali berputus asa.” Jennifer menambah, “Saya sangat gembira saya datang, saya belajar banyak perkara tentang Kitab Mormon dan Alkitab.”

Sepanjang kem, Lee banyak bergantung kepada peserta remaja puteri lain untuk mencadangkan, merancang dan melaksanakan tugas yang diperlukan untuk menjayakan kem tersebut. Mengenai pengalaman ini, dia berkata, “Kegembiraan yang saya lihat di wajah remaja puteri apabila mereka berkongsi pengalaman kem mereka adalah sebuah saksi kepada saya bahawa nabi kita dibimbing oleh Tuhan dalam melaksanakan program Remaja Puteri yang dipimpin oleh belia, dan disokong oleh orang dewasa.  Inilah masanya untuk mengukuhkan generasi muda dan membiarkan mereka memimpin.”
 

Style Guide Note:When reporting about The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, please use the complete name of the Church in the first reference. For more information on the use of the name of the Church, go to our online Style Guide.