News Story

Watch the Church’s First Asia Area Report
Tonton Laporan Kawasan Asia Pertama Gereja

The 2026 Asia Area Report covers the past year's milestones and key moments from the growing Church in Asia Laporan Kawasan Asia 2026 merangkumi pencapaian dan detik-detik penting sepanjang tahun lalu daripada Gereja yang sedang berkembang di Asia

(This Content Is for Non-Muslim Use only)

(Kandungan Ini adalah untuk Kegunaan Orang bukan Islam Sahaja)

The first Asia Area Report for The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints has launched for viewing with the April 2026 General Conference. Summarizing key events and milestones from the past year, it captures the vibrant faith of this diverse part of the world.

Laporan Kawasan Asia yang pertama bagi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah ditayangkan untuk tontonan sempena Persidangan Umum April 2026. Dengan meringkaskan peristiwa dan pencapaian penting sepanjang tahun lalu, laporan ini mencerminkan iman yang hidup di pelbagai pelosok dunia ini.

Spanning 22 countries and territories, the Asia Area is home to over 190,000 members. The 2026 Asia Area Report features the groundbreaking of the Singapore Temple, one of five temples being built for the Area, and profiles global ministry visits by Elder Quentin L. Cook of the Quorum of the Twelve Apostles, Relief Society General President Camille N. Johnson, and Primary General President Susan H. Porter.

Merangkumi 22 negara dan wilayah, Kawasan Asia menempatkan lebih daripada 190,000 ahli. Laporan Kawasan Asia 2026 menampilkan majlis pecah tanah Bait Suci Singapura, salah satu daripada lima bait suci yang sedang dibina di Kawasan itu, dan memaparkan kunjungan pelayanan global oleh Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul, Presiden Umum Lembaga Pertolongan Camille N. Johnson, dan Presiden Umum Sekolah Primer Susan H. Porter.

Other news highlights include the internationally renowned Brigham Young University Ballroom Dance Company’s performance for the King and Queen of Thailand and their first tours to Cambodia and Viet Nam. The Church breaks ground on its largest humanitarian donation in Cambodia – the Siem Reap Heart Center. The Light the World Giving Machine lands in Southeast Asia, and the first Asia Area Education Fair is held.

Kemuncak berita lain termasuk persembahan Kumpulan Tarian Ballroom Universiti Brigham Young untuk Raja dan Pemaisuri Thailand serta lawatan pertama mereka ke Kemboja dan Viet Nam. Gereja mulakan upacara pecah tanah bagi sumbangan kemanusiaan terbesarnya di Kemboja – Pusat Jantung Siem Reap. Mesin Derma Terangi Dunia tiba di Asia Tenggara, dan Pameran Pendidikan Kawasan Asia yang pertama diadakan.

This first report also spotlights local Church initiatives that have gained ground such as an annual community awards ceremony in Taiwan in its eighth edition, a Singapore interfaith service collaboration in its sixth year, and a multiracial Nativity pageant in Malaysia.

Laporan pertama ini juga memberi sorotan inisiatif tempatan Gereja yang semakin mendapat sambutan seperti majlis anugerah komuniti tahunan di Taiwan dalam edisi kelapan, kerjasama perkhidmatan antara agama Singapura pada tahun keenam, dan pementasan Kelahiran Kristus dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

The Report will be available by early April on Church YouTube language channels in Indonesian, Khmer, Malay, Mandarin, Thai, and Vietnamese.

Laporan ini akan tersedia pada awal April di saluran bahasa YouTube Gereja dalam bahasa Indonesia, Khmer, Melayu, Mandarin, Thai dan Vietnam.